Baru Bian
Baru Bian | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Selangau, Sarawak | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Joseph Entulu Belaun |
Digantikan oleh | Edwin Banta |
Majoriti | 486 (2018) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Ba'kelalan | |
Menyandang jawatan 16 April 2011 | |
Didahului oleh | Nelson Balang Rining |
Majoriti | 473 (2011) 538 (2016) 680 (2021) |
Menteri Kerja Raya Malaysia | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Muhammad V Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Timbalan | Mohd Anuar Mohd Tahir |
Didahului oleh | Fadillah Yusof |
Digantikan oleh | Fadillah Yusof |
Kawasan pilihan raya | Selangau |
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (Sarawak) | |
Dalam jawatan 2009–2020 | |
Presiden | Wan Azizah Wan Ismail Anwar Ibrahim |
Timbalan | See Chee How |
Naib Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak | |
Dalam jawatan 1992–1994 | |
Presiden | Leo Moggie Irok |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lawas, Sarawak | 9 September 1958
Parti politik | Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) (1987-2003) Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (2006-2008) Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2008-2020) Parti Sarawak Bersatu (PSB) (2020-2024) Parti Demokratik Progresif (PDP) (2024-kini) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (1987-2003) Barisan Bersatu Sarawak (BBS) (2006-2008) Pakatan Rakyat (PR) (2008-2015) Pakatan Harapan (PH) (2015-2020) Bebas (2020) Parti Sarawak Bersatu (PSB) (2020-2024) Gabungan Parti Sarawak (GPS) (2024-kini) |
Pasangan | Yu Ching Sieu |
Anak | 3 (2L + 1P) Joshua Parir Benjamin Bian Emmylyn Takong |
Tempat belajar | Universiti Teknologi MARA Universiti Melbourne |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Laman web | http://www.barubian.net/ |
Baru Bian (lahir 9 September 1958) ialah ahli politik Malaysia dari Sarawak. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Ba'kelalan. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia (2018-2020) dan Ahli Parlimen Selangau selama sepenggal (2018-2022).
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Keluarga
[sunting | sunting sumber]Baru berkahwin dengan seorang surirumah sepenuh masa, Yu Ching Sieu berketurunan Cina dan dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan satu perempuan iaitu Joshua Parir, Benjamin Bian dan Emmylyn Takong.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Baru memperolehi pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan(SRK) Long Lellang (Tahun 1 dan 2) pada tahun 1966-67, SRK Long Semadoh (Tahun 3 dan 4) pada tahun 1968-69 dan juga SRK Long Napir (Tahun 5 dan 6) pada tahun 1970-71. Kemudian beliau menyambung pendidikan menengahnya di Sek. Men. Ker. Limbang (1972 - 76) dan lulus Senior Cambridge, kemudian di Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang, Miri dan lulus (1977 - 78) dan lulus Higher School Certificate(HSC).
Pada 1979 hingga 1980 beliau bekerja sebagai cikgu sementara di SMK Medamit, Bahagian Limbang. Selepas itu Bian menyambung pendidikan tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor di dalam jurusan Diploma Undang-Undang (DIL) selama empat tahun iaitu dari tahun 1981 hingga 1984. Pada tahun 1985, beliau mendapat ijazah Bachelor of Law (LL.B) di Melbourne University, Australia.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pada tempoh masa 1979- 1981, Bian menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Kerajaan Medamit, Limbang, Sarawak. Selepas mendapat ijazah undang-undangnya, pada tahun 1986, beliau menjadi pelatih di firma Messrs Rashid & Lee, Kuala Lumpur dan diterima sebagai peguambela dan peguamcara Malaya.
Kemudian pada 1987 hingga 1988, beliau menjadi Pembantu Undang-undang di firma Messrs Anthony Ting & Co., Kuching, Sarawak. Seterusnya pada 1990, beliau menjadi rakan kongsi firma Messrs Anthony Ting, Baru Bian & Co., Kuching, Sarawak. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1992, beliau bekerja di bawah syarikatnya sendiri, Messrs Baru Bian Advocates & Solicitors, Kuching, Sarawak, hingga ke hari ini.
Penglibatan di dalam politik
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1987, beliau diterima sbagai ahli biasa bagi Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS). Di dalam tempoh kemudiannya iaitu pada tahun 1989 hingga 1992 beliau dipilih sebagai Exco Belia PBDS. Pada bulan September 1991 beliau berdiri sebagai calon PBDS (Pembangkang kemudiannya) di Lawas dan kalah.
Pada tahun 1992 hingga 1994, beliau dilantik menjadi Naib Presiden PBDS.
Di dalam selang masa tahun 1995 – 2000, beliau dilantik menjadi Ketua Perhubungan PBDS.
Pada sela tahun 2000 hingga 2003 menyaksikan beliau dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi PBDS. (Nota: PBDS dibubarkan sebagai parti politik.
Pada bulan September 2004 beliau berdiri sebagai calon bebas di pilihan raya kecil Ba’Kelalan 2005 berikutan kematian penyandangnya, Dr. Judson Sakai akibat helikopter terhempas pada Julai 2004, dan tewas sebanyak about 1300 nyawa.
Pada bulan Mei 2006, beliau berdiri sebagai calon SNAP di DUN Ba’Kelalan pada pilihan raya negeri Sarawak State dan tewas sebanyak 475 undi.
Pada April 2008, Bian menyertai Parti Keadilan Rakyat Malaysia, atau Parti KEADILAN Rakyat (PKR) sebagai ahli biasa. Setelah setahun kemudian, beliau dilantik di dalam PKR pada bulan November 2009 sebagai Pengerusi PKR Sarawak oleh Presiden. Beliau juga dilantik sebagai ahli Majlis Terttinggi dan ahli Biro Politik.
Pada 2 Julai 2018, Bian dilantik sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Mahathir Mohamad.
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Lawas | Baru Bian | PSB | 5,684 | Henry Sum Agong | GPS (PRS) | 11,361 | 5,677 |
Japar Suyut | PH (PKR) | 1,163 | ||||||
2018 | Selangau | Baru Bian | PH (PKR) | 11,288 | Rita Sarimah Patrick Insol | BN (PRS) | 10,742 | 486 |
2013 | Limbang | Baru Bian | PKR | 4,698 | Hasbi Habibollah |
BN (PBB) |
12,999 | 8,301 |
Dewan Undangan Negeri Sarawak
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kelahiran 1958
- Orang hidup
- Orang dari Sarawak
- Kristian Malaysia
- Ahli politik Malaysia berketurunan Dayak
- Ahli politik Malaysia berketurunan Orang Ulu
- Alumni Universiti Teknologi MARA
- Peguam Malaysia
- Bekas anggota Parti Keadilan Rakyat
- Bekas anggota Parti Sarawak Bersatu
- Anggota Parti Demokratik Progresif
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18
- Menteri Kerja Raya Malaysia
- Lun Bawang