[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Bahasa Esperanto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Esperanto
Esperanto
Bendera Esperanto
Sebutan/es.pe.ran.to/ (IPA)
Dicipta olehLudwig Lazarus Zamenhof
Dicipta pada1887
Latar dan penggunaanBahasa perantaraan antarabangsa
PenggunaIbunda: 1,000 (2011),
Pengguna Bahasa Ke-2: 30,000-180,000 (2017)
Penggunaan
Skrip Latin
SumberBerdasarkan bahasa-bahasa Eropah, dengan kosa kata yang bersumberkan dari bahasa Romawi dan bahasa Jermanik
Status rasmi
Dikawal selia olehAkademio de Esperanto
Kod bahasa
ISO 639-1eo
ISO 639-2epo
ISO 639-3epo

Bahasa Esperanto ialah bahasa buatan antarabangsa yang ditutur dengan paling meluas. Namanya berasal daripada perkataan Doktoro Esperanto, nama samaran yang L. L. Zamenhof menggunakan ketika menerbitkan Unua Libro buat pertama kali pada tahun 1887. Matlamat Zamenhof ialah untuk mewujudkan sebuah bahasa yang mudah dan fleksibel sebagai bahasa kedua sejagat untuk menggalakkan keamanan dan persefahaman antarabangsa.

Walaupun tiada negara telah menggunapakai bahasa itu secara rasmi, bahasa Esperanto telah digunakan secara berterusan oleh sebuah komuniti yang dianggarkan antara 100,000 hingga dua juta orang penutur serta lebih seribu penutur bahasa ibunda. [1] Tidak ada sesiapa yang boleh mengira bilangan penutur bahasa Esperanto di zaman internet. Tapak pembelajaran percuma banyak dan ia mungkin lebih ramai pengguna bahasa Esperanto pada hari ini.

Pada hari ini, bahasa Esperanto telah digunakan untuk pelancongan dunia, persuratan, pertukaran budaya, konvensyen, kesusasteraan, pengajaran bahasa, televisyen (Internacia Televido) dan penyiaran radio. Sesetengah sistem pendidikan negara menawarkan kursus-kursus pilihan untuk bahasa Esperanto; terdapat bukti bahawa pembelajaran bahasa Esperanto adalah suatu penyediaan yang berguna untuk pembelajaran bahasa kemudian (sila lihat Bahasa Esperanto dan pendidikan).


L.L. Zamenhof, pencipta bahasa Esperanto

Esperanto dikembangkan oleh Dr. Ludovic Lazarus Zamenhof pada akhir dekad 1870-an dan awal 1880-an. Selepas pengembangan lebih kurang sepuluh tahun, Zamenhof yang telah menghabiskan banyak masa untuk menterjemahkan pelbagai sustera ke dalam bahasa Esperanto serta menulis rencana prosa dan puisi yang asli, tatabahasa Esperanto pertama diterbitkan di Warsaw pada Julai 1887.

Bilangan penutur bertumbuh dengan begitu pantas dalam beberapa dekad yang berikut, mula-mula terutamanya di Empayar Rusia dan Eropah Timur, dan kemudiannya di Barat Eropah, Amerika, China, dan Jepun. Pada tahun-tahun awal, penutur-penutur bahasa Esperanto berhubungan melalui surat-menyurat dan terbitan berkala, tetapi pada tahun 1905 Kongres Dunia pertama untuk penutur-penutur bahasa Esperanto diadakan di Boulogne-sur-Mer, Perancis. Sejak masa itu, kongres-kongres dunia telah diadakan di lima benua setiap tahun kecuali semasa kedua-dua perang dunia, dan telah dihadiri oleh sehingga 6,000 orang (biasanya 2,000-3,000).

Bahasa Esperanto tidak mempunyai taraf rasmi di sebarang negara, tetapi merupakan satu mata pelajaran pilihan dalam kurikulum bagi beberapa sistem pendidikan negara. Pada awal abad ke-20, suatu rancangan untuk menubuhkan Moresnet sebagai negeri Esperanto yang pertama, dan Pulau Rose, sebuah pulau buatan yang berhayat pendek menggunakan bahasa Esperanto sebagai bahasa rasminya pada tahun 1968.

Di negara China, bahasa Esperanto telah dicadangkan sebagai gantian untuk bahasa Cina selepas Revolusi Xinhai pada tahun 1911 sebagai cara yang dramatik untuk membawa negara ke abad ke-20. Bagaimanapun, dasar ini tidak dapat dipertahankan. Pada musim panas 1924, Liga Geganti Radio Amerika mempergunakan bahasa Esperanto sebagai bahasa perantaraan antarabangsa rasminya, dan berharap bahawa bahasa itu akan digunakan oleh amatur-amatur radio dalam komunikasi antarabangsa, tetapi penggunaan bahasa itu yang sebenarnya untuk komunikasi radio tidak banyak.

Bahasa Esperanto merupakan sebuah bahasa kerja untuk beberapa pertubuhan bukan untung antarabangsa seperti Sennacieca Asocio Tutmonda, tetapi kebanyakan pertubuhan yang lain merupakan pertubuhan bahasa Esperanto yang khusus. Yang paling besar daripada pertubuhan-pertubuhan ini ialah Persatuan Dunia Esperanto yang mempunyai perhubungan perundingan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta UNESCO.

Agama Oomoto menggalakkan penggunaan bahasa Esperanto di kalangan pengikutnya. Agama Bahai juga menggalakkan penggunaan bahasa itu sebagai suatu bahasa perantaraan antarabangsa yang tambahan, dan, walaupun agama tidak menyokong mana-mana satu bahasa, ia melihatkan bahasa Esperanto sebagai sebuah bahasa yang mempunyai potensi yang amat besar dalam peranan ini.


Penggantian Abjad Esperanto

[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa ortografi alternatif yang umum digunakan. Salah satu di antaranya menggantikan huruf-huruf sirkumfleks dengan difragma h. Terdapat juga pendekatan grafik seperti mendekati sirkumfleks dengan tanda caret.

Jika cetakan tidak dapat mencetak tanda diakritik seperti (^) dan (˘), maka dapat menggantikan tanda (^) dengan difragma "h" dan tanda (˘) dapat dihilangkan sama sekali. Namun, pada awal karya semacam itu, harus dicetak: "ch=ĉ; gh=ĝ; hh=ĥ; jh=ĵ; sh=ŝ". Jika perlu mencetak sesuatu dengan tanda diakritik dalam (,), harus dilakukan dengan hati-hati agar pembaca tidak menganggapnya sebagai tanda koma (,). Sebagai alternatif tanda (,), juga bisa dicetak (') atau (-). Contohnya: sign,et,o = sign'et'o = sig-net-o.

Sistem yang lebih baru untuk mengetik dalam bahasa Esperanto adalah "sistem x", yang menggunakan x sebagai pengganti h untuk difragma, termasuk ux untuk ŭ. Sebagai contoh, ŝ digantikan oleh sx, seperti sxi untuk ŝi dan sxanco untuk ŝanco.

Difragma X menyelesaikan masalah-masalah dalam sistem h:

  1. x bukan huruf dalam abjad Esperanto, sehingga penggunaannya tidak menimbulkan keambiguan.
  2. Difragma sekarang hampir selalu diurutkan dengan benar setelah huruf-huruf tunggalnya; misalnya, sxanco (untuk ŝanco) muncul setelah super, sementara dalam sistem h shanco muncul sebelumnya. Pengurutan hanya gagal dalam kasus jarang terjadi di mana terdapat huruf z dalam kata-kata gabungan atau kata-kata yang belum terasimilasi; misalnya, kata gabungan reuzi ("menggunakan kembali") akan diurutkan setelah reuxmatismo (untuk reŭmatismo "rematik").

Sistem x telah menjadi populer seiring dengan sistem h, tetapi lama dianggap bertentangan dengan Fundamento de Esperanto. Namun, dalam keputusannya pada tahun 2007, Akademio de Esperanto telah memberikan izin umum untuk penggunaan sistem pengganti dalam representasi huruf diakritik Esperanto, dengan syarat hal ini dilakukan hanya "ketika keadaan tidak memungkinkan penggunaan diakritik yang tepat, dan ketika karena kebutuhan khusus sistem h yang tercantum dalam Fundamento tidak nyaman."[2] Ketentuan ini mencakup situasi seperti menggunakan sistem x sebagai solusi teknis (untuk menyimpan data dalam ASCII biasa) sambil tetap menampilkan karakter Unicode yang tepat kepada pengguna akhir.

Masalah praktis penggantian difragma yang tidak sepenuhnya diatasi oleh sistem x adalah dalam pengkomplikasian teks dwibahasa. Ux untuk ŭ terutama bermasalah ketika digunakan bersama teks bahasa Perancis, karena banyak kata dalam bahasa Perancis diakhiri dengan aux atau eux. Aux, misalnya, adalah kata dalam kedua bahasa ( dalam Esperanto). Konversi otomatis dari teks akan mengubah kata-kata dalam bahasa Perancis serta Esperanto. Beberapa kata dalam bahasa Inggris seperti "auxiliary" dan "Euxine" juga dapat terpengaruh oleh rutin pencarian dan penggantian semacam itu. Salah satu solusi umum, seperti yang digunakan dalam perangkat lunak MediaWiki milik Wikipedia sejak campur tangan Brion Vibber pada Januari 2002, adalah menggunakan xx untuk menghindari konversi ux ke ŭ, misalnya "auxx" menghasilkan "aux".[3][4] Beberapa orang juga telah mengusulkan menggunakan "vx" alih-alih "ux" untuk ŭ untuk mengatasi masalah ini, tetapi varian sistem ini jarang digunakan.

name = Sistem Y
type = Abjad
altname = Y-sistemo, ipsilono-kodo
ipa-note = tiada
Ĉ = Cy
Ĝ = Gy
Ĥ = X
Ĵ = Jy
Ŝ = Sy
Ŭ = W

Sebagai contoh: eĥoŝanĝoj ĉiuĵaŭde ("perubahan gema setiap Khamis") menjadi "exosyangyo cyiujyawde".

Ejaan normal:

Ĉiuj homoj estas denaske liberaj kaj egalaj laŭ digno kaj rajtoj. Ili posedas racion kaj konsciencon, kaj devus konduti unu al alia en spirito de frateco.

Ĉiuj rajtoj kaj liberecoj difinitaj en tiu ĉi Deklaracio validas same por ĉiuj homoj, sen kia ajn diferencigo, ĉu laŭ raso, haŭtkoloro, sekso, lingvo, religio, politika aŭ alia opinio, nacia aŭ socia deveno, posedaĵoj, naskiĝo aŭ alia stato. Plie, nenia diferencigo estu farata surbaze de la politika, jurisdikcia aŭ internacia pozicio de la lando aŭ teritorio, al kiu apartenas la koncerna persono, senkonsidere ĉu ĝi estas sendependa, sub kuratoreco, ne-sinreganta aŭ sub kia ajn alia limigo de la suvereneco.

Sistem Y:

Cyiuj homoj estas denaske liberaj kaj egalaj law digno kaj rajtoj. Ili posedas racion kaj konsciencon, kaj devus konduti unu al alia en spirito de frateco.

Cyiuj rajtoj kaj liberecoj difinitaj en tiu cyi Deklaracio validas same por cyiuj homoj, sen kia ajn diferencigo, cyu law raso, hawtkoloro, sekso, lingvo, religio, politika aw alia opinio, nacia aw socia deveno, posedajyoj, naskigyo aw alia stato. Plie, nenia diferencigo estu farata surbaze de la politika, jurisdikcia aw internacia pozicio de la lando aw teritorio, al kiu apartenas la koncerna persono, senkonsidere cyu gyi estas sendependa, sub kuratoreco, ne-sinreganta aw sub kia ajn alia limigo de la suvereneco.


Komuniti penutur bahasa Esperanto

[sunting | sunting sumber]

Geografi dan demografi

[sunting | sunting sumber]

Bilangan penutur bahasa Esperanto di Eropah dan Asia Timur adalah lebih banya berbanding di benua Amerika, Afrika, dan Oceania, dan lebih banyak di kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar.[5].

Bahasa Esperanto tersebar luas terutama di:

Suatu anggaran bilangan penutur bahasa Esperanto telah dibuat oleh Sidney S. Culbert, seorang profesor psikologi yang bersara bagi Universiti Washington dengan seorang penutur bahasa Esperanto yang lama. Mereka mengesan dan menguji penutur-penutur bahasa Esperanto di kawasan-kawasan sampel di berdozen-dozen negara selama dua puluh tahun. Culbert menyimpulkan bahawa antara satu hingga dua juta orang bertutur dalam bahasa Esperanto pada tahap Perkhidmatan Luar Negeri Peringkat 3 dengan "kepandaian yang profesional", iaitu mereka dapat berkomunikasi dengan sederhana idea-idea yang rumit tanpa keraguan, dan mengikuti ucapan-ucapan, siaran radio, dan sebagainya. (Wolff 1996).

Anggaran Culbert bukan dibuat hanya untuk bahasa Esperanto sahaja, tetapi merupakan sebahagian daripada senarai anggaran bagi semua bahasa yang merangkumi melebihi sejuta orang penutur. Anggaran itu diterbitkan setiap tahun oleh Almanak Dunia dan Buku Fakta. Penerangan perkaedahan yang paling terperinci boleh didapati dalam sepucuk surat kepada David Wolff pada tahun 1989. Oleh sebab Culbert tidak pernah menerbitkan keputusan pertengahan yang terperinci untuk negara-negara yang khusus, ketepatan keputusan-keputusannya tidak dapat diukur secara berasingan.

Dalam Almanak itu, anggarannya untuk bilangan penutur bahasa dijadikan nombor bulat untuk juta yang paling dekat. Oleh itu, bilangan penutur bahasa Esperanto diberikan sebagai dua juta. Jika angka ini yang diterbitkan dalam Etnolog adalah betul, ia bermakna bahawa kira-kira 0.03% daripada penduduk dunia bertutur dalam bahasa Esperanto. Walaupun angka ini gagal mencapai matlamat Zamenhof sebagai sebuah bahasa sejagat, ia membayangkan kepopularan yang tiada tandingan di kalangan bahasa buatan yang lain. Etnolog juga menyatakan bahawa bilangan penutur bahasa Esperanto yang asli (denaskuloj) ialah di lingkungan 200 hingga 2,000. Penutur-penutur itu telah membelajari bahasa itu sejak masa kelahiran daripada ibu-bapa mereka yang bertutur dalam bahasa Esperanto (keadaan ini terjadi apabila bahasa Esperanto merupakan bahasa keluarga dalam sebuah keluarga antarabangsa atau kekadangnya dalam sebuah keluarga yang mengabdikan penuturan bahasa Esperanto).

Marcus Sikosek telah mencabarkan angka 1.6 juta yang dikatanya telah dibesar-besarkan. Sikosek mengatakan bahawa jika hanya terdapat sejuta penutur yang disebar dengan sama rata di seluruh dunia, bandar raya Cologne akan mempunyai 180 orang penutur bahasa Esperanto. Bagaimanapun, beliau hanya menjumpai 30 penutur yang fasih di bandar raya itu, dan di tempat-tempat yang dianggap mempunyai banyak penutur bahasa Esperanto, beliau juga mendapati bahawa bilangan penutur juga adalah kurang daripada apa yang dijangka. Beliau juga mendapati bahawa bilangan ahli untuk pelbagai pertubuhan bahasa Esperanto ialah di kalangan 20,000, berbanding anggaran orang lain yang lebih tinggi. Walaupun banyak penutur bahasa Esperanto tidak menjadi ahli untuk sebarang pertubuhan bahasa Esperanto, beliau berasa bahawa anggaran bilangan penutur bahasa itu yang merupakan lima puluh kali lebih daripada bilangan ahli pertubuhan adalah tidak mungkin.[5]. Bagaimanapun, ada orang yang berpendapat bahawa nisbah itu adalah mungkin.

Ahli bahasa Finland Jouko Lindstedt, seorang pakar dalam penutur asli bahasa Esperanto, menyampaikan skim yang berikut [6] untuk menunjukkan perkadaran keseluruhan bagi keupayaan bahasa di dalam komuniti bahasa Esperanto:

  • 1,000 orang menggunakan bahasa Esperanto sebagai bahasa asli mereka
  • 10,000 orang bertutur bahasa Esperanto dengan fasih
  • 100,000 orang menggunakan bahasa Esperanto secara aktif
  • 1,000,000 orang memahami banyak bahasa Esperanto secara pasif
  • 10,000,000 orang pernah membelajari bahasa Esperanto pada takat yang tertentu.

Dengan tiadanya data persampelan Dr. Culbert yang terperinci, atau sebarang data banci yang lain, kepastian bilangan penutur tidak dapat ditentukan. Beberapa pemerhati mungkin akan mencabar kenyataan berikut yang diperoleh daripada laman web Persatuan Dunia Esperanto Persatuan:

Bilangan buku teks yang dijual dan keahlian persatuan-persatuan tempatan membayangkan bilangan orang yang memahami bahasa Esperanto pada takat yang tertentu dalam beratus-ratus ribu dan mungkin juga berjuta-juta.[6] Diarkibkan 2012-05-27 di archive.today
Untuk maklumat lanjut, sila lihat subrencana: Budaya bahasa Esperanto, Kesusasteraan bahasa Esperanto, dan Muzik bahasa Esperanto.

Bahasa Esperanto sering digunakan untuk mengetahui sebuah budaya antarabangsa, termasuk korpus kesusasteraan bahasa Esperanto yang besar dan yang terdiri daripada karya asli dan karya terjemahan. Bilangan karya bahasa Esperanto termasuk melebihi 25,000 buah buku (asli dan terjemahan) serta melebihi seratus majalah yang diedarkan secara tetap. Banyak penutur bahasa Esperanto menggunakan bahasa itu dan Pasporta Servo untuk perjalanan ke seluruh dunia. Ada juga yang suka mempunyai sahabat pena di seluruh dunia melalui Perkhidmatan Sahabat Pena Bahasa Esperanto (Esperanto Pen Pal Service). Setiap tahun, 1,500-3,000 orang penutur bahasa Esperanto bertemu untuk Kongres Dunia Bahasa Esperanto (Universala Kongreso de Esperanto).

Secara sejarah, kebanyakan daripada muzik bahasa Esperanto adalah dalam bentuk tradisi rakyat; pada dekad-dekad kebelakangan ini, lebih banyak rock dan genre moden yang lain telah muncul. Pada setakat yang tertentu, terdapat juga tradisi berkongsi, seperti Hari Zamenhof, dan pola-pola tingkah laku seperti menghindari penggunaan bahasa kebangsaan sendiri dalam mesyuarat-mesyuarat bahasa Esperanto melainkan terdapat sebab-sebab yang baik.

Dua buah filem telah dibuat dengan seluruh dialog dalam bahasa Esperanto:

Gattaca, sebuah filem futuristik, menggunakan bahasa Esperanto untuk menyampaikan pengumuman sistem siar raya.

Suatu kritikan yang kerap adalah bahawa "bahasa Esperanto tidak mempunyai kebudayaan". Bagaimanapun, bahasa Esperanto senjaga berbuat begitu: Bahasa itu bertujuan untuk menjadi alat pemudah cara antara budaya, bukannya pembawa mana-mana satu budaya. (Sila lihat Bahasa Esperanto sebagai sebuah bahasa antarabangsa.)

Matlamat gerakan bahasa Esperanto

[sunting | sunting sumber]

Tujuan Zamenhof untuk mencipta sebuah bahasa yang mudah dipelajari adalah untuk menggalakkan persefahaman antarabangsa. Bahasa itu bertujuan untuk dijadikan sebuah bahasa perantaraan antarabangsa, iaitu sebuah bahasa kedua sejagat, dan bukannya untuk menggantikan bahasa-bahasa etnik. Matlamat ini dikongsi secara meluas di kalangan penutur bahasa Esperanto pada dekad-dekad awal gerakannya. Kemudian, penutur-penutur bahasa Esperanto bermula melihatkan bahasa dan budaya yang bertumbuh di sekelilingnya sebagai tujuan pada dirinya, walaupun bahasa Esperanto tidak diterima oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau pertubuhan antarabangsa yang lain.

Penutur-penutur bahasa Esperanto yang hendak melihat bahasa Esperanto diterima secara rasmi atau pada skala besar di seluruh dunia biasanya dipanggil finvenkistoj. Perkataan itu berasal daripada fina venko, yang bermaksud "kemenangan terakhir". Mereka yang menumpukan nilai intrinsik bahasa biasanya dipanggil raŭmistoj. Perkataan ini berasal pula daripada Rauma, Finland yang merupakan tempat Kongres Belia Antarabangsa diadakan pada tahun 1980 dan di mana perisytiharan dibuat bahawa kejayaan "fina venko" dan nilai budaya Esperanto adalah tidak mungkin pada jangka pendek. Bagaimanapun, kedua-dua kumpulan itu adalah tidak berbeza sama sekali. (Sila lihat Finvenkismo)

Manisfesto Prague Diarkibkan 2006-06-10 di Wayback Machine (1996) memberikan pandangan-pandangan gerakan bahasa Esperanto aliran utama dan Persatuan bahasa Esperanto Dunia (UEA), pertubuhan utamannya.

Bahasa Esperanto dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Tidak banyak sekolah mengajar bahasa Esperanto secara rasmi di luar China, Hungary, dan Bulgaria; kebanyakan daripada penutur bahasa Esperanto masih mempelajari bahasa itu melalui belajar sendiri atau kursus gaya pos. Beberapa kursus gaya pos bercetak untuk bahasa Esperanto telah disesuaikan untuk e-mel dan diajar oleh pengajar-pengajar kor sukarela. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pendidikan dalam talian seperti lernu! telah menjadi popular. Pelbagai pendidik telah menganggarkan bahawa bahasa Esperanto boleh dipelajari dalam masa satu perempat hingga satu kedua puluh jumlah masa yang diperlukan untuk mempelajari bahasa-bahasa yang lain.usa.org/?q=nod/77 Diarkibkan 2013-07-28 di Wayback Machine Sesetengah berhujah, bagaimanapun, bahawa ini adalah betul untuk penutur bahasa ibunda cuma Eropah Barat bahasa-bahasa.[7] Bagaimanapun, ada yang memperdebatkan bahawa ini adalah benar hanya untuk mereka yang merupakan penutur asli bahasa-bahasa Eropah Barat. [8]

Claude Piron, seorang bekas ahli psikologi di Universiti Geneva dan penterjemah bahasa-bahasa Cina-Inggeris-Rusia-Sepanyol untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, memperdebatkan bahawa pemikiran dengan jelas dalam bahasa Esperatoro adalah lebih mudah berbanding banyak bahasas etnik (sila lihat hipotesis Sapir-Whorf untuk penjelasan teori ini). "Bahasa Esperanto bergantung pada keseluruhannya kepada refleks semula jadi [dan] berbeza daripada semua bahasa yang lain dari segi bahawa kamu selalu boleh mempercayai kecenderungan semula jadi anda untuk membuat anggapan umum untuk pola-polanya. Peraturan neuropsikologi yang sama [yang dipanggil oleh] Jean Piaget sebagai asimilasi generalisasi — meliputi pembentukan kata dan juga tatabahasa."[7]

Beberapa kajian penyelidikan menunjukkan bahawa mempelajari bahasa Esperanto sebelum bahasa asing yang lain mempercepatkan dan memperbaik pembelajaran bahasa asing itu. Ini mungkin disebabkan membelajari bahasa asing yang kedua dan seterusnya adalah lebih mudah daripada membelajari bahasa asing yang pertama. Penggunaan sebuah bahasa perantaraan yang mempunyai tatabahasa yang mudah serta kebudayaan yang fleksibel seperti bahasa Esperanto mengurangkan rintangan pembelajaran bahasa asing yang pertama. Dalam suatu kajian [8], sekumpulan pelajar sekolah tinggi Eriopah membelajari bahasa Esperanto selama setahun, dan kemudiannya membelajari bahasa Perancis selama tiga tahun. Mereka didapati mempunyai penguasaan bahasa Perancis yang jelas lebih baik daripada kelompok kawalan yang membelajari bahasa Perancis selama keempat-empat tahun. Kesudahan yang sama juga didapati ketika bahasa asing yang kedua itu merupakan bahasa Jepun, atau ketika kursus pembelajaran disingkatkan kepada dua tahun, termasuk enam bulan untuk mempelajari bahasa Esperanto. Sila lihat Nilai kajian persediaan bahasa Esperanto untuk kajian-kajian yang berkaitan.


Resolusi UNESCO

[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan dunia UNESCO telah meluluskan dua resolusi tentang mengajar bahasa Esperanto dan mengguna Bahasa Esperanto. Resolusi pertama dilulus pada tahun 1954,[9] dan resolusi kedua, mencadang semua badan bukan kerajaan mengguna bahasa Esperanto.[10]

Perdagangan Bahasa Esperanto

[sunting | sunting sumber]

Sejak 80an, gerakkan perdagangan bahasa Esperanto sedunia telah bermula [11]. Kini terdapat beberapa negara telah menyediakan kumpulan perdagangan bahasa Esperanto seperti Korea Selatan, Cina, Mongolia.

Pelangcongan Bahasa Esperanto

[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO)telah melulus manifesta mengenai mengguna bahasa Esperanto untuk sumber manusia yang lebih berkesan [12]

Kini telah ada beberapa badan pelancungan Bahasa Esperanto di dunia, di ASEAN pula adalah di Kemboja [13]

Kritikan dan pengubahsuaian bahasa Esperanto

[sunting | sunting sumber]
Untuk maklumat lanjut, sila lihat subrencana: Bahasa Esperanto sebagai sebuah bahasa antarabangsa dan Esperantido (Projek-projek diilhami oleh bahasa Esperanto).

Kritikan yang biasa terhadap bahasa Esperanto adalah bahawa perbendaharaan kata dan tatabahasanya amat serupa dengan bahasa-bahasa Eropah Barat. Sebaliknya, ada juga yang mengkritik bahawa perbendaharaan kata, huruf aksen, dan tatabahasa bahasa Esperanto tidak cukup sama dengan bahasa-bahasa Eropah Barat (suatu kritikan yang diberi tumpuan oleh bahasa Ido, bahasa Novial dan bahasa Interlingua). Ada juga yang mendakwa bahawa bahasa Esperanto adalah terlalu seksis, dibuat-buat, atau gagal untuk mencapai jangkaan.

Walaupun bahasa Esperanto pada dirinya tidak berubah banyak sejak penerbitan "Asas bahasa Esperanto" Fundamento de Esperanto, berbagai-bagai projek pembaharuan telah dicadangkan, bermula dengan cadangan Zamenhof pada tahun 1894 dan bahasa Ido pada tahun 1907. Banyak bahasa buatan kemudian, seperti bahasa Fasile, berasaskan bahasa Esperanto.\

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Esperanto telah digunakan dalam sebilangan filem dan novel. Biasanya, bahasa ini dipergunakan untuk bertambah sebuah bahasa asing yang eksotik tanpa membayangkan mana-mana satu kumpulan etnik yang tertentu, atau untuk mengelakkan penciptaan bahasa yang baru. Dalam fiksyen sains, bahasa Esperanto sering digunakan untuk membayangkan suatu masa hadapan di mana sebuah bahasa pertuturan yang lebih sejagat wujud berbanding hari ini. Contoh-contoh seumpama ini termasuk siri Riverworld oleh Philip José Farmer, dan Kerdil Yang Merah (Red Dwarf), sebuah sitcom sains fiksyen.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Templat:Esperanto

  1. ^ http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=epo
  2. ^ "Akademio de Esperanto: Oficialaj Informoj 6 - 2007 01 21". akademio-de-esperanto.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2013. Dicapai pada 22 January 2013.
  3. ^ Wikipedia:Wikipedia Signpost/2012-12-31/Interview
  4. ^ Chuck Smith. "Unicoding the Esperanto Wikipedia (Part 3 of 4)". Esperanto Language Blog. Dicapai pada 14 January 2013. line feed character in |title= at position 46 (bantuan)
  5. ^ a b Sikosek, Ziko M. Esperanto Sen Mitoj ("Bahasa Esperanto tanpa Mitos"). Edisi kedua. Antwerp: Flandra Esperanto-Ligo, 2003.
  6. ^ Lindstedt, Jouko. "Re: Kiom?" (posting). DENASK-L@helsinki.fi, 22 April 1996.
  7. ^ Piron, Claude: "The hidden perverse effect of the current system of international communication" Diarkibkan 2014-07-07 di Wayback Machine, terbitan nota syarahan
  8. ^ Williams, N. (1965) 'A language teaching experiment', Canadian Modern Language Review 22.1: 26-28
  9. ^ [1]
  10. ^ [2]
  11. ^ [3]
  12. ^ [4]
  13. ^ [5]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Maklumat mengenai bahasa Esperanto
Carilah Esperanto dalam Wiktionary, kamus bebas.
Kamus
Penterjemahan automatik daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa kebangsaan lain.
Radio Bahasa Esperanto
Kursus bahasa Esperanto secara di sesawang

+ Belajar Bahasa Esperanto dalam 12 Hari, telefon bimbit diterima juga

Pertubuhan bahasa Esperanto
Berita dalam bahasa Esperanto
Portal
Hiburan
Kritikan