[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Gianni Schicchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Senarai opera Giacomo Puccini

Le Villi (1884)
Edgar (1889)
Manon Lescaut (1893)
La bohème (1896)
Tosca (1900)
Madama Butterfly (1904)
La fanciulla del West (1910)
La rondine (1917)
Il trittico: Il tabarro (1918)
Il trittico: Suor Angelica (1918)
Il trittico: Gianni Schicchi (1918)
Turandot (1926)


Gianni Schicchi ialah opera satu babak penggubah Giacomo Puccini ditulis untuk libreto Itali oleh Giovacchino Forzano mengadaptasi sajak Divina Commedia karya Dante Alighieri. Opera ini merupakan yang ke-3 dan terakhir dalam opera 3 bahagian Il trittico. Opera ini pertama kalinya dipersembahkan di bangunan Metropolitan Opera Bandar Raya New York pada 14 Disember 1918.

Sumber libreto

[sunting | sunting sumber]

Opera Gianni Schicchi sebenarnya tidak diambil secara menyeluruh dari karya Dante Alighieri. Ini adalah kerana peranan Gianni Schicchi hanya disebut sekali sahaja dari sumber asal puisi. Sumber sebenar libreto ini ialah dari sebuah hasil kerja yang dicetak pada tahun 1866. [1]

Florence Easton sebagai Lauretta pada malam pembukaan opera Gianni Schicchi, pada Disember 14, 1918.
Peranan Jenis suara Tayangan pembukaan
Disember 14, 1918
(Konduktor: Roberto Moranzoni)
Gianni Schicchi bariton Giuseppe de Luca
Lauretta, anak perempuan Schicchi soprano Florence Easton
Zita, sepupu kepada Buoso Donati kontralto Kathleen Howard
Rinuccio, anak saudara lelaki Zita tenor Giulio Crimi
Gherardo, anak saudara lelaki Buoso tenor
Nella, isteri Gherardo soprano
Gherardino, anak lelaki Nella/Gherardo kontralto
Betto di Signa, abang ipar Buoso bes
Simone, sepupu Buoso bes Adamo Didur
Marco, sepupu Simone bariton
La Ciesca, isteri Marco mezzo-soprano
Maestro Spinelloccio, doktor bes
Ser Amantio di Nicolao, saksi bariton
Pinellino bes
Guccio, si mati bes
Tempat: Florence
Masa: 1299.

Buoso Donati meninggal dunia. Keluarga dan sanak saudara beliau meratapi kematian beliau namun segala-galanya terhenti apabila mendengar khabar angin bahawa beliau mewariskan semua harta pusaka beliau kepada biara tempatan. Mereka terus panik dan sibuk mencari surat wasiat tersebut.

Rinuccio berjaya mencari wasiat tersebut tetapi tidak mahu memberikannya kepada makciknya, Zita sehingga Zita bersetuju untuk mengahwinkan beliau dengan Lauretta, anak Schicchi. Schicchi dan Lauretta tidak kaya dan dipandang rendah oleh mereka yang lain.

Setelah membaca isi surat wasiat itu, mereka kecewa kerana khabar angin yang didengari adalah betul. Walaupun Rinuccio member surat wasiat tersebut kepada keluarganya, mereka masih tidak bersetuju perkahwinan antara Rinuccio dan Lauretta.

Keluarga tersebut bercadang untuk menukar isis wasiat dan menyuruh Schicchi menyamar sebagai si mati dan memanggil saksi untuk penulisan wasiat. Apabila saksi wasiat tiba, Schicchi yang menyamar sebagai si mati mengumumkan segala harta simati harus diberikankan kepada beliau. Selepas si saksi meninggalkan rumah, Schicchi menghalau semua orang dari rumah yang kini menjadi milik beliau.Lauretta (anak kepada Schicchi) kini ada cukup wang untuk mengahwini Rinuccio. Si bapa, Schicchi bertanya budi bicara penonton.

Aria-aria terkenal

[sunting | sunting sumber]
  • "Firenze è come un albero fiorito" - Rinuccio
  • "O mio babbino caro" (Oh, ayah yang ku sayang) - Lauretta

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]