Argumen periapsis
Argumen periapsis (Jawi: ارڬومين ڤرياڤسيس ; simbol: ω) merupakan unsur orbit bagi jasad yang mengorbit. Secara khusus, ia sudut antara periapsis jarak yang mengorbit (titik yang terdekat dengan titik pusat) dan nod menaiknya (titik jasad melintasi satah rujukan dari Selatan ke Utara). Sudut itu diukur dalam satah orbit dan dalam arah gerakan.
Pengiraan
[sunting | sunting sumber]Dalam astrodinamik, argumen periapsis ω boleh dikira menggunakan:
- (jika , maka )
iaitu:
- ialah vektor unit ke arah nod menaik (dengan kata lain the komponen z bagi adalah sifar),
- ialah vektor kesipisan unit (vektor yang menunjuk ke arah periapsis).
Bagi kes orbit khatulistiwa (dimana tiada nod menaik), argumennya adalah tidak tertakrif. Walau bagaimanapun, kelaziman menetapkan bahawa longitud nod menaik Ω kepada 0 diikuti, maka nilai ω mengikut kes dua dimensi
- (jika orbit mengikut arah jam (i.e. ) maka )
iaitu:
- dan ialah komponen x dan y bagi vektor kesipian
Dalam kes orbit membulat, ia sering dianggap bahawa periapsis diletakkan pada nod menaik, oleh itu ω = 0.