Baset biru Gascogne
Nama lain | anjing biru Gascogne | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Perancis | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Baset biru Gascogne[a] ialah satu baka anjing berkaki pendek dan berbelakang panjang jenis hound. Sebagai baka asli Perancis, ia jarang di luar tanah airnya. Ia diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa, di United Kingdom oleh The Kennel Club, dan oleh United Kennel Club di Amerika Syarikat. Kata "biru" pada namanya merujuk bulunya yang mempunyai penampilan berbintik.
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Warna bulunya kebanyakannya putih dengan bintik-bintik yang menghasilkan penampilan kebiru-biruan, dengan tompok-tompok perang dan tanda-tanda sawo matang di bahagian atas mata dan di telinga.[1] Ia merupakan baka berbulu licin.[2] Tingginya pada paras kelasa biasanya berukuran 34–42 sentimeter (13–17 in) walaupun piawaian The Kennel Club menyatakan 30–38 sentimeter (12–15 in).[1][3] Penampilan amnya biasanya tidak terlalu berat dan ia berukuran seberat 16–18 kilogram (35–40 lb). Ia mempunyai mata perang gelap dan telinga labuh rendah yang sekurang-kurangnya dapat mencapai hujung muncungnya.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Dengan asal usul pada Zaman Pertengahan, baset biru Gascogne diturunkan langsung daripada baka lam anjing pemburu biru besar Gascogne.[4] Ada sangkaan bahawa Gaston III dari Foix-Béarn memelihara sekawan anjing ini untuk memburu babi hutan dan serigala.[5] Beliau terkenal sebagai pengarang Livre de chasse (Kitab Perburuan), yang dianggap sebagai karya klasik tentang perburuan zaman pertengahan.[6]
Semasa awal abad ke-19, baka ini hampir menjadi pupus dengan kepopularan merosot dalam perburuan. Walau bagaimanapun, baka ini diselamatkan dan dipulihkan melalui hasil kerja Alain Bourbon.[7]
Pengiktirafan dan pengkategorian
[sunting | sunting sumber]The Kennel Club (United Kingdom) mengiktiraf baset biru Gascogne dalam daftar baka import dan dalam Kumpulan Hound.[3] United Kennel Club pula mengiktiraf baka ini pada tahun 1991,[7] dan kedua-dua UKC dan Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) menyenaraikan baset biru Gascogne dalam Kumpulan Anjing Pemburu Bau.[4][8][9] Baka ini dikenali sebagai Basset Bleu de Gascogne dalam bahasa Perancis atau Blue Gascony Basset dalam bahasa Inggeris dalam FCI.[8][9] Kini, baset biru merupakan salah satu daripada enam baka jenis baset yang diiktiraf oleh FCI.[10] Baset biru Gascogne tidak diiktiraf oleh American Kennel Club atau Canadian Kennel Club. Sebagai tambahan kepada pejabat-pejabat pendaftaran utama, baset biru Gascogne juga diiktiraf oleh banyak pejabat pendaftaran kecil dan pejabat pendaftaran khusus, termasuk sebagai baka jarang di bawah American Rare Breed Association yang menggunakan piawaian FCI.[11]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai baka anjing
- Anjing pemburu baset
- Baset perang Bretagne
- Baset grifon besar Vendée
- Baset grifon kecil Vendée
- Baset Artois Normandie
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: باسيت بيرو ݢسکوڽا ; Perancis: basset bleu de Gascogne , Sebutan bahasa Perancis: [bɑsɛ blø də ɡasˈkɔɲ]; bahasa Inggeris: blue Gascony basset
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Cunliffe, Juliette (2002). "The Hound Group" [Kumpulan Hound]. The Encyclopedia of Dog Breeds [Ensiklopedia Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Bath, United Kingdom: Parragon. m/s. 208. ISBN 9780752580180. OCLC 59182873.
- ^ Hutchinson, Robert (Februari 2005). "The Low-down on Dachshunds and Bassets" [Kerendahan pada Dachshund dan Baset]. For the Love of Dachshunds (dalam bahasa Inggeris). San Francisco, California, Amerika Syarikat: BrownTrout Publishers. m/s. 36. ISBN 9781563139031. OCLC 57007975.
- ^ a b "Basset Bleu De Gascogne Breed Standard" [Piawaian Baka Baset Biru Gascogne] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 20 Disember 2023.
- ^ a b "Basset Bleu de Gascogne (Revised January 1, 2009)" [Baset Biru Gascogne (Disemak pada 1 Januari 2009)]. United Kennel Club. 1 Januari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2009. Dicapai pada 20 Disember 2023.
- ^ "Le Basset Bleu de Gascogne" [Baset Biru Gascogne] (dalam bahasa Perancis). Elevage Amateur Du Mas Gauthier. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2011. Dicapai pada 20 Disember 2023.
- ^ Tuchman, Barbara Wertheim (12 Julai 1987). A Distant Mirror: The Calamitous 14th Century [Cermin Jauh: Abad Ke-14 yang Penuh Malapetaka] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Ballantine Books. ISBN 9780345349576. OCLC 1049755934.
- ^ a b "Basset Bleu de Gascogne Information" [Maklumat Baset Biru Gascogne] (dalam bahasa Inggeris). Sarah's Dogs. Dicapai pada 20 Disember 2023.
- ^ a b "Standard FCI N° 35 BASSET BLEU DE GASCOGNE" [Piawaian FCI No. 35 Baset Biru Gascogne] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Dikemaskinikan oleh Jean-Maurice Paschoud. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 1 September 2023. Dicapai pada 20 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
- ^ a b "FCI-Standard N° 35 BASSET BLEU DE GASCOGNE (Blue Gascony Basset)" [Piawaian FCI No. 35 Baset Biru Gascogne] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 1 September 2023. Dicapai pada 20 Disember 2023.
- ^ Fogle, Bruce (1 Mac 2002). Dogalog (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 48. ISBN 9780789483942. OCLC 49559015.
- ^ "Blue Gascony Basset" [Baset Biru Gascogne] (dalam bahasa Inggeris). American Rare Breed Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2010. Dicapai pada 20 Disember 2023.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Baset biru Gascogne |