[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

BMD-1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(BMD-1)
Ciri-ciri umum (BMD-1)
Panjang: 6.74m
Lebar: 2.94m
Tinggi: 2.15m
Berat: 13.3 tans
Laju:65 km/h (atas jalan)
40 km/h (luar jalan)
Jarak:600 km
Senjata utama: 73mm gun
Senjata kedua: tiga mesingan 7.62mm
AT-3 Sagger ATGM
Enjin: 240 hp Disel
Kakitangan:2 + (5 penumpang)

BMD-1 adalah kereta kebal bawaan udara Soviet yang diperkenalkan pada 1969 dan pertama kali dilihat pada tahun 1970. Ia mampu diturunkan dengan payung terjun dan walaupun ia menyerupai BMP-1 ia adalah lebih kecil. BMD-1 digunakan sebagai kenderaan pejuang infantari infantry fighting vehicle oleh division bawaan udara Red Army "Desant" . Ia dilengkapi dengan meriam 73mm dan tiga mesingan. Pelancar AT-3 Sagger dipasang pada meriam utama. BMD-2 adalah variasi BMD-1 yang dilengkapkan dengan turret baru, meriam 30 mm dan AT-4 Spigot atau pelancar ATGM AT-5 Spandrel.

Perisai BMD-1 diperbuat daripada aloi magnesium tuang, untuk menjimat berat. Pengalaman bertempur di Afghanistan menunjukkan bahawa perisai tersebut mudah terbakar apabila terkena tembakan seperti RPG, seringkali membunuh kakitangan dan penumpang serta merta. Variasi BMD terkemudian sebaliknya dilengkapi dengan perisai aluminum.

Tentera Russia kini menimbang untuk menggantikan siri BMD sama sekali dengan GAZ3937, pembawa tentera berperisai beroda yang amat ringan, menggunakan gentian karbon dan plastik dalam pembinaannya termasuk juga aluminium. GAZ3937 boleh dijatuhkan dari udara seperti BMD, dan lebih ringan, lebih murah dihasilkan, dan lebih mudah diselenggara. Ia tidak mempunyai senjata berat seperti siri BMD, dan hanya dilengkapi dengan mesingan PKM pada kedudukan antipesawat dihadapan pintu komander.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.