[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Awan Magellan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Awan Magellan Besar
Awan Magellan Kecil

Awan Magellan terdiri daripada dua jenis iaitu Awan Magellan Besar dan Awan Magellan Kecil. Kedua-dua Awan Magellan adalah galaksi kerdil yang merupakan kumpulan tempata galaksi. Pernah dahulu kedua-duanya dianggap mengorbit Bima Sakti kita tetapi kajian baru menafikannya.[1][2]

Awan Magellan Besar serta saudara dan jirannya, Awan Magellan Kecil, dicerap dengan mata kasar sebagai cebisan asing Bima Sakti di hemisfera selatan seperti Australia, New Zealand, Chile dan Afrika Selatan. Lebih kurang 21° jaraknya di langit malam, jarak sebenar antara kedua-duanya ialah lebih kurang 75,000 tahun cahaya. Sehingga penemuan Galaksi Eliptik Kerdil Sagittarius pada 1994, kedua-duanya dianggap galaksi kerdil yang paling hampir yang diketahui.

  • Eric Chaisson and Steve McMillan, Astronomy Today, (Englewood Cliffs: Prentice-Hall, Inc., 1993), p. 550.
  • Michael Zeilik, Conceptual Astronomy, (New York: John Wiley & Sons, Inc., 1993), pp. 357–8.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]