Geert Wilders
Geert Wilders | |
---|---|
Dalam jawatan 2006–kini | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Venlo, Belanda | 6 September 1963
Kewarganegaraan | Belanda |
Parti politik | Partij voor de Vrijheid |
Bidang pengkhususan | Ahli politik, Penulis |
Laman web | www.geertwilders.nl |
Geert Wilders (IPA: ['xe:rt 'ʋildərs], ['ɣe:ʁt 'ʋildəʁs]; lahir 6 September 1963 di Venlo, Limburg) adalah seorang ahli politik Belanda. Beliau adalah anggota Parlimen Belanda sejak tahun 1998. Rambutnya panjang, berwarna perang.
Geert Wilders merupakan pengasas Parti Partij voor de Vrijheid (Parti untuk Kebebasan) dan merupakan ketua parti pembangkang di Dewan Rendah Belanda buat masa ini, dan parti ini menggunakan sentimen anti Islam untuk meraih undi dan populariti.
Anti Nabi Muhamad
[sunting | sunting sumber]Pada 2009, Wilders menghina Nabi Muhammad dengan menyifatkan baginda sebagai ‘orang gasar dan fidofilia’. Isteri kedua Nabi iaitu Aisyah Abu Bakar berumur 11 tahun berkahwin dengan Nabi yang ketika itu itu berumur __. Kononnya fidofilia dengan Aisyah ini bertentangan hak asasi kanak-kanak yang belum bijak membuat keputusan.
Wilders menyamakan Islam dengan fasisme .Kitab al-Quran disamakan dengan buku Mein Kampf milik Adolf Hitler. Belanda yang selama ini menjadi 'jaguh toleransi' telah dicemari oleh pendatang Islam.
Penduduk Islam kira-kira 1 juta sahaja. Penduduk Belanda seramai 16 juta. Belanda terkenal dengan kepelbagaian budaya, bertola-ansur dengan penjenayah dan cukai yang tinggi di kalangan negara Eropah.
Filem Fitna
[sunting | sunting sumber]Filem dokumentari Fitna disiarkan menerusi internet menunjukkan penghinaan terhadap Islam dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dengan imej latar serangan pengganas.[1] Filem Fitna sepanjang 15 minit ini telah ditayangkan kepada kira-kira 60 orang Dewan Tinggi Britain pada 6 Mac 2010. Filem ini memutarbelitkan ayat-ayat Al-Quran sebagai menganjur keganasan.
Pada 31 Mac 2008, semua rangkaian pasaraya Mydin memboikot produk barangan Belanda kerana bantahan kepada filem anti-Islam, Fitna.Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin mewnyokong kempen boikot oleh Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Pemuda Barisan Nasional. Semua barangan import dari Belanda akan dilabel pelekat warna merah. Senarai produk Belanda yang diboikot disebarkan ke masjid-masjid dan surau-surau . Tiada siapa berhak mengutuk agama-agama lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi setuju dengan kempen boikot itu.[2]
Kempen anti Islam di Britain
[sunting | sunting sumber]Pada 6 Mac 2010, Geert Wilders mengutuk kitab suci al-Quran di dalam Dewan Tinggi Britain. Dasar demokrasi bebas di Britain membenarkan sesiapa untuk bersuara.
200 penunjuk perasaan mengejek dan melaungkan ‘Samseng fasis keluar dari jalan-jalan raya kami’. Mereka mengecam tindakan Britain menjemput Wilders. Mereka berhadapan dengan aktivis penyokong Wilders, Liga Pertahanan England daripada menghampiri Parlimen Britain di London. Wilders menjadi tokoh Thomas Jefferson, George Orwell Pindaan Pertama dalam Perlembagaan Amerika Syarikat (AS) sebagai rujukan.
“Saya percaya Islam adalah agama yang ganas dan bahaya, namun saya tidak memusuhi penganutnya.Wilders mahu seluruh Eropah mengharamkan pendatang beragama Islam kerana didakwanya membawa ideologi fasis.
Pilihan raya Belanda 2010
[sunting | sunting sumber]Wilders dari Parti Kebangsaan (PVV) akan turut bertanding dalam Pilihan Raya Belanda pada 9 Jun 2010. Pilihan raya ini diadakan berikutan kerajaan campuran Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende jatuh pada Februari 2010. Parti PVV pimpinan Wilders mendahului di Almere dan menduduki tempat kedua di The Hague. Dasar parti ini ialah menentang kemasukan pendatang beragama Islam (dari Indonesia dan tanah jajahan Belanda).
PVV diramal menang 27 daripada 150 kerusi parlimen .Parti Demokrat Kristian pimpinan Balkenende dijangka kalah dan hanya menang 26 kerusi parlimen. Parti Kristian Demokrat gagal memujuk sekutunya Parti Buruh untuk melanjutkan kehadiran tentera Belanda di Afghanistan.[3]
Jika menang pada 9 Jun 2010, Wilders akan menjadi Perdana Menteri Belanda. Janjinya, dia akan menutup semua sekolah orang Islam, menghentikan pembinaan masjid baru malah mengharamkan al-Quran.[4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Arnoud van Doorn, co-producer dari filem Fitna yang kemudian masuk Islam.
- Fitna (filem)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.