[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Kenaikan harga minyak semenjak 2003

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Harga minyak mentah, 2005-2007 (tidak diubah bagi inflasi)
Harga jualan petrol A.S., 2005-2007 (tidak diubah bagi inflasi)
Harga minyak dari 1861-2006 dalam dolar sehari (hitam) and dolar 2006 (oren).[1]

Dari pertengahan 1980-an hingga September 2003, harga terlaras inflasi untuk setong minyak mentah di NYMEX lazimnya berada di bawah $25/tong. Pada tahun 2004, harganya mencecah $40, kemudian $50. Pelbagai peristiwa telah menyebabkan harganya mencecah $60 pada 11 Ogos 2005, menembusi $75 untuk masa yang tidak lama pada pertengahan 2006, jatuh balik ke $60/tong pada awal tahun 2007, lalu naik mendadak menjadi $92/tong pada Oktober 2007 dan $99.29/tong untuk niagaan hadapan Disember di Bandar Raya New York pada 21 November 2007[2] Sepanjang separuh pertama tahun 2008, minyak sering mencatat harga tinggi yang memecah rekod. Pada 29 Februari 2008, harga minyak mencapai $103.05 setong,[3] lalu mencapai $110.20 pada 12 Mac,[4] iaitu rekod keenam dalam tujuh hari berniaga.[5] [6] Harga minyak pada 27 Jun 2008 mencecah $141.71 setong, untuk serahan bulan Ogos di NYMAX (selepas baru mencatat $140.56 setong), di sebalik ugutan Libya untuk mengurangkan pengeluaran, serta ramalan presiden OPEC bahawa harga mungkin mencecah $170 menjelang musim panas (di hemisfera utara).[7][8] Harga setong maksimum paling terkini ialah $143.67 yang tercatat pada 29 Jun 2008.[9]. Harga yang menghampiri takat $95–105 setong (dolar AS 2007) adalah setara dengan rekod terlaras inflasi sepanjang masa pada tahun 1980,[10] tetapi jelasnya telah ditembusi pada suku pertama tahun 2008. Dari segi harga minyak mentah, catatan AS berpandangan bahawa kali terakhir dilihat harga seumpamanya adalah pada 1860-an. Rujuk sini [11], dan laraskan untuk inflasi. Di luar AS, sejarah inflasi dan harga minyak memang berbeza, tetapi pada hakikatnya, selepas dilaras inflasi, harga yang mencecah $120 setong adalah di luar jangkaan sejak zaman terawal sekali penghasilan minyak komersil. Di AS, penggunaan petrol jatuh 0.5% pada dua bulan terawal tahun 2008 akibat harga semakin tinggi,[12] berbanding penurunan sejumlah 0.4% pada tahun 2007.[13]

Para pengulas berpendapat kenaikan harga sepanjang tempoh ini disebabkan pelbagai faktor, termasuk laporan dari Jabatan Tenaga Amerika Syarikat dan pihak-pihak lain yang menunjukkan penurunan dalam rizab petroleum,[14] kebimbangan akan kemuncak penggunaan minyak,[15] pergolakan di Timur Tengah, dan spekulasi harga minyak.[16] Sesetengah peristiwa turut menyumbangkan kesan jangka pendek kepada harga minyak, seperti pelancaran misil Korea Utara,[17] krisis antara Israel dan Lebanon,[18] pergolakan mengenai tenaga nuklear Iran,[19] dan "seratus faktor" lagi, termasuk subsidi minyak yang diberi kepada pengguna oleh negara-negara membangun seperti China dan India.[20]

Arah aliran harga minyak, 1861–2007, nominal dan dilaras inflasi.
Arah aliran harga minyak, 1861–2007, nominal dan dilaras inflasi.
 
Analisa terperinci perubahan harga minyak dari 1970–2007. Graf ini berasaskan harga minyak nominal, bukan sebenar.
Analisa terperinci perubahan harga minyak dari 1970–2007. Graf ini berasaskan harga minyak nominal, bukan sebenar.

Permintaan

[sunting | sunting sumber]

Permintaan minyak mentah sedunia naik pada purata 1.76% setahun dari tahun 1994 hingga 2006, dengan pertumbuhan tertinggi 3.4% pada 2003-2004. Kenaikan permintaan adalah yang tertinggi di negara membangun.[21] Permintaan minyak sedunia dijangka naik 37% dari takat 2006 menjelang 2030, menurut laporan tahunan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang bertapak di Amerika Syarikat. Permintaan dijangka mencapai 118 million barrels per day (18.8×10^6 m3/d) dari 86 million barrels (13.7×10^6 m3) pada tahun 2006, dipacu terutamanya oleh sektor pengangkutan.[22][23]

  1. ^ "Harga Minyak Mentah BP". Department of Energy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-04-24. Dicapai pada 2006-10-24. Excel spreadsheet.
  2. ^ "Oil reaches new record above $99". BBC. November 21, 2007. Dicapai pada 2007-11-29.
  3. ^ Oil prices pushed to fresh high- http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/7270392.stm
  4. ^ David Goldman (March 12, 2008). "Oil crosses record $110, despite supply rise" (dalam bahasa English). CNN Money. Dicapai pada 2008-03-12.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ John Wilen (Monday March 10, 3:50 pm). "Gas Prices Near Records, Following Oil" (dalam bahasa English). Associated Press. Dicapai pada 2008-03-10. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Oil sets fresh record above $109" (dalam bahasa English). BBC News. March 11, 2008. Dicapai pada 2008-03-11.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ bloomberg.com, Oil Is Little Changed After Falling as Investors Sell Contracts
  8. ^ bloomberg.com, Oil Rises to Record Above $141 as Investors Buy Commodities
  9. ^ Kenneth Musante (June 29, 2008). "Oil breaks new ground above $143" (dalam bahasa English). BBC. Dicapai pada 2008-06-29.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "What is driving oil prices so high?". BBC. November 5, 2007.
  11. ^ {http://tonto.eia.doe.gov/dnav/pet/hist/f000000__3a.htm}[pautan mati kekal]
  12. ^ Frank Langfitt (March 5, 2008). "Americans Using Less Gasoline" (dalam bahasa English). NPR.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Marianne Lavelle (March 04, 2008). "Oil Demand Is Dropping, but Prices Aren't" (dalam bahasa English). U.S.News & World Report. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Record oil price sets the scene for $200 next year". AME. July 6 2006. Dicapai pada 2007-11-29. Check date values in: |date= (bantuan)
  15. ^ EnergyBulletin.net | Peak Oil News Clearinghouse
  16. ^ The Hike in Oil Prices: Speculation -- But Not Manipulation
  17. ^ Missile tension sends oil surging
  18. ^ Oil hits $100 barrel, BBC News
  19. ^ Iran nuclear fears fuel oil price, BBC News
  20. ^ Gross, Daniel (2008-01-05). "Gas Bubble: Oil is at $100 per barrel. Get used to it". Slate.
  21. ^ "International Petroleum (Oil) Consumption Data". U.S. Energy Information Administration. Dicapai pada 2007-12-20.
  22. ^ "World oil demand 'to rise by 37%'". BBC News. 2006-06-20.
  23. ^ "2007 International Energy Outlook: Petroleum and other liquid fuels". U.S. Energy Information Administration. May 2007.

Pautan luar dan sumber

[sunting | sunting sumber]