Baik Punya Ah Long
Baik Punya Ah Long | |
---|---|
Pengarah | Afdlin Shauki |
Penulis |
|
Lakon layar | Afdlin Shauki |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Helmi Yusof |
Disunting oleh | Aizam Syamsul Aksan |
Muzik oleh | Pacai |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM2.15 juta |
Baik Punya Ah Long ialah sebuah filem muzikal komedi Malaysia 2024 arahan Afdlin Shauki yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip bersama Haris M. Nor, Shafiq Azraei Shah, Sid Murshid dan Pacai. Diterbitkan oleh Astro Shaw, Golden Screen Cinemas dan Petra Vision Works serta edaran bersama Astro Shaw dan GSC Movies, filem ini dibintangi oleh Jozan (Johan dan Zizan ), Liyana Jasmay, Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramlie, Allahyarham Adibah Noor, Chew Kin Wah, Mia Sara Shauki dan ramai lagi.
Ia merupakan filem kedua (selepas Harimau Malaya: The Untold Journey yang ditayangkan terlebih dahulu) arahannya dalam tempoh 10 tahun sejak Papadom 2 (2013). Ia ditayangkan pada 12 September 2024.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Dua beradik yang bergelut memulakan perniagaan pinjaman wang, menghadapi tentangan hebat daripada pesaing Ah Long. Mereka mesti menyelamatkan seorang tukang jahit daripada musuh yang kejam sambil cuba berjaya dalam perniagaan untuk menghormati mandat bapa angkat mereka.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Johan Raja Lawak sebagai Aley / Aloysius M. Osman
- Zizan Razak[1] sebagai Aloy / Alejandro M. Osman
- Liyana Jasmay[2] sebagai Cik Pa
- Afdlin Shauki sebagai Lan Panda
- Adlin Aman Ramlie sebagai Karim Kangaroo
- Adibah Noor sebagai Cassandra Khutub
- Chew Kin Wah sebagai Ah Long
- Mia Sara Shauki sebagai Mia
- Sangeeta Krishnasamy sebagai Gadis Topeng
- Aziz M. Osman sebagai Ustaz Hanif
- Carmen Soo sebagai Amoi
- Jino Achankunju Samuel sebagai Menari Beastboxer
- Henzi Andalas sebagai Kamil Koala
- Riezman Khuzaimi sebagai Rizmanku
- Ako Mustapha sebagai Karl Bento
- Anas Ridzuan sebagai Pengawal keselamatan
- Achey Bocey sebagai Pak Cik
- Sazali Samad sebagai Abang Sado
- Sid Murshid sebagai Murshid
- Musly Ramlee sebagai Osman Jailani, Ayah Aley dan Aloy
- Jay Nazif sebagai Anak Aley
- Syed Nabil sebagai Anak Aloy
- Rayyan Dino sebagai Anak Murshid
- Filzah Azmi sebagai Mak Cik
- Shashic Iewan sebagai Joe
- David Arumugam sebagai Kumar Kodiaq
- Hilmy Ashley sebagai Wartawan
- Douglas Lim sebagai Tukang Tilik
- Isma Hanum sebagai Mak Cik
- Sanjna Suri sebagai MC
- Emma Tosh sebagai Honey Madu
- Chaoi Izghan sebagai Bakhtiar Baboon
- Nizam Jentik-Jentik sebagai Encik Najib
- Eleana Martin Shauki Eleana
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Selepas filem Papadom 2 arahannya ditayangkan, Afdlin memutuskan untuk bersara dari kerusi pengarah. Bagaimanapun pada September 2020, beliau mengumumkan bahawa akan kembali mengarah filem terbaharu bagi memenuhi janjinya kepada Din Beramboi yang meninggal dunia pada April 2010 akibat demam denggi berdarah.[3]
Alumni Raja Lawak Astro musim pertama, Zizan Razak dan Johan kembali digandingkan dalam filem ini. Kali terakhir mereka digandingkan bersama ialah pada 2012 menerusi filem Uncle Usin.[4] Pra-produksi dimulakan pada 2013 dengan penggambaran dijalankan pada hujung 2020.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ashraf Nasser (15 September 2020). "Zizan Razak dedah wataknya dalam filem "Baik Punya Ah Long"". Cinema Online. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Oktober 2021). "Bergelar pengarah, Liyana tetap berlakon". Berita Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2021.
- ^ Badrul Hashim (2 November 2020). ""Antaranya janji kepada arwah Din Beramboi..." - Afdlin Shauki kongsi sebab realisasikan filem Baik Punya Ah Long". Astro Gempak. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ "Zizan & Johan Bakal Bergandingan Dalam Filem Baik Punya Ah Long". Kakimuvee. 12 September 2020. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
- ^ Nazar Rafiqhi (Oktober 2020). ""Antaranya, janji kepada arwah Din Beramboi" - Tamat shooting, Afdlin Shauki dedah 8 tahun 'peram' karya Baik Punya Ah Long". Media Hiburan. Dicapai pada 26 Oktober 2021.