Kacang buah pinggang
Kacang buah pinggang mentah | |
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 1,393 kJ (333 kcal) |
Karbohidrat | 60 g |
- Gula | 2 g |
- Serabut diet | 15 g |
Lemak | 1 g |
Protein | 24 g |
Air | 12 g |
Asid pantotenik (B5) | 0.8 mg (16%) |
Folat (vit. B9) | 394 μg (99%) |
Kalsium | 143 mg (14%) |
Besi | 8 mg (62%) |
Magnesium | 140 mg (39%) |
Kalium | 1406 mg (30%) |
Zink | 3 mg (32%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Kacang buah pinggang merupakan satu daripada varieti kacang. Kacang ini dinamakan sedemikian kerana bentuk dan warnanya yang menyerupai buah pinggang.
Di India, kacang jenis ini dibuat masak kari. Di Mexico, kacang ini dimakan dengan nasi. Di kawasan selatan Amerika Syarikat terutama New Orleans, Louisiana, kacang buah pinggang dimakan dengan nasi, ia dikenali sebagai red beans and rice.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kacang ini berasal dari Peru. Diperkenalkan di Eropah dalam abad ke-15 oleh orang Sepanyol. Kemudiannya, ia dibawa oleh pedagang Sepanyol dan Portugis ke benua Afrika dan Asia. Disebabkan kacang ini murah dan mengandungi protin yang baik, maka ia mudah digemari dan dimakan seluruh dunia. Antara pengeluar komersial kacang buah pinggang kering adalah India, China, Indonesia, Brazil dan Amerika Syarikat. [1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kidney Bean". The World's Healthiest Foods. Dicapai pada 2014-11-28.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.