[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Wahyu

wahyu dalam Islam

Wahyu (Arab: وَحْي, IPA: [waħj]; jamak وُحِيّ wuḥiyy, IPA: [wuħijj]) merupakan perkataan bahasa Arab. Dalam konteks agama Islam, wahyu merupakan firman atau perintah Allah, iaitu Tuhan bagi kepercayaan orang memeluk Islam yang disampaikan kepada individu terpilih iaitu nabi dan rasul.[1][2] Sebagai contoh, nabi dan rasul yang menerima wahyu daripada Allah seperti yang dinyatakan dalam Surah An-Nisaa’ ayat ke-163 ialah nabi Nuh, Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'akub dan nabi-nabi keturunannya. Penyampaian wahyu-wahyu dilakukan oleh malaikat Jibril.[2]

Penerimaan wahyu pertama telah diturunkan kepada nabi Islam iaitu Muhammad yang berlaku pada 17 Ramadan di Gua Hira, iiatu sebah gua di Jabal an-Nur (Bukit An-Nur). Wahyu pertama nabi Muhammad ialah Surah al-Alaq (Arab: سورة العلق) dari ayat satu sehingga lima dan disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril. Namun, Nabi Muhammad tidak boleh membaca dan menulis, lantas malaikat Jibril memeluk baginda lantas meminta dan memaksa baginda membaca. Jawapan sama diberikan sebanyak tiga kali, malaikat Jibril mengambil tindakan lain iaitu dengan mengajar Nabi Muhammad membaca ayat satu hingga lima dari surah al-Alaq.[3][4] Ayat satu hingga lima surah al-Alaq berbunyi:

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (1)
خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَقٍ (2)
ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ (3)
ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ (4)
عَلَّمَ ٱلْإِنسَٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5)

 Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) (1)
Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah (2)
Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah (3)
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan (4)
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (5)

Lihat juga

sunting

Bacaan lanjut

sunting
  • Tamer, Georges, Revelation, in Muhammad in History, Thought, and Culture: An Encyclopedia of the Prophet of God (2 vols.), Edited by C. Fitzpatrick and A. Walker, Santa Barbara, ABC-CLIO, 2014, Vol. II, pp. 524–527. ISBN 1610691776.
  • M. M. Azami (2003). The History of the Qur'anic Text from Revelation to Compilation: A Comparative Study with the Old and New Testaments. UK Islamic Academy. ISBN 978-1872531656.
  • 1000 Qudsi Hadiths: An Encyclopedia of Divine Sayings; New York: Arabic Virtual Translation Center; (2012) ISBN 978-1-4700-2994-4

Rujukan

sunting
  1. ^ Juan E. Campo, penyunting (2009). Encyclopedia of Islam (dalam bahasa Inggeris). Facts On File. m/s. 589. ISBN 978-0-8160-5454-1.
  2. ^ a b "wahyu". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  3. ^ Norfatimah Ahmad (22 Mei 2019). "Kisah Gua Hira dan wahyu pertama, "Bacalah..."". mStar Online. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Moenawar Chalil, K.H. Kelengkapan Tarikh Nabi Muhammad (dalam bahasa Indonesia). 1. Gema Insani. m/s. 144. ISBN 978-979-561-714-3. Dicapai pada 20 Februari 2023.