[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/Pergi ke kandungan

Lengai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bahasa Melayu, lengai bermaksud tidak cergas atau tidak aktif.

Dalam kimia, istilah "lengai" digunakan untuk menggambarkan satu bahan yang tidak reaktif secara kimia.

Gas-gas adi pernah dikenali sebagai gas-gas lengai kerana kesemua gas ini tidak menunjukkan sebarang tindak balas kimia. Sebabnya adalah kerana gas-gas adi mempunyai petala elektron luaran (petala valens) yang penuh. Oleh itu, ia tidak cenderung untuk menerima atau melepaskan elektron. Kini, baru diketahui yang gas-gas ini sebenarnya boleh menghasilkan sebatian kimia, contohnya xenon tetrafluorida. Oleh itu, gas-gas ini dinamakan semula sebagai gas-gas adi. Namun, sejumlah tenaga yang banyak diperlukan untuk mendorong unsur-unsur ini melakukan tindak balas kimia. Tenaga-tenaga ini biasanya dalam bentuk haba, tekanan atau radiasi, dan selalunya dibantu oleh pemangkin. Sebatian-sebatian yang terbentuk pula biasanya perlu disimpan dalam keadaan bebas lembapan pada suhu yang rendah untuk menghalang pereputan pantas kepada unsur-unsur asal mereka.

Istilah lengai boleh juga digunakan untuk membawa maksud relatif. Contohnya, molekul nitrogen (N2 biasanya lengai dalam keadaan-keadaan biasa disebabkan oleh kewujudan ikatan kovalen ganda tiga yang kuat. Namun, molekul nitrogen bertindak balas dengan litium, sejenis logam alkali, untuk membentuk sebatian litium nitrida (Li3N), malah dalam keadaan biasa. Dalam tekanan dan suhu tinggi dan dengan adanya pemangkin yang tepat, nitrogen menjadi lebih reaktif; proses Haber menggunakan keadaan seperti itu untuk menghasilkan ammonia daripada nitrogen di atmosfera.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.