[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Bahasa Cheyenne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Cheyenne
Tsisinstsistots
Asli kepadaAmerika Syarikat
KawasanMontana dan Oklahoma
Penutur bahasa
~1700
Kod bahasa
ISO 639-2chy
ISO 639-3
chy
ELPCheyenne

Bahasa Cheyenne (Tsėhesenėstsestotse atau dieja mudah: Tsisinstsistot) adalah bahasa yang dituturkan masyarakat peribumi Syahiya di Montana dan Oklahoma masa kini di Amerika Syarikat.

Pengelasan

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Cheyenne merupakan salah satu daripada bahasa-bahasa Algongkwi, satu subfilum bahasa-bahasa Alegi. Lebih khusus lagi, ia adalah bahasa Algongkwi dataran. Bagaimanapun, bahasa Algongkwi dataran yang juga merangkumi bahasa Arapaho dan bahasa Siksika merupakan subkumpulan kawasan dan bukannya subkumpulan genetik. Seperti dengan semua bahasa Algonquian, bahasa Cheyenne mempunyai morfologi aglutinatif yang rumit.

Taburan geografi

[sunting | sunting sumber]

Bahasa Cheyenne dituturkan di Tanah Rizab Indian Cheyenne Utara di Montana dan Oklahoma. Bahasa ini dituturkan oleh lebih kurang 1,700 orang, kebanyakannya orang dewasa.