[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Ernest J. King

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ernest J. King
Laksamana Armada Ernest J. King, USN
Nama lahirErnest Joseph King
Nama samaran"Ernie"
"Rey"
Kelahiran(1878-11-23)23 November 1878
Lorain, Ohio
Meninggal dunia25 Jun 1956(1956-06-25) (umur 77)
Kittery, Maine
Kesetiaan Amerika Syarikat
PerkhidmatanTentera Laut Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1901–1956
Pangkat Laksamana Armada
ArahanArmada Amerika Syarikat
PertempuranPerang Sepanyol-Amerika

Revolusi Mexico

Perang Dunia I

Perang Dunia II
AnugerahNavy Cross
Navy Distinguished Service Medal
Sampson Medal
Tugas lainPresiden Yayasan Sejarah Tentera Laut

Ernest Joseph King (23 November 1878 – 25 Jun 1956) ialah Panglima Besar Armada Amerika Syarikat (COMINCH) dan Ketua Operasi Tentera Laut (CNO) semasa Perang Dunia II. Selaku COMINCH-CNO, beliau mengarah operasi, perancangan, dan pentadbiran Tentera Laut Amerika Syarikat serta merupakan seorang anggota Ketua Turus Bersama. Beliau adalah pegawai kedua Tentera Laut A.S. yang paling kanan selepas Laksamana Armada William D. Leahy, dan merupakan laksamana kedua dilantik ke pangkat lima bintang. Beliau bertugas dibawah Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat Frank Knox dan kemudian dibawah James Forrestal, menjadi tokoh utama dalam tentera laut Amerika semasa Perang Dunia II dan dalam majlis tentera Bersekutu beliau secara berterusan menggesa perhatian lebih besar untuk Perang Pasifik.

Perang Dunia Kedua

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya King dibangkitkan oleh sahabatnya, iaitu Ketua Operasi Tentera Laut (CNO), Laksamana Harold "Betty" Stark, yang menyedari bakat King untuk pemerintahan telah dibazirkan di Lembaga Umum . Stark melantik King sebagai Panglima Tertinggi, Armada Atlantik pada musim gugur tahun 1940, dan beliau telah dinaikkan pangkat ke Laksamana pada Februari 1941. Pada 30 Disember 1941 beliau menjadi Panglima Tertinggi, Armada Amerika Syarikat. Pada 18 Mac 1942, beliau telah dilantik sebagai Ketua Operasi Tentera Laut (CNO), menggantikan Stark. Beliau adalah satu-satunya orang yang memegang serentak jawatan ini. Selepas mencapai usia 64 tahun pada 23 November 1942, beliau menulis mesej kepada Presiden Roosevelt untuk menyatakan yang beliau telah mencapai umur persaraan wajib. Roosevelt membalas dengan nota yang bertulis "So what, old top?". Pada 17 Disember, 1944 King telah dinaikkan pangkat ke pangkat yang baru diwujudkan iaitu Laksamana Armada. Beliau bersara dari tugas aktif pada 15 Disember 1945 tetapi dipanggil semula sebagai penasihat kepada Setiausaha Tentera Laut pada tahun 1950.

Tarikh kenaikkan pangkat

[sunting | sunting sumber]
Ensain Leftenan Madya Leftenan Leftenan Komander Komander Kepten
O-1 O-2 O-3 O-4 O-5 O-6
7 Jun 1903 Tidak disandang 7 Jun 1906 1 Julai 1913 1 Julai 1917 21 September 1918
Laksamana Muda Rendah Laksamana Muda Laksamana Madya Laksamana Laksamana Armada
O-7 O-8 O-9 O-10 O-11
Tidak disandang 26 April 1933 29 Januari 1938 1 Februari 1941 17 Disember 1944

King tidak pernah menyandang pangkat Leftenan Madya namun, atas sebab-sebab pentadbiran, rekod perkhidmatannya menyatakan kenaikkan pangkatnya ke Leftenan Madya dan Leftenan pada hari yang sama.

Kesemua TKP dirujuk daripada Buell's "Master of Sea Power", pp. xii-xv.

Darjah kebesaran dan pingat

[sunting | sunting sumber]

Sayap Naval Aviator

Navy Cross
Navy Distinguished Service Medal (dgn dua bintang emas)
Spanish Campaign Medal
Sampson Medal
Mexican Service Medal
World War I Victory Medal (dgn klasp kempen Armada Atlantik)
American Defense Service Medal (dgn Atlantic Device)
American Campaign Medal
World War II Victory Medal

Darjah kebesaran asing

[sunting | sunting sumber]

King juga adalah penerima beberapa darjah kebesaran dan pingat asing (ditunjuk mengikut susunan penerimaan dan jika lebih dari satu anugerah untuk sesebuah negara, diletakkan mengikut keutamaan):

Grand Cross of the National Order of the Légion d'honneur (France) 1945
Croix de guerre (France) 1944 (attachment(s) unknown)
Commander of the Order of Vasco Nunez de Balboa (Panama) 1929
Officer of the Order of the Crown of Italy 1933
Knight of the Grand Cross of the Military Order of Italy 1948
Order of Merit, Grande Official (Brazil) 1943
Order of Naval Merit (Cuba) 1943
Estrella Abdon Calderon (Ecuador) 1943
Knight Grand Cross of the Order of the Bath (United Kingdom) 1945
Order of the Sacred Tripod (China) 1945
Grand Cross of the Order of George I (Greece) 1946
Grand Officer of the Order of the Crown (1948)
Croix de Guerre (Belgium) (1948) (attachment(s) unknown)
Knight Grand Cross with Swords of the Order of Orange-Nassau (Netherlands) 1948
  • Borneman, Walter R. (2012). The Admirals: Nimitz, Halsey, Leahy and King - The Five-Star Admirals Who Won the War at Sea (Hardback) |format= requires |url= (bantuan). New York: Little, Brown and Company. ISBN 978-0-316-09784-0.
  • Buell, Thomas B. (1995). Master of Sea Power: A Biography of Fleet Admiral Ernest J. King. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-092-4.
  • Gannon, Michael (1991). Operation Drumbeat. New York: Harper Collins. ISBN 0-06-092088-2.
  • King, Ernest; Whitehill, Walter Muir (1952). Fleet Admiral King: A Naval Record. New York City: W. W. Norton & Company. ISBN 0-7858-1302-0.
  • Morison, Samuel Eliot (1947). Volume I. The Battle of the Atlantic, September 1939-May 1943. History of United States Naval Operations in World War II. Boston: Little, Brown and Company. ISBN 0-7858-1302-0.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Pegawai tentera
Didahului oleh
Harold R. Stark
Ketua Operasi Tentera Laut
1942–1945
Diikuti oleh:
Chester Nimitz
Didahului oleh
Husband Kimmel
Panglima Armada Amerika Syarikat
1941–1945
Diikuti oleh:
tiada