[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Abdul Ajib Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Allahyarham Dato'
Abdul Ajib Ahmad
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Mersing
Dalam jawatan
1986–1995
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehZainal Abidin Osman
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
1986–1987
Didahului olehMohamed Nasir
Digantikan olehAbang Abu Bakar Abang Mustapha
Menteri Besar Johor
Dalam jawatan
29 April 1982 – 11 Ogos 1986
Didahului olehOthman Saat
Digantikan olehTan Sri Muhyiddin Yassin
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Endau
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului olehAbdul Rahman Sabri
Digantikan olehKhadri Sabran
Maklumat peribadi
Lahir(1947-09-13)13 September 1947
Segamat Segamat, Johor, Malayan Union (kini Malaysia)
Mati3 Februari 2011(2011-02-03) (umur 63)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
kemudian
Semangat 46
PasanganDatin Ropeah Hassan
Tempat belajarUniversiti Malaya
PekerjaanAhli ekonomi

Allahyarham Dato' Abdul Ajib bin Ahmad (13 September 1947 – 3 Februari 2011) merupakan Menteri Besar Johor kedua belas dari 29 April 1982 hingga 12 Ogos 1986. Beliau menggantikan Tan Sri Othman Saat yang mengundurkan diri setelah menerima tekanan dari Sultan Johor. Selepas beliau, Menteri Besar Johor ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri dalam kabinet Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 1986.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Ajib Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Segamat dan Kolej Hampar di Kuala Kangsar. Dia merupakan lulusan ekonomi (BA Hons) dari Universiti Malaya pada 1971. Selepas aktif politik, beliau menjadi penasihat kepada Musa Hitam yang menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Beliau menang bertanding di kerusi parlimen Mersing dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986. Dia dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. [1]

Dalam perebutan UMNO 1987, beliau menyebelahi pemberontakan yang dipimpin oleh Datuk Rais Yatim dan Tengku Razaleigh Hamzah dan kemudian menubuhkan Parti Semangat 46. Oleh itu beliau digugurkan dari kabinet pada 1987.[2]

Beliau meninggal dunia pada hari Khamis, 6 Februari 2011 pada usia 64 tahun akibat sakit jantung. Isterinya Datin Ropeah Hassan (60) dan mereka mempunyai 4 anak.Jenazah disembahyangkan di Masjid Damansara Heights, Damansara, Kuala Lumpur.Kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

  1. ^ 'Malaysia's 1986 general election: the urban-rural dichotomy' oleh Sankaran Ramanathan dan Mohd. Hamdan Adnan
  2. ^ "Former Johor MB Ajib Ahmad dies". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-06. Dicapai pada 2021-09-22.