[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Dekatlon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Olahraga
Dekatlon
Dekatlon menggabungkan empat larian, tiga lompatan, dan tiga lemparan.
Rekod lelaki
DuniaKevin Mayer 9126 pts (2018)
OlimpikRoman Šebrle 8893 pts (2004)
Rekod wanita
DuniaAustra Skujytė 8358 pts (2005)

Dekatlon merupakan acara gabungan dalam sukan olahraga yang terdiri daripada sepuluh acara balapan dan padang. Perkataan dekatlon berasal daripada perkataan Yunani, dari δέκα (déka, bermaksud "sepuluh") dan ἄθλος (áthlos, atau ἄθλον, áthlon, bermaksud "pertandingan" atau “hadiah”). Acara dekatlon diadakan selama dua hari berturut-turut dan juaranya ditentukan berdasarkan persembahan dalam kesemua acara. Persembahan dihakimi oleh sistem pungutan mata bagi setiap acara, bukannya berdasarkan kedudukan yang dicapai. Dekatlon dipertandingkan oleh atlet lelaki, manakala atlet wanita biasanya bersaing dalam acara heptatlon.

Secara tradisi, gelaran "Atlet Teragung Dunia" diberikan kepada seseorang yang memenangi dekatlon, oleh itu, atlet teragung dunia sepnjang zaman merupakan pemegang rekod dekatlon (Kevin Mayer setakat September 2018). Gelaran ini mula diberikan apabila Raja Gustav V dari Sweden memberitahu Jim Thorpe, "You, sir, are the world's greatest athlete" selepas Thorpe memenangi dekatlon di Olimpik Stockholm pada 1912. Pemegang rekod dunia dekatlon yang terkini ialah atlet Perancis Kevin Mayer, yang mencatat 9,126 mata di Décastar 2018.

Acara ini dibangunkan daripada pentatlon purba. Pertandingan pentatlon pernah diadakan di Olimpik Yunani purba. Pentatlon melibatkan lima disiplin – lompat jauh, lempar cakera, rejam lembing, pecut dan perlawanan gusti. Diperkenalkan di olimpik ketika 708 BC, pertandingan ini sememangnya terlalu masyhur selama beberapa abad. Pada abad ke-6 BC, pentatlon mula menjadi sebagai sukan keagamaan. Pertandingan sepuluh acara ini dikenali sebagai kejohanan "serba boleh", mirip dengan dekatlon moden, pertama kali dipertandingkan di kejohanan amatur Amerika Syarikat pada 1884 dan mencapai bentuk tekal pada 1890; pertandingan serba boleh ini diadakan di Sukan Olimpik Musim Panas 1904, meskipun diragui sama ada ia menjadi acara Olimpik yang rasmi ketika itu. Dekatlon moden mula tampil dalam program olahraga Olimpik pada temasya 1912 di Stockholm.

Sistem mata

[sunting | sunting sumber]
Acara A B C
Lari 100 m 25.4347 18 1.81
Lompat jauh 0.14354 220 1.4
Lontar peluru 51.39 1.5 1.05
Lompat tinggi 0.8465 75 1.42
Lari 400 m 1.53775 82 1.81
110 m lari berpagar 5.74352 28.5 1.92
Lempar cakera 12.91 4 1.1
Lombol galah 0.2797 100 1.35
Rejam lembing 10.14 7 1.08
Lari 1500 m 0.03768 480 1.85

Sistem mata IAAF 2001 menggunakan formula berikut:[1]

  • Mata = INT(A(BP)C) untuk acara balapan (masa yang lebih cepat menghasilkan skor yang lebih tinggi)
  • Mata = INT(A(PB)C) untuk acara padang (jarak yang lebih jauh atau ketinggian yang lebih tinggi menghasilkan skor yang lebih tinggi)

A, B dan C merupakan parameter yang berbeza mengikut disiplin, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di sebelah kanan, manakala P merupakan prestasi atlet, yang diukur dalam saat (berlari), meter (melempar), atau sentimeter (melompat).[1]

Jadual dekatlon tidak harus dikelirukan dengan jadual yang disusun oleh Bojidar Spiriev, untuk membenarkan pembandingan kualiti relatif prestasi oleh atlet dalam acara-acara berbeza. Pada jadual ini, sebagi contoh, skor dekatlon sebanyak 9,006 mata bersamaan 1,265 "mata perbandingan", nombor sama bagi lompat kijang sejauh 18 m.[2]

Penanda aras

[sunting | sunting sumber]

Jadual berikut menunjukkan tahap penanda aras yang diperlukan untuk mencapai 1000, 900, 800 dan 700 mata bagi setiap acara.

Acara 1,000 pts 900 pts 800 pts 700 pts Unit
Lari 100 m 10.395 10.827 11.278 11.756 Saat
Lompat jauh 7.76 7.36 6.94 6.51 Meter
Lontar peluru 18.4 16.79 15.16 13.53 Meter
Lompat tinggi 2.20 2.10 1.99 1.88 Meter
Lari 400 m 46.17 48.19 50.32 52.58 Saat
110 m lari berpagar 13.8 14.59 15.419 16.29 Saat
Lempar cakera 56.17 51.4 46.59 41.72 Meter
Lombol galah 5.28 4.96 4.63 4.29 Meter
Rejam lembing 77.19 70.67 64.09 57.45 Meter
Lari 1500 m 3:53.79 4:07.42 4:21.77 4:36.96 Minit:Saat

Pemegang rekod dunia dekatlon terkini ialah Ashton Eaton, yang mencatat skor 9,045 mata di Kejohanan Dunia IAAF 2015.[3] Rekod itu diperbaiki oleh Kevin Mayer dengan skor 9,126 mata yang diperoleh di Décastar di Talence, Perancis, yang masih menunggu pengesahan daripada IAAF.

Lari 100 m (angin) Lompat jauh (angin) Lontar peluru Lompat tinggi Lari 400 m 110 m lari berpagar (angin) Lempar cakera Lombol galah Rejam lembing Lari 1500 m
10.55 (+0.3 m/s) 7.80 m (+1.2 m/s) 16.00 m 2.05 m 48.42 13.75 (-1.1 m/s) 50.54 m 5.45 m 71.90 m 4:36.11

Rekod terdahulu oleh Ashton Eaton (9,045):

Lari 100 m (angin) Lompat jauh (angin) Lontar peluru Lompat tinggi Lari 400 m 110 m lari berpagar (angin) Lempar cakera Lombol galah Rejam lembing Lari 1500 m
10.23 (-0.4 m/s) 7.88 m (+0.0 m/s) 14.52 m 2.01 m 45.00 WDB 13.69 (-0.2 m/s) 43.34 m 5.20 m 63.63 m 4:17.52
Rekod Skor Atlet Tahun
Dunia 9,126  Kevin Mayer (FRA) 2018
Junior dunia 8,397  Torsten Voss (GDR) 1982
Rekod benua
Afrika 8,521  Larbi Bourrada (ALG) 2016
Asia 8,725  Dmitriy Karpov (KAZ) 2004
Eropah 9,126  Kevin Mayer (FRA) 2018
Amerika Utara, Tengah dan Kepulauan Caribbean 9,045  Ashton Eaton (USA) 2015
Oceania 8,490  Jagan Hames (AUS) 1998
Amerika Selatan 8,393  Carlos Chinin (BRA) 2013

Catatan terbaik dekatlon

[sunting | sunting sumber]

Jumlah skor dekatlon untuk semua rekod dunia dalam acara masing-masing akan menjadi 12,560. Jumlah skor dekatlon untuk semua prestasi terbaik yang dicapai semasa dekatlon ialah 10,544. Kolum Perbezaan menunjukkan perbezaan mata antara mata dekatlon yang dianugerahkan kepada rekod dunia terkini individu dan mata yang dianugerahkan rekod dekatlon terkini untuk acara tersebut. Kolum Perbezaan % menunjukkan perbezaan peratusan antara masa, jarak atau ketinggian rekod dunia individu dan rekod dekatlon (selain kemasukan Jumlah, yang menunjukkan perbezaan peratusan antara mata dekatlon yang dianugerahkan). Perbezaan relatif mata lebih tinggi dalam acara melempar berbanding dengan acara berlari dan melompat.

Catatan terbaik dekatlon hanya diiktiraf apabila atlet menyempurnakan pertandingna sepuluh acara dengan skor melebihi 7,000 mata.[4]

Rekod dunia (WR) berbanding dengan catatan terbaik dekatlon (DB)
Acara Jenis Atlet Rekod Skor Perbezaan skor Perbezaan % Tarikh Lokasi Ruj
Lari 100 m
WR  Usain Bolt (JAM) 9.58 s 1,202 143 5.94 16 Ogos 2009 Berlin
DB  Damian Warner (CAN) 10.15 s 1,059 28 Mei 2016 Götzis [5][6]
Lompat jauh
WR  Mike Powell (USA) 8.95 m 1,312 192 8.04 30 Ogos 1991 Tokyo
DB  Ashton Eaton (USA) 8.23 m 1,120 22 Jun 2012 Eugene [7]
Lontar peluru
WR  Randy Barnes (USA) 23.12 m 1,295 247 17.08 20 Mei 1990 Westwood
DB  Edy Hubacher (SUI) 19.17 m 1,048 5 Oktober 1969 Bern
Lompat tinggi
WR  Javier Sotomayor (CUB) 2.45 m 1,244 183 7.35 27 Julai 1993 Salamanca
DB  Rolf Beilschmidt (GDR) &
 Christian Schenk (GDR)
2.27 m 1,061 1 Oktober 1977
28 September 1988
Jena
Seoul
pending  Derek Drouin (CAN) 2.28 m 1,071 173 7 April 2017 Montecito [8]
Lari 400 m
WR  Wayde van Niekerk (RSA) 43.03 s 1,164 104 4.48 14 Ogos 2016 Rio de Janeiro [9]
DB  Ashton Eaton (USA) 45.00 s 1,060 28 Ogos 2015 Beijing [10]
110 m lari berpagar
WR  Aries Merritt (USA) 12.80 s 1,135 87 5.00 7 September 2012 Brussels
DB  Damian Warner (CAN) 13.44 s 1,048 23 Julai 2015 Toronto [11]
Lempar cakera
WR  Jürgen Schult (GDR) 74.08 m 1,383 390 24.58 6 Jun 1986 Neubrandenburg
DB  Bryan Clay (USA) 55.87 m 993 24 Jun 2005 Carson
Lombol galah
WR  Renaud Lavillenie (FRA) 6.16 m 1,284 132 6.49 15 Februari 2014 Donetsk
DB  Tim Lobinger (GER) 5.76 m 1,152 16 September 1999 Leverkusen
Rejam lembing
WR  Jan Železný (CZE) 98.48 m 1,331 291 18.96 25 Mei 1996 Jena
DB  Peter Blank (GER) 79.80 m 1,040 19 Julai 1992 Emmelshausen
Lari 1500 m
WR  Hicham El Guerrouj (MAR) 3 m 26.00 s 1,218 255 15.87 14 Julai 1998 Rome
DB  Robert Baker (USA) 3 m 58.70 s 963 3 April 1980 Austin
Jumlah Rekod dunia 12,568 2,024 16.11
Catatan terbaik dekatlon 10,544
  1. ^ a b IAAF Scoring Tables for Combined Events, p. 24.
  2. ^ IAAF Scoring Tables of Athletics – Outdoor – 2008 Edition Diarkibkan 6 Februari 2009 di Wayback Machine p. 154.
  3. ^ "2015 World Championships Decathlon Results". IAAF. 29 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-29. Dicapai pada 2018-11-12.
  4. ^ van Kuijen, Hans (12 September 2013). Eaton and Melnychenko lead Talence fields, Lavillenie to make Decathlon debut – IAAF Combined Events Challenge. IAAF. Retrieved on 12 September 2013.
  5. ^ "Warner sets 100 m (10.15) Decathlon World Best in Gotzis". watchathletics.com/. 28 May 2016. Dicapai pada 28 May 2016.
  6. ^ "100m Heat 6 Results" (PDF). sportresult.com. 28 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Januari 2017. Dicapai pada 28 Mei 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Ashton Eaton Breaks Decathlon 100 m and Long Jump World Records". www.oregonlive.com. 22 June 2012. Dicapai pada 23 June 2012.
  8. ^ "2017 Sam Adams Combined Events Invitational – Men's High Jump Results". phototiming.com. 7 April 2017. Dicapai pada 9 April 2017.
  9. ^ "Men's 400m Results" (PDF). Rio 2016 official website. 14 August 2016. Dicapai pada 15 August 2016.
  10. ^ "Decathlon – 400 m Results". IAAF. 28 August 2015. Dicapai pada 28 August 2015.
  11. ^ "110m Hurdles Results" (PDF). results.toronto2015.org. 23 July 2015. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-07-23. Dicapai pada 25 July 2015.