[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Koboi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran koboi-koboi mengejar seekor lembu dalam The Herd Quitter (1897) karya C. M. Russell

Koboi (serapan bahasa Inggeris: cowboy) merupakan gembala yang mengawasi lembu sapi di ladang-ladang secara menunggang kuda khususnya di Amerika Syarikat. Pekerjaan ini memiliki akar sejarah yang dalam sampai ke Sepanyol dan pemukim awal di Amerika. Selama berabad-abad, perbedaan tanah, iklim, dan pengaruh dari tradisi menternak dibawa berbagai-bagai budaya menghasilkan peralatan dan teknologi, pakaian, dan cara menggembala yang berbeza-beza seiring keperluan semasa.

Peranan penggembalaan yang dilakukan sepanjang zaman sejarah negara tersebut tidak sahaja menjadi gambaran ideal budaya malah juga digambarkan sebagai citra ideal maskulin. Konotasi gaya hidup yang diamalkan oleh para koboi juga menjadi sering digunakan untuk menggambarkan seseorang yang semborono atau mengabaikan risiko potensial, tidak bertanggungjawab atau melakukan pekerjaan berbahaya dengan tidak berhati-hati.[1] Sebagai contoh, majalah TIME ada menggambarkan dasar-dasar luar negeri Presiden George W. Bush sebagai "Diplomasi Koboi"[2] (lagi-lagi dengan asal-usulnya yang lahir di Texas yang ada budaya koboi di sana).

Perkenalan budaya berkuda Sepanyol

[sunting | sunting sumber]

Budaya berkuda orang Sepanyol diketahui boleh datang dari amalan berkuda semasa zaman kerajaan Andalusia baik dari segi alat digunakan mahupun cara tunggangan.[3][4]

Pemeribumian

[sunting | sunting sumber]

Budaya ini mula diluaskan keluar dari alam Sepanyol Baru dengan bertembungnya para pedagang Inggeris sejauh New England yang berlayar ke California untuk berdagang hasill haiwan seperti kulit dan lemak daripada golongan hacendado and vaquero, begitu juga dengan mereka yang mengikuti laluan rentas pedalaman benua ke Santa Fe (kini di negeri New Mexico moden). Pertembungan ini membawa kepada penerapan unsur-unsur budaya Inggeris yang mengacuk dalam.[5] Malah, pengistilahan vaquero inilah yang dipinjamkan kepada kata cowboy dalam bahasa Inggeris (melalui kata dasar vaca "lembu").[6]

Bekas hamba abdi atau anak-anak mereka turut mewarisi budaya dan amalan gembala ini berikutan pembebasan dan penghijrahan mereka menuju barat negara selepas tamatnya Perang Saudara Amerika;[7] sebanyak antara 6,000 hingga 9,000 orang kaum kulit hitam terlibat dalam pekerjaan gembala ini pada abad 1860-an hingga 1880-an.[8][9]

Pemasyhuran dalam budaya Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ cowboy. Dictionary.com. The American Heritage® Dictionary of the English Language, Edisi keempat. Houghton Mifflin Company, 2004 dan Dictionary.com Unabridged (v 1.1). Random House, Inc.
  2. ^ Allen, Mike and Romesh Ratnesar. "The End of Cowboy Diplomacy: Why George W. Bush's Grand Strategy for Remaking the World Had to Change" Diarkibkan 2010-09-13 di Wayback Machine Time, 9 Juli, 2006.
  3. ^ Metin Boşnak, Cem Ceyhan (Fall 2003). "Riding the Horse, Writing the Cultural Myth: The European Knight and the American Cowboy as Equestrian Heroes". Turkish Journal of International Relations. 2 (1): 157–81.
  4. ^ Bennett, pp. 54–55
  5. ^ Malone J., p. 3.
  6. ^ Asale, Rae. "vaca". «Diccionario de la lengua española» – Edición del Tricentenario (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada July 28, 2019.
  7. ^ Goldstein-Shirley, David (30 April 1997). "Black Cowboys in the American West: An Historiographical Review". Ethnic Studies Review. 6 (20): 30. ISSN 1555-1881.
  8. ^ Porter, Kenneth (1994). "African Americans in the Cattle Industry, 1860s–1880s". Peoples of color in the American West (ed. [Nachdr.]). Lexington, Mass. [u.a.]: Heath. m/s. 158–167. ISBN 0669279137.
  9. ^ "Deadwood Dick and the Black Cowboys". The Journal of Blacks in Higher Education (22): 30. 1998. doi:10.2307/2998819. JSTOR 3650843.
Sumber utama

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Tunas-ternak