[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Bacillus subtilis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bacillus subtilis
Foto mikrograf TEM dari sebuah sel B. subtilis yang dipotong melintang (batang skala = 200 nm)
Pengelasan saintifik s
Templat taksonomi hilang (baiki): Bacillus subtilis
Sinonim
  • Vibrio subtilis Ehrenberg 1835
  • Sampai 2008, Bacillus globigii dianggap sebagai B. subtilis tetapi kemudian diperakui secara formal sebagai Bacillus atrophaeus.[1][2]

Bacillus subtilis, juga dikenali sebagai hay bacillus atau grass bacillus, ialah bakteria Gram-positif, katalase-positif, ditemui di dalam tanah dan saluran pencernaan ruminansia dan manusia. Merupakan naggota genus Bacillus, B. subtilis ialah berbentuk batang, dan dapat membentuk endospora pelindung yang keras, memungkinkan untuk mentoleransi keadaan persekitaran yang ekstrem. B. subtilis dari segi sejarah telah diklasifikasikan sebagai aerob wajib, meskipun terdapat bukti bahawa bakteria ini ialah anaerob fakultatif. B. subtilis dianggap sebagai bakteria Gram-positif yang dipelajari paling baik dan organisme model untuk mempelajari replikasi kromosom bakteria dan pembezaan sel. Bakteria ini ialah salah satu bakteria dalam produksi enzim yang dirahsiakan dan digunakan pada skala industri oleh syarikat bioteknologi.

Penjelasan

[sunting | sunting sumber]

Bacillus subtilis merupakan bakteria Gram-positif, berbentuk batang dan katalase-positif. Bakteria ini pada awalnya dinamakan Vibrio subtilis oleh Christian Gottfried Ehrenberg,[3] dan dinamakan semula sebagai Bacillus subtilis oleh Ferdinand Cohn pada tahun 1872[4] (subtilis ialah bahasa Latin untuk 'baik'). Sel B. subtilis biasanya berbentuk batang, dengan panjang sekitar 4-10 mikrometer (μm) dan diameter 0,25-1,0 μm, dengan isipadu sel sekitar 4,6 fL di fasa stesen.[5] Seperti bakteria lain dari genus Bacillus, B. subtilis dapat membentuk endospora, untuk bertahan hidup dalam keadaan persekitaran yang ekstrem dari suhu dan pengeringan.[6] B. subtilis ialah anaerob fakultatif[7] dan telah dianggap sebagai aerob wajib sehingga 1998. B. subtilis memiliki banyak flagela, yang memberikan kemampuan untuk bergerak cepat dalam cairan. B. subtilis telah terbukti sangat mudah untuk manipulasi genetik, dan telah banyak diguna pakai sebagai organisme model untuk penyelidikan makmal, terutama dari sporulasi, yang merupakan contoh sederhana dari pembezaan sel. Dari segi populariti sebagai organisme model makmal, B. subtilis sering dianggap sebagai persamaan Gram-positif dari Escherichia coli, suatu bakteria Gram-negatif yang diteliti secara meluas.[perlu rujukan]

  1. ^ Euzéby JP (2008). "Bacillus". List of Prokaryotic names with Standing in Nomenclature. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 December 2008. Dicapai pada 2008-11-18.
  2. ^ Ambrosiano N (1999-06-30). "Lab biodetector tests to be safe, public to be well informed". Press release. Los Alamos National Labs. Diarkibkan daripada yang asal pada September 21, 2008. Dicapai pada 2008-11-18.
  3. ^ Ehrenberg CG (1835). Physikalische Abhandlungen der Koeniglichen Akademie der Wissenschaften zu Berlin aus den Jahren 1833–1835. m/s. 145–336.
  4. ^ Cohn, Ferdinand (1872). "Untersuchungen über Bacterien". Beiträge zur Biologie der Pflanzen. 1. m/s. 127–224.
  5. ^ Yu AC, Loo JF, Yu S, Kong SK, Chan TF (January 2014). "Monitoring bacterial growth using tunable resistive pulse sensing with a pore-based technique". Applied Microbiology and Biotechnology. 98 (2): 855–62. doi:10.1007/s00253-013-5377-9. PMID 24287933.
  6. ^ Madigan, M; Martinko, J, penyunting (2005). Brock Biology of Microorganisms (ed. 11th). Prentice Hall. ISBN 0-13-144329-1.[halaman diperlukan]
  7. ^ Nakano MM, Zuber P (1998). "Anaerobic growth of a "strict aerobe" (Bacillus subtilis)". Annual Review of Microbiology. 52 (1): 165–90. doi:10.1146/annurev.micro.52.1.165. PMID 9891797.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Bacillus subtilis di Wikimedia Commons