[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Anjing penuding Galicia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing penuding Galicia
Negara asalSepanyol
Trait
Berat 20–30 kilogram (44–66 lb)
Tinggi 50–60 sentimeter (20–24 in)[1]
Jantan 55–60 sentimeter (22–24 in)
Betina 50–55 sentimeter (20–22 in)
Bulu Pendek
Warna Dwiwarna atau triwarna; putih dengan perang berangan, jingga, kayu manis dan/atau hitam; juga perang, kuning, atau hitam padu.
CatatanDiiktiraf dalam perundangan Sepanyol[1]:8
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing penuding Galicia[a] ialah satu baka penuding jarang dari komuniti berautonomi Galicia di Sepanyol barat daya. Ia merupakan salah satu daripada empat baka tradisional di rantau ini, yang lain merupakan can de palleiro, guicho atau quisquelo, dan podenco Galicia.[2]

Anjing penuding Galicia, bersama-sama dengan sebilang anjing penuding rantauan seperti anjing penuding lama Sepanyol, anjing penuding Portugis, anjing penuding Navarra, dan anjing penuding Perancis diturunkan daripada anjing jenis anjing penuding Itali yang diimport ke Iberia barat laut dan ke Perancis barat daya beberapa abad lalu, kesemuanya berkembang menjadi jenis berlainan mengikut keutamaan dan keperluan ahli sukan tempatan.[3][2]

Anjing penuding Galicia paling kerap terdapat di municipio A Mezquita, Viana do Bolo, Riós, Laza, dan A Veiga di Provinsi Ourense di Galicia.[2] Dari tahun 1970-an dan selepasnya, baka-baka penuding asing menjadi tersedia kepada pemburu Sepanyol dan bilangan anjing penuding Galicia semakin berkurang; ini ditambah lagi dengan penurunan bilangan partridge di seluruh Masif Galicia.[3][2] Untuk mencegah kepupusan baka ini, spesimen terbaik yang masih tersedia ditemukan dan direkodkan, khususnya dari Provinsi Ourense dan Provinsi Lugo.[2] Pada tahun 2001, buku pembaka diasaskan untuk merekodkan pedigri; buku ini diuruskan oleh Club de Raza do Perdigueiro Galego ("Kelab Baka Anjing Penuding Galicia").[3][2]

Anjing penuding Galicia ialah baka penuding bersaiz sederhana yang berukuran seberat 20–30 kilogram (44–66 lb) dan berdiri setinggi 50–55 sentimeter (20–22 in). Jantan biasanya lebih besar daripada betina.[4][5] Baka ini mempunyai lapis bulu padat pendek, yang mungkin bertompok atau berbelak dwiwarna atau triwarna dengan mana-mana daripada perang berangan, jingga, kayu manis, dan hitam pada putih; contoh perang, kuning, atau hitam padu juga terdapat.[3][5]

Baka ini ialah baka penuding serba guna dalam erti kata bahawa ia digunakan untuk memburu, menuding, dan mengutip buruan sebaik ditembak oleh pemburu.[2] Anjing penuding Galicia digunakan terutamanya untuk memburu burung buruan, khususnya partridge, puyuh, dan woodcock, walaupun ia juga digunakan untuk memburu buruan tanah kecil seperti kelinci dan arnab.[3][2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤنوديڠ ݢاليسيا; Galicia: perdigueiro galego; Sepanyol: perdiguero gallego
  1. ^ a b [Miguel Arias Cañete] (25 Mei 2001).Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura (Sepanyol). Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan. Boletín Oficial de España (142): 14 Jun 2001. Rujukan: BOE-A-2001-11347.
  2. ^ a b c d e f g h "Perdigueiro galego". Consellería do Medio Rural, Xunta de Galicia (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 31 Mac 2024.
  3. ^ a b c d e Rodríguez, Miguel Fernández; Fernández, Mariano Gómez; Bermejo, Juan Vicente Delgado; Belmonte, Silvia Adán; Cabra, Miguel Jiménez, penyunting (2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Ministerio de Medio Ambiente y Medio Rural y Marino. m/s. 566–568. ISBN 9788449109461.
  4. ^ "Perdigueiro galego – Ficha técnica" (PDF). Consellería do Medio Rural, Xunta de Galicia (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 31 Mac 2024.
  5. ^ a b "Diario Oficial de Galicia" [Gazet Rasmi Galicia] (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). 91. Xunta de Galicia. 11 Mei 2001: 334–338. Dicapai pada 31 Mac 2024. Cite journal requires |journal= (bantuan)