[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Ableisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Ableisme (bahasa Inggeris: ableism terbitan perkataan Inggeris able "berupaya" serapan Perancis turunan Latin habilis "mudah gerak"[1]) atau habilisme ialah bentuk diskriminasi dan sangka buruk terhadap atas orang lain upaya (OKU) atau mana-mana individu yang disifatkan sekelainan.[2] Dalam hal ini, individu terkesan menerima atau dinafikan kebolehan, kemahiran atau orientasi perwatakan. Beberapa stereotaip yang ada merujuk kepada OKU secara awam atau dikhususkan terhadap sifat-sifat tertentu, seperti pemahaman bahawa setiap OKU mahu sembuh.[3] Stereotaip sebegini menjadi bahan pewajaran bagi perbuatan-perbuatan penindasan, dan mengukuhkan perilaku menindas warga OKU.[4] Pelabelan memberi kesan kepada OKU apabila ia mengehadkan pilihan atau kebolehan mereka.[5]

Dalam persekitaran

[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang pendidikan, bentuk-bentuk habliisme termasuk memaksa seorang murid OKU membaca suatu teks tanpa memberi pilihan mendengar suatu rakaman teks yang lebih memudahkan pemahaman isinya. Pada masa lalu, sekolah-sekolah banyak menumpukan usaha untuk memulihkan kecacatan murid, tetapi, pendidikan sekolah pada kini lebih tertumpu kepada mengurangkan implikasi kelainan upaya serta memberi sokongan, kemahiran dan peluang terhadap mereka.[6]

Dalam sektor pekerjaan, habilisme boleh berlaku atas persepsi majikan berkenaan kos tambahan yang diperlukan untuk memberi kemudahan kepada warga OKU.[7] Bagaimanapun, satu kajian mendapati rata-rata kemudahan ini tiada sebarang kos, dan kos-kos yang ada boleh diimbangkan dengan pemerolehan yang bakal diberikan pekerja OKU.[8]

  1. ^ Rujuk:
    • "able (n.)". Online Etymology Dictionary.
    • "hăbĭlis". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 376. "mudah utk dipakai/digerakkan; gampang; ringan; lantjar..."
  2. ^ Linton, Simi; Bérubé, Michael (1998). Claiming Disability: Knowledge and Identity. New York University Press. m/s. 9. ISBN 9780814751343.
  3. ^ "Sutherland, A.T. 'Disabled We Stand', Chapter 6 'Stereotypes of Disability', Souvenir Press, 1982" (PDF).
  4. ^ Wüllenweber, Ernst; Theunissen, Georg; Mühl, Heinz (2006). Pädagogik bei geistigen Behinderungen: ein Handbuch für Studium und Praxis (Education for intellectual disabilities: A manual for study and practice) (in German). Kohlhammer Verlag. p. 149. ISBN 3-17-018437-7. Retrieved January 17, 2012.
  5. ^ "Geistige Behinderung – Normtheorien nach Speck und Goffman". Heilpaedagogik-info.de. Retrieved 2014-05-12.
  6. ^ "About IDEA – Individuals with Disabilities Education Act". Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat. Dicapai pada 1 April 2019.
  7. ^ Job Accommodation Network (dikemaskini 21 Oktober 2020). Workplace accommodations: Low cost, high impact. Dicapai pada 06/16/2021.
  8. ^ Fisher, S. L., & Connelly, C. E. (2020). Building the “Business Case” for Hiring People with Disabilities: A Financial Cost-Benefit Analysis Methodology and Example. Canadian Journal of Disability Studies, 9(4), 71-88.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Ableisme di Wikimedia Commons