[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Dangun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dangun
Nama Korea
Hangul단군왕검
Hanja檀君王儉
Perumian SemakanDangun Wanggeom
McCune–ReischauerTan'gun Wanggŏm

Dangun (단군; 檀君) atau Dangun Wanggeom (단군왕검; 檀君王儉) ialah tokoh yang dipercayai mengasaskan Gojoseon, kerajaan pertama bangsa Korea tidak sahaja merangkumi Semenanjung Korea tetapi juga Liaoning dan Manchuria[1] pada tahun 2333 SM.

Kedua-dua negara Korea Utara dan Korea Selatan meraikan baginda sebagai pengasas bangsa mereka lagi-lagi yang menganut agama Daejong dalam upacara "Hari Buka Langit" yang jatuh pada 3 Oktober.

Penceritaan

[sunting | sunting sumber]

Asal-usul

[sunting | sunting sumber]

Dangun dipercayai muncul hasil keturunan si tua langit Hwanin (환인/桓因) yang mempunyai seorang putera bernama Hwanung (환웅/ Hanja: 桓雄). Hwanung beringin mahu turun hidup di lembah gunung bumi, maka Hwanin membenarkannya membawakan 3,000 pengikutnya turun di Gunung Baekdu. Di sanalah Hwanung menubuhkan suatu "kota dewata" (신시/ Hanja: 神市) didatangkan umat manusia di mana mereka diajarkan segala ilmu bekerja, bertukang, bertani dan berubat darinya.[2]

Seekor harimau dan seekor beruang yang mengetahui kehebatan Hwanung mula berjumpa dengan Hwanung memohon agar ditukarkan menjadi manusia. Hwanung mengurniakan kepada kedua-dua mereka 20 ulas bawang putih dan segenggam ssuk untuk dimakan sambil berkurung luar matahari selama 100 hari; kedua-dua mereka menerima cabaran ini, tetapi sang harimau mengalah selepas 20 hari manakala sang beruang menjelma menjadi seorang wanita bernama Ungnyeo (웅녀/ Hanja: 熊女) - harimau dan beruang ini dipercayai mengias kepada dua puak utama yang cuba meraih sokongan putera itu.[3]

Ungnyeo bersedih kerana tiada pasangan, maka dia membuat sembahan di bawah suatu pokok betula suci (Hangul신단수; Hanja神檀樹; RRshindansu) agar diberikan seorang anak. Hwanung yang terkesan dengan perubatannya berasa kasihan lalu beristeri dengan Ungnyeo, anak merekalah yang lahir menjadi Dangun Wanggeom.[4]

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Selepas Dangun menjadi raja, baginda membina suatu kota berkubu Asadal dipercayai berdekatan Pyongyang sambil kerajaannya diberi nama Joseon (조선, Hanja: 朝鮮)— kerajaan purba itu kini dinamakan sebagai Gojoseon (고조선, Hanja: 古朝鮮, "Joseon Lama") agar dibezakan dengan kerajaan Joseon (조선, Hanja: 朝鮮) yang tertubuh berkurun-kurun kemudian. Baginda kemudiannya memindahkan kotanya ke Gunung Paegak atau Gunung Gunghol.[5]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Yukhoon, Kim (2007). Korean History for International Citizens (dalam bahasa Inggeris). Northeast Asian History Foundation, Seoul, Republic of Korea. m/s. 8–11. ISBN 978-89-91448-90-2.
  2. ^ The Story of Dan-gun Diarkibkan 3 September 2011 di Wayback Machine
  3. ^ http://www.san-shin.org/Dan-gun_Myth.html
  4. ^ Tudor, Daniel (2013). Korea: The Impossible Country: The Impossible Country. Tuttle Publishing. m/s. [1]. ISBN 978-1462910229.
  5. ^ Tudor, Daniel (2013). Korea: The Impossible Country: The Impossible Country. Tuttle Publishing. m/s. [2]. ISBN 978-1462910229.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
tiada
Maharaja Gojoseon
2333 SM2240 SM
Diikuti oleh:
Dangun Buru

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.