[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Enrique Peñalosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Enrique Peñalosa at the World Urban Forum 3 (WUF3) UN Habitat in Vancouver, Kanada.
Enrique Peñalosa at the World Urban Forum 3 (WUF3) UN Habitat in Vancouver, Kanada.

Enrique Peñalosa Londoño (lahir di Washington DC, Amerika Syarikat) ialah wartawan, ahli politik, dan bekas wali bandar Bogota (Colombia). Beliau menjawat jawatan datuk bandar pada tahun 1998-2000. Beliau berjaya membangunkan sistem laluan bas dan menekan kesesakan. Berdasarkan pengalamannya, dengan membaiknya angkutan umum besar-besaran dan menyempitnya jalan untuk kereta, masyarakat akan memilih menggunakan basikal untuk jarak dekat dan angkutan umum untuk jarak jauh.

Di beberapa ruas jalan utama Bogota, Penalosa mengubah 50 peratus jalan raya menjadi laluan basikal dan pejalan kaki. Sistem busway yang diberi nama TransMilenio juga ditingkatkan jumlah dan pelayanannya. Kesannya, 60 peratus penduduk Bogota menggunakan bas, 35 peratus menggunakan basikal, dan 15 peratus tetap memakai kenderaan peribadi.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan April 2016, surat khabar El Espectador mendedahkan Enrique Peñalosa tidak pernah belajar di Universiti Paris II. Yang terakhir ini telah mendakwa selama 35 tahun terakhir, di media dan di beberapa buku-bukunya, beliau memperoleh gelaran Kedoktoran di Pentadbiran Awam daripada Universiti tersebut. Setelah diadakan penyelidikan surat khabar, ternyata bahawa Universiti Paris II tidak menawarkan ijazah tersebut dalam pentadbiran awam, dan Enrique Peñalosa ialah auditor (pendengar) hanya di sekolah Perancis lain, International Institute of Public Administration [1][2][3][4].


Referensi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "El doctorado de Peñalosa que apareció y luego desapareció". www.semana.com. Dicapai pada 2016-04-09.
  2. ^ "El tal doctorado de Peñalosa no existe". ElEspectador. Dicapai pada 2016-04-09.
  3. ^ "Enrique Peñalosa has been lying about his doctorate for 35 years". Al Garete. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-11. Dicapai pada 2016-04-10.
  4. ^ "Cuando Peñalosa se llamó a si mismo doctor – KienyKe". KienyKe (dalam bahasa Sepanyol). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-09. Dicapai pada 2016-04-09.