Basikal gegancu pengun
- Di Australia, "roda-pengun" merupakan istilah biasa bagi subjek rencana ini — bererti berlawanan dengan roda bebas, dan "gear tetap" biasanya merujuk kepada basikal satu kelajuan.
Basikal gegancu pengun (atau basikal roda pengun, kadang kala digelar fixie) adalah basikal yang tidak memiliki roda bebas, bererti ia tidak boleh meluncur, kerana pengayuhnya sentiasa bergerak apabila basikal bergerak.
Gegancu, atau kog, diulir atau dilekat langsung pada hab belakang kekal. Apabila roda belakang berputar, pengayuh berputar pada arah yang sama.[1] Ini membenarkan penunggang basikal berhenti tanpa menggunakan sistem brek basikal, dengan menahan putaran pada pengayuh dan juga mengayuh secara mengundur.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Basikal trek adalah bentuk basikal gegancu pengun yang digunakan bagi menunggang di trek di velodrom. Tetapi disebabkan basikal gegancu pengun hanyalah basikal tanpa roda bebas, basikal gegancu pengun boleh jadi sebarang bentuk jenis basikal.[2]
Sesetengah pelumba jalan dan kelab basikal menggunakan basikal gegancu pengun bagi latihan semasa musim sejuk, biasanya menggunakan kadar gear agak rendah, yang dipercayai membantu mengembangkan gaya pengayuhan yang baik.[3] Di UK sehingga 1950-an adalah biasa bagi penunggang bagi menggunakan basikal gegancu pengun bagi ujian masa. Kejohanan masa ujian British 1959 25 batu dimenangi oleh Alf Engers dengan rekod pertandingan 55 minit 11 saat, menunggang basikal gegancu pengun 84 inci.[4][5][6][7] Gegancu pengun juga biasa digunakan dan terus digunakan pada akhir musim perlumbaan mendaki bukit pada musim luruh.[8][9] Mesin gegancu pengun kelab lelaki biasanya adalah "jalan/denai" atau kayuhan "jalan/denai". Pada era di mana kebanyakan penunggang hanya memiliki satu basikal, basikal yang sama apabila dilerai dan dipasang dengan roda lumba digunakan bagi ujian masa jalan dan lumba trek, dan apabila dipasang dengan pengadang lumpur dan beg, digunakan bagi lumba kelab, kembara dan latihan musim sejuk.[10][11][12][13] By the 1960s, multi-gear derailleurs had become the norm and riding fixed-gear on the road declined over the next few decades.[14] Pada tahun kebelakangan (2011) minat bagi menunggang gegancu pengun kembali meningkat dan menjadi semakin popular.[15]
Di bandar-bandar di Amerika Utara, basikan gegancu pengun telah menjadi amat popular, dengan peningkatan kecenderungan aestatik jelas bercorak kewilayahan bagi perincian dan kekemasan.[16]
Basikal gegancu pengun khusus dihasilkan dalam bilangan yang semakin meningkat oleh pengeluar basikal ternama. Ia biasanya harga berpatutan[17] dan berciri geometri jalan tenang, berbanding corak geometri curam pada basikal trek.[18]
Basikal gegancu pengun turut digunakan pada bola sikal ("cycle ball"), polo basikal dan kayuhan artistik ("artistic cycling").
Basikal gegancu pengun amat sesuai bagi dirian trek ("track stand"), gerakan di mana basikal didirikan menegak pengun dengan kaki penunggang pada pengayuh.[19]
Kelebihan dan kekurangan
[sunting | sunting sumber]Salah satu yang dianggap tarikan bagi basikal gegancu pengun adalah ia ringan. Tanpa bahagian tambahan yang diperlukan bagi basikal dengan gear pemancu, basikal gegancu pengun jauh lebih ringan berbanding basikal yang memiliki gear. Juga, sistem pancuan gegancu pengun lebih berkesan secara mekanikal berbanding sebarang sistem pancuan basikal lain, dengan kebanyakan pemindahan kuasa dari penunggang kepada roda. Dengan itu, basikal gegancu pengun memerlukan kurang tenaga pada sebarang gear untuk bergerak berbanding basikal bergear pada gear yang sama.[20]
Dalam keadaan licin, sesetengah penunggang lebih gemarkan menunggang basikal pengun kerana mempercayai bahawa transmisi memberikan peningkatan suapbalas pada cengkaman tayar belakang.[21]
Tanpa brek
[sunting | sunting sumber]Ramai penunggang gegancu pengun bandar merasakan brek tidak begitu perlu, dan menunggang gegancu pengun tanpa brek mencapai tahap kultus disesetengah kawasan.[22] Brek dan kabel dikatakan menambahkan badan tambahan pada basikal gegancu pengun yang kelihatan ringkas. Ramai penunggang mendakwa bahawa pengalaman menunggang tanpa brek mencipta "penyatuan dengan jalan". Terutamanya dalam persekitaran bandar, ia memaksa penunggang menjadi lebih peka pada persekitaran kerana ketidakeupayaan menghentikan basikal dengan segera.
Penunggang lain mengenepikan menunggang di jalan tanpa brek sebagai rasa suka, berdasarkan imej bukannya pratikal.[23] Menunggang tanpa brek adalah merbahaya dan dilarang oleh undang-undang dikebanyakan perundangan, dan mungkin tidak layak membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan.[24]
Teknik
[sunting | sunting sumber]Adalah mungkin bagi memperlahankan atau menghentikan gasikal gegancu pengun dengan menahan putaran pengayuh, dan penunggang juga boleh mengunci roda belakang dan meluncur bagi memperlahankan atau menghentikan basikal gegancu pengun. Gerakan sedemikian dimulakan dengan mengangkat roda belakang sedikit dengan mengalih berat penunggang kehadapan dan menarik naik pendayung dengan menggunakan pengayuh tanpa klip atau pengepit ibu jari dan pengikat. Penunggang kemudian berhenti mengayuh, dengan itu menghentikan roda belakang dan rantai, sementara mengenakan berat badan pada putaran menyongsang pada pengayuh. Ini menyebabkan roda belakang mengelunsur, dan memperlahankan basikal. Lunsuran boleh dikekalkan sehingga basikal berhenti atau sehingga penunggang ingin meneruskan kayuhan pada kelajuan lebih rendah. Teknik ini memerlukan sedikit latihan dan menggunakannya pada selekoh pada umumnya dianggap merbahaya.[25][26] Permukaan basah mengurangkan keberkesanan kaedah ini. Selain itu sekiranya rantai basikal terlondeh, penunggang akan gagal berhenti langsung.
Pada basikal dengan hanya brek roda belakang, nyah pecutan maksima adalah jauh lebih rendah berbanding basikal yang dilengkapi dengan brek hadapan.[27] Ketika kenderaan membrek, berat dipindahkan kearah roda hadapan dan menjauhi roda belakang, mengurangkan jumlah cengkaman yang dimiliki oleh roda belakang. Memindahkan berat penunggang kebelakang meningkatkan keberkesanan membrek, tetapi roda hadapan yang dipasang dengan brek biasa mungkin memberikan 70% atau lebih kuasa membrek apabile membrek dengan kuat (lihat pemindahan berat).
Syarat menurut undang-undang
[sunting | sunting sumber]Amerika Syarikat — Penggunaan sebarang basikal tanpa brek di jalan awam adalah menyalahi undang-undang dikebanyakan tempat, tetapi ayat sering menyerupai "...perlu dilengkapi dengan brek yang membolehkan seseorang mengendali basikal bagi menjadikan roda dibrek mengelonsor pada siarkaki bersih, rata dan kering..."[28] yang dinyatakan oleh sesetengah pihak membolehkan penggunaan kaki dan gear.[29] Penjualan retail untuk basikal tanpa brek adalah dilarang di Amerika Syarikatoleh Jawatan kuasa Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat[30] – tetapi dengan pengecualian bagi "basikal trek" (...satu basikal yang direka dan bertujuan bagi jualan mesin pertandingan yang memiliki tayar tubular, kadar kayuh-pada-roda tunggal, dan tiada ciri-ciri roda-bebas antara tayar belakang dan pengayuh...).[31]
UK — Peraturan Kegunaan dan Penggunaan Basikal Kayuh 1983 memerlukan basikal dikayuh "dengan ketinggian tempat duduk melebihi 635 mm dan memiliki dua sistem brek berasingan, dengan satu bertindak pada roda hadapan dan satu pada roda belakang". Ia biasanya dipercayai bahawa brek hadapan dan roda gegancu pengun di belakang memenuhi peraturan ini.[32]
Jerman — Semua basikal perlu memiliki brek yang berfungsi pada kedua-dua roda, termasuk pemantul dan loceng.[33] Di Bonn mahkamah tempatan menerima bahawa mekanisma gegancu pengun merupakan brek belakang yang sesuai,[33] tetapi pencegahan berprofil tinggi yang khusus mensasarkan fixie dilakukan di Berlin, sebagai cubaan bagi mengawal apa yang digambarkan oleh polis sebagai "trend merbahaya"[34][35]
Australia — Di semua negeri, basikal dianggap kenderaan di bawah Peraturan jalan. Menurut perundangan, basikal perlu memiliki sekurang-kurangnya satu brek berfungsi.[36]
New Zealand — Menurut perundangan, basikal perlu memiliki sekurang-kurangnya "...brek belakang yang baik..."—dan yang diperbuat sejak 1 Januari 1988 perlu juga memiliki "...brek hadapan yang baik..."[37]
Perancis — Untuk diluluskan bagi trafik jalan, basikal perlu memiliki dua brek, 2 lampu, banyak pemantul, dan loceng. Bagaimanapun undang-undang ini jarang dilaksanakan, dan pandangan pelbagai basikal yang tidak diluluskan secara rasmi adalah perkara biasa.[38]
Denmark — Semua basikal perlu memiliki sistem brek yang berfungsi pada kedua roda, termasuk pemantul dan loceng.[perlu rujukan]
Sepanyol — Semua basikal perlu memiliki sistem brek yang mencukupi pada roda belakang dan hadapan, termasuk loceng.[39]
Penukaran
[sunting | sunting sumber]Banyak syarikat menjual rekabentuk kerangka basikal bagi digunakan dengan hab gegancu pengun. Gegancu pengun atau hab basikal trek termasuk ulir khas bagi pengunci yang mengetat pada arah songsang berbanding kog gigi roda. Ini memastikan gigi roda tidak terbuka apabila penunggang "kayuh mengundur" ketika membrek.[40]
Bagi pelbagai alasan, ramai penunggang memilih untuk menukar basikal roda bebas pada gegancu pengun. Rangka tanpa penurun mendatar adalah mudah diubah, rangka dengan bukaan menegak lebih sukar diubah.[41] Satu kaedah adalah dengan hanya menukar tayar belakang dengan hab/trek pengun. Satu lagi adalah dengan menggunakan hab direka bagi digunakan dengan roda bebas pelbagai kelajuan berulir. Hub sedemikian biasanya hanya memiliki ulir sebelah kanan biasa bagi kog dan tidak ulir songsang bagi kegunaan lockrings pada hab/trek pengun. Gegancu pada hab tanpa lockring mungkin terbuka ketika kayuhan songsang.
Penyelenggaraan
[sunting | sunting sumber]Menyelenggara gegancu pengun adalah agak mudah kerana ia memiliki kurang bahagian berbanging basikal bergear. Gegancu perlu diperiksa berkala untuk memastikan tidak terdapat sebarang kerosakan pada gigi dan tiada objek bergesel ketika ia berputar dengan roda belakang. Rantai basikal juga perlu diperiksa bagi sebarang kerosakan.
Adalah penting (sekurang-kurangnya bagi menunggang di jalanan) agar rantai diketatkan mencukupi agar ia tidak terlucut dari samaada dari gegincu atau cecincin rantai. Ini biasanya bererti "rantai tidak kelihatan terlondeh". Rantai yang terlucut boleh menyebabkan pelbagai keadaan yang tidak diingini, seperti roda belakang terkunci atau, paling teruk, kerosakan rangka sekiranya rantai tersangkut sekeliling lengan pendayung dan menarik rangka belakang kehadapan. Pada basikal gegancu pengun tanpa brek tangan, rantai terlucut yang biasa sekalipun bererti kehilangan keupayaan membrek sepenuhnya. Selain ketegangan, rantai juga kurang berkemungkinan terlucut sekiranya garis rantai adalah tepat dan rantai merupakan jenis "sesendal penuh (full bushing)" tradisi dengan pergerakan sisi terhad. Disebabkan perbezaan antara rantai ketat dan londeh bersamaan dengan perbezaan panjang yang sedikit pada rantaian, ketegangan rantai perlu diperiksa dengan melihat sekurang-kurangnya sekali seminggu, terutama sekiranya basikal ditunggang pada keadaan kering atau basah.
Sebagaimana basikal lain, rantai perlu diperiksa bagi memastikan pengikat utama terikat kemas. Rantai boleh diminyakkan setiap bulan bagi memastikan penunganggan yang licin.[42] Juga, apabila perlu, brek perlu diketatkan kerana ia haus dan keadaan tayar perlu dipantau bagi kemungkinan berlaku kebocoran. Tekanan udara dalam tayar, penyelarasan tayar, letak picu brek, dan karat perlu dipantau setiap hari kerana ia mampu berubah ketika hentakan semasa menunggang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "What is a Fixed Gear?". Commute By Bike. 2005-05-31. Dicapai pada 2007-08-12.
- ^ Goode, Greg (2003). "Fixed-Gear vs. Track Bikes". Old Skool Track. Dicapai pada 2007-08-12.
- ^ Konopka, Peter (1982). The Complete Cycle Sport Guide. EP Publishing. m/s. 70–71.
Top class riders spend the whole winter on such small gears (42×17 or 18)... to get good pedal training some adopt a "fixed wheel"...
- ^ "History". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-26. Dicapai pada 2011-05-14.
Modern fixed-gear bicycles are credited to Gregory Ferris
- ^ "Medium gear history". UK: Fixed Wheel. Dicapai pada 2011-05-14.
- ^ Bradley, Wayne. "Cycling memories". UK: BT Internet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-30. Dicapai pada 2011-05-14.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "Woodland gears". UK. Dicapai pada 2011-05-14.
- ^ "Fixed wheel bike used to win the 2003 British national hill climb championship". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-20. Dicapai pada 2011-05-14.
- ^ Curran, Paul (1987). "British Hill Climb Championship" (article). UK: NDO.
- ^ "Designs". UK: Rotrax HS. Dicapai pada 2011-05-14.
- ^ "Bikes". Dicapai pada 2011-05-14.
|contribution=
ignored (bantuan) - ^ "Examples of fixed-gear bicycles of the period, including the bike that [[Ray Booty]] used for the first sub-four-hour "out and back" 100 mile time trial in 1956". Dicapai pada 2011-05-14. URL–wikilink conflict (bantuan)
- ^ "Examples of fixed-gear bicycles of the period, including the bike that [[Ray Booty]] used for the first sub-four-hour "out and back" 100 mile time trial in 1956". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-27. Dicapai pada 2011-05-14. URL–wikilink conflict (bantuan)
- ^ Stone, Hilary. "Sturmey Archer ASC 3-speed fixed-wheel hub gear". Classic Lightweights. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-15. Dicapai pada 2007-09-11.
- ^ Ward, Simon (September 12, 2007). "Going Fixed — The Art of Cycling without Gears". fixedwheel.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-22. Dicapai pada 2007-09-11. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Hannah Karp (2006-06-08). "More riders trying "fixie" bikes with one gear, many risks". Sign On San Diego. The Union-Tribune. Dicapai pada 2007-08-12.
- ^ Jim Miller (2006-06-18). "Quest for a Fixed Gear". Washington Post. Dicapai pada 2007-08-12.
- ^ "Buyers' Guide To "Fixie" Bicycles!". Cyclesmith. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-27. Dicapai pada 2007-08-12.
- ^ Lucas Wisenthal. "Bare bones biking". Montreal Mirror. 23 (2). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-31. Dicapai pada 2007-08-12.
- ^ Brown, Sheldon. "Fixed Gear Bicycles for the Road". Dicapai pada July 20, 2011.
- ^ Brown, Sheldon (1995-12-26), Fixed Gear Bicycles for the Road
- ^ Wisenthal, Lucas (June 28, 2007). "Bare bones biking". Montreal Mirror. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-31. Dicapai pada 2007-09-11.
- ^ Churchill, Paul (2005-10-13). "Are Brakes For Flakes?". Moving Target. Dicapai pada 2007-09-16.
- ^ Colegrove, Sara W. "Do You Ride A Fixed Gear Bike? You May Be Breaking The Law". League of Michigan Bicyclist. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-09-11. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ Brown, Sheldon. "Fixed Gear for the Road: Skip Stops". Harris Cyclery. Dicapai pada 2007-09-11.
- ^ Chidley, 'Buffalo' Bill (1993). "Track bikes at CMC 1993". Cycling Plus. Dicapai pada 2007-09-19. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan) - ^ Stevenson, John (August 8, 2006). "Fixies outlawed?". Cycling News.com. Dicapai pada 2007-09-11.
- ^ "Appendices". BikeSense. Dicapai pada 2010-10-01.
- ^ "Cyclist wins fixed-gear case". Blog Archive. BikePortland. 2006-09-05. Dicapai pada 2010-10-01.
- ^ "Requirements for Bicycles: Requirements for braking system". Code of Federal Regulations. USA: GPO. 2004-01-01. Dicapai pada 2010-10-01.
- ^ "Requirements for Bicycles: Definitions". Code of Federal Regulations. USA: GPO. 2004. Dicapai pada 2010-10-01.
- ^ "Construction and Use Regulations". UK: CTC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-24. Dicapai pada 2012-04-01.
- ^ a b "Still No Fix for 'Fixies'. German Court Rules in Favor of Fixed-Gear Cyclist". Der Spiegel. DE. 08/07/2009. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "New Bike Trend Could Be Deadly". Der Spiegel. DE.
- ^ "Fixed-gear bikes spark police crackdown in Berlin", Society, DE: The Local, 2009-6-30, diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-25, dicapai pada 2012-04-01 Check date values in:
|date=
(bantuan). - ^ "Hub bicycle". NSW, AU: Road Traffic Authority. Dicapai pada 2011-05-14.
- ^ "Transport Authority Road Code for Bicycles" (PDF). New Zealand. 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-08-01. Dicapai pada 2012-04-01.
- ^ "Bike security regulations". France: Internal affairs ministry.
- ^ "Vehicle Regulations" (PDF). Spain: Internal affairs ministry. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-02-06. Dicapai pada 2012-04-01.
- ^ Brown, Sheldon, "Track hub", Bicycle Glossary Tp-Tz.
- ^ Brown, Sheldon. "Fixed Gear Conversions". Dicapai pada 2007-09-11.
- ^ "The General Upkeep of Your Bicycle". 2008-04-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-18. Dicapai pada 2010-09-22.