S. Atan
S. Atan | |
---|---|
Kelahiran | Hashim bin Said 1 Ogos 1949 |
Meninggal dunia | 16 November 2024 | (umur 75)
Sebab kematian | Sesak nafas |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, Selangor, Malaysia |
Pekerjaan | Penggubah lagu |
Tahun aktif | 1970 - 2024 |
Hubungan | Ramli M. S. (anak saudara) |
Kerjaya muzik | |
Syarikat rakaman | EMI |
Datuk Hashim Said atau lebih dikenali sebagai S. Atan (1 Ogos 1949 – 16 November 2024) ialah seorang komposer muzik dari Singapura. Antara penyanyi terkenal yang pernah mengalunkan muziknya yang mencecah melebihi 1,000 karya lagu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Tan Sri S. M. Salim, Datuk DJ Dave, Datuk Sharifah Aini, Datuk Dato' Jamal Abdillah, Carefree, Black Dog Bone, Dato' M. Nasir, Dato' Francissca Peter dan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.[1] Beliau juga merupakan abang kepada Belle Fatah yang turut bergiat aktif dalam industri muzik tanah air sebagai pemain keyboard.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Sebelum beliau bekerja dengan syarikat rakaman EMI sebagai penerbit bermula pada tahun 1972, beliau ada bekerja dengan Majlis Bandaran Shah Alam. Selepas 13 tahun bekerja dengan EMI, beliau telah berpindah ke syarikat rakaman Irama Malaysia selama 2 tahun. Bagaimanapun, beliau akhirnya berhenti bekerja di Irama Malaysia untuk menjadi komposer dan penerbit album bebas. [2]
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat | Menang |
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Hasil perkongsian hidup bersama Norizan Yeob, beliau dikurniakan enam orang anak iaitu Rozdi, Rozainie, Rozairie, Rozaimie, Norhafieza dan Norhanina. Beliau sekarang menetap di Kajang.[2]
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Datuk S. Atan meninggal dunia pada usia 75 tahun. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang, Sabtu akibat Sesak nafas.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mohd. Yusman Awang (21 April 2009). "Ditaja dermawan Cina". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-23. Dicapai pada 19 Januari 2014. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ a b Muzlina Abu Bakar (18 Julai 2006). "S. Atan hidup selesa hasil muzik". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 19 Mei 2011. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)