Wany Hasrita
Nurshazwany Hasrita Hasbullah (Jawi: نورشذوني حثريتا بنت حسب الله; lahir 24 Disember 1992) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[2][3] Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, "Menahan Rindu".[4]
Wany Hasrita | |
---|---|
Kelahiran | Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah 24 Disember 1992 |
Pendidikan | Sarjana Muda Sains Perubatan |
Pusat pendidikan | Management & Science University (MSU) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2016–kini |
Pasangan | Mohd Al-Adib Fahmi Harun (k. 2022) |
Anak-anak | 1 |
Ibu bapa |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Tajul Ariff, Wani Syaz |
Pada tahun 2018, beliau telah memenangi Penyanyi Wanita Popular sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31.[5][6]
Beliau juga antara selebriti tanah air yang turut terlibat dalam perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing Malaysia (TGR Festival) yang bersaing dalam kelas promosi bagi musim ke-2 hingga musim ke-5.[7]
Kehidupan awal
suntingWany dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan dibesarkan di Cheras. Wany menempuh persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras, sekolah yang sama dengan rakan artis, Eric Fuzi dari kumpulan Floor 88. Wany merupakan graduan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU Shah Alam) dalam jurusan Sarjana Muda Sains Perubatan.[8][9][10][11][12]
Kerjaya
suntingWany mula memuat naik video nyanyannya di aplikasi Smule pada 2012 dan mula mendapat perhatian di media sosial.[13][14]
Pada tahun 2016, Wany telah menandatangani kontrak rakaman di bawah syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City). Setelah empat tahun menjadi artis di bawah label syarikat rakaman tersebut, beliau berjaya mengeluarkan beberapa single hit antaranya "Menahan Rindu, "Terlalu Memuja", "Belenggu Rindu" dan "Canggung".
Di YouTube, single pertamanya, iaitu "Menahan Rindu" ditonton melebihi 35 juta tontonan[15] manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff, iaitu "Disana Cinta Disini Rindu" ditonton melebihi 15 juta tontonan.[16]
Menerusi kedua-dua lagu tersebut, Wany berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik Muzik 32 namun demikian hanya lagu "Menahan Rindu" yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL ke-32).
Wany kemudiannya mengeluarkan EP pertama yang dilancarkan pada 25 April 2018 yang bertajuk sama. EP tersebut mengandungi lima lagu iaitu "Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul), "Rintihan Rindu", "Ewah-Ewah", "Semaikan Cinta" termasuk "Menahan Rindu" yang tercalon dalam AJL ke-32.
Wany turut berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi telefilem pertama lakonan beliau Tergantung Rindu lakonan Haqiem Rusli dan Tajul Ariff dengan memegang watak diri sendiri yang ditayangkan di Astro Citra dan Astro Mustika HD pada 9 Jun 2018.[17][18]
Melengkapkan portfolio kerjayanya, Wany menggalas peranan sebagai pengacara rancangan Sembang Sahur di TV3 bersama-sama Issey Fazlisham, Shuk Sahar dan Dayah Bakar.[19]
Beliau mempunyai kelab peminat rasmi, WanyHasnizers yang sentiasa menyokong kerjayanya sehingga beliau berjaya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 yang merupakan suatu kejayaan besar dalam kerjaya seninya.[5][6] Kemenangan ini sekali gus memecahkan tradisi selama sembilan tahun yang dimenangi pelakon sebagai Bintang Paling Popular. Kali terakhir penyanyi memenangi kategori utama itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza pada ABPBH ke-22.[20]
Pada tahun 2019, beliau muncul dengan sebuah lagu Raya bertajuk "Menanti di Aidilfitri" menampilkan kolaborasi bersama Muna Shahirah, Wani Syaz dan Wan Azlyn. Sebuah muzik video yang turut dibintangi oleh Azhan Rani telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini.[21] Selain itu, Wany turut muncul dengan single, "Sinar Terindah" yang menampilkan duet bersama Wani Syaz.[22]
Wany, bersama Khai Bahar dan Sufian Suhaimi, menjayakan Konsert TRIO 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 2 November 2019.[23]
Pada 5 Februari 2021, syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City) mengumumkan di akaun rasmi Facebook mereka bahawa muzik video beliau "Cinta Khayalan" akan dilancarkan secara rasmi di YouTube bermula jam 8 malam.[24][25]
Wany berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 2021 dengan lagu "Canggung"[26] dan "Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah).[27] "Belenggu Rindu" terpilih untuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 dan sekaligus meraih tempat ketiga.[28]
Pada 20 Januari 2022, Wany sekali lagi berkolaborasi bersama Wani Syaz menerusi lagu duet "Sang Purnama". Lagu ciptaan Sang Hitam, Mas Dewangga dan Aden King, manakala liriknya ditulis oleh Sang Hitam ini diilhamkan dari kisah percintaan Adam dan Hawa.[29][30]
Pada 1 hingga 3 Julai 2022, Wany telah berpeluang menjayakan Konsert Tribute Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab bersama-sama dengan artis ternama lain seperti Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim, Shidee dan Ramlah Ram yang berlangsung di Istana Budaya.
Pada tahun 2023, Wany muncul dengan tiga lagu baharu, iaitu "Terpaling di Hari Raya" bersama Tajul Ariff, Afieq Shazwan, Muna Shahirah, Tuah Adzmi dan Wani Syaz; "Wira Raya" bersama Muna Shahirah dan Wani Syaz dan "Sakitnya Penantian" menampilkan duet bersama Wani Syaz.
Kehidupan peribadi
suntingPada 20 September 2020, Wany telah berkongsi satu ciapan di Instagram miliknya bahawa beliau telah membeli sebuah rumah dua tingkat yang terletak di Semenyih, Selangor[31] selepas menerima kunci kediaman daripada pemaju.[32]
Pada 12 Julai 2022, Wany mendedahkan bahawa dirinya dan ibunya positif COVID-19. Bagaimanapun, Wany tidak menyatakan secara terperinci bila Wany dan ibunya, dijangkiti virus berkenaan.[33]
Pada 22 Julai 2022, Wany telah sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi bin Harun dengan dua kali lafaz.[34][35] Pasangan ini sebelum ini telah bertunang pada 26 Februari.[36]
Pada 8 Julai 2023, Wany selamat melahirkan anak perempuan kira-kira pukul 7.14 petang Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur yang diberi nama Aishah Al Iman.[37][38]
Diskografi
suntingEP
suntingTajuk | Butiran album |
---|---|
Menahan Rindu |
|
Single
suntingTahun | Tajuk | Komposer | Lirik |
---|---|---|---|
2016 | "Memori Berkasih" versi Korea (bersama Kim Dong Gyun) | Patrick Khamis | Patrick Khamis & Kim Dong Gyun |
"Menahan Rindu" | Ibnu & Gouffran | Ibnu & Gouffran | |
2017 | "Disana Cinta Disini Rindu" (bersama Tajul Ariff) |
Patrick Khamis | Patrick Khamis |
"Lebaran Terindah" | Ibnu | Ibnu & Gouffran | |
"Rintihan Rindu" | Ibnu & Gouffran | Ibnu & Gouffran | |
2018 | "Ewah-Ewah" | Pak Ngah | Siso |
"Rindu Dalam Benci" (bersama Tajul Ariff) |
Patrick Khamis | Patrick Khamis | |
"Semarak Syawal" | Pak Ngah | Ad Samad | |
"Semaikan Cinta" | Wanz Baron | Gouffran | |
"Aku Serius" (bersama Tajul Ariff) |
Aidit Alfian | Teguh Budima | |
2019 | "Terlalu Memuja" | Sharon Paul | Fedtri Yahya & Gouffran |
"Sinar Terindah" (bersama Wani Syaz) |
Wani Syaz | Wany Hasrita | |
"Menanti Di Aidilfitri" | DJ Fuzz | Waris | |
"Belenggu Rindu" (bersama Dato' Jamal Abdillah) |
Hael Husaini & Ezra Kong | Hael Husaini & Ezra Kong | |
2020 | "Canggung" | Hael Husaini & Ezra Kong | Hael Husaini & Ezra Kong |
"Raikan Aidilfitri" | LY | Baiduri & Fedtri Yahya | |
"Genderang Cinta" | - | - | |
2021 | "Cinta Khayalan" | Farouk Roman | Amylea |
"Pedas" (bersama Sophia Liana) | Shazee | Altimet & Sophia Liana | |
2022 | "Sang Purnama" (bersama Wani Syaz) | Sang Hitam, Mas Dewangga & Aden King | Sang Hitam |
"Kucuma" (bersama Dato' Jamal Abdillah) | A. Ramlee & Ezra Kong | A. Ramlee & Ezra Kong | |
2023 | "Terpaling di Hari Raya" (bersama Tajul Ariff, Afieq Shazwan, Muna Shahirah, Tuah Adzmi & Wani Syaz) | DJ Fuzz | W.A.R.I.S |
"Wira Raya" (bersama Muna Shahirah & Wani Syaz) | Iqie Hugh & Ezra Kong | Iqie Hugh, Wani Syaz & Ezra Kong | |
"Sakitnya Penantian" (bersama Wani Syaz) | A.Ramlee & Ezra Kong | A.Ramlee & Ezra Kong | |
"Cinta Hatiku" | Rudy Nastia | Mawar Kasih |
Filemografi
suntingTelevisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Sembang Sahur | Pengacara | TV3 | Bersama Issey Fazlisham, Shuk Sahar & Dayah Bakar |
2021 | Borak Dulu Baru Buka | TV1 | Bersama Amin Idris | |
Sepahtu Reunion Al-Raya | Cik Nana | Astro Warna | Artis jemputan | |
Sepahtu Reunion Live | Natasha | Episod: "Mencari Sepatu Yang Hilang" | ||
2022 | Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini | Pengacara | TV1 / TV Okey | Bersama Amin Idris & Khir Rahman |
2023 | Apa Nak Masak Ni? | TV3 | Bersama suaminya | |
Borak Dulu Baru Buka | TV Okey | Bersama Amin Idris & Khir Rahman | ||
2024 | Borak Dulu Baru Buka | TV1 |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Tergantung Rindu | Dirinya sendiri | Astro Citra | Drama bersiaran Bulan Ramadhan |
2019 | Cerita Raya Luar Biasa | Astro Ria | Drama bersiaran Hari Raya Aidilfitri | |
2021 | Jin | Ayu | Astro Citra | Citra Eksklusif |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2017 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 | Artis Baharu Wanita Popular[39] | "Menahan Rindu" | Tercalon |
Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |||
Anugerah Planet Muzik 2017 | Artis Baru Terbaik Wanita | Tercalon | ||
Lagu Paling Popular | "Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul) | Tercalon | ||
Ikon Media Sosial | Tercalon | |||
Anugerah Top Hot - HOT FM 2017 | Penyanyi Wanita Hot | "Menahan Rindu" | Tercalon | |
FB Live Hot - Jamming bersama Khai Bahar | Menang | |||
2018 | Anugerah Digital Muzik Era 2018 | Artis Era Jaa TV Terbaik | Menang | |
Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era | "Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul) | Menang | ||
Lagu Paling Lama Dalam Carta Era 40 | "Menahan Rindu" | Menang | ||
Anugerah Juara Lagu 32 | Terbuka | Tercalon | ||
Anugerah MeleTOP Era ke-5 | Artis Baharu MeleTOP | Tercalon | ||
Penyanyi MeleTOP | ||||
Lagu MeleTOP | ||||
Group/Duo MeleTOP | "Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul) | Tercalon | ||
MYSC Awards 2018 | MYSC Breakthrough Awards (Female) | "Menahan Rindu" | Menang | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular | "Disana Cinta Disini Rindu" (duet bersama Tajul) | Tercalon | |
Penyanyi Wanita Popular | "Rintihan Rindu" | Menang | ||
Bintang Paling Popular | Menang | |||
2019 | Anugerah Digital Muzik Era 2019 | Penyanyi Kolaborasi Terbaik Era | "Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul) | Tercalon |
Temubual Terbaik Carta Era 40 | Tercalon | |||
Anugerah MeleTOP Era ke-6 | Penyanyi MeleTOP | "Menahan Rindu" | Tercalon | |
Lagu MeleTOP | Tercalon | |||
Group/Duo MeleTOP | "Rindu Dalam Benci" (duet bersama Tajul Ariff) | Tercalon | ||
Anugerah Stail EH 2019 | Selebriti Pencapaian Terbaik | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Penyanyi Wanita Popular | "Ewah-Ewah"
"Semaikan Cinta" |
Tercalon | |
2020 | Anugerah Digital Muzik Era 2020 | Fan Club Paling Ngam (Wanyhasnizers) | Tercalon | |
Anugerah MeleTOP Era 2020 | Lagu MeleTOP | "Terlalu Memuja" | Tercalon | |
Penyanyi MeleTOP Era | ||||
Group/Duo MeleTOP | "Aku Serius" (duet bersama Tajul Ariff) | |||
Group/Duo MeleTOP | "Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah) | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia | "Terlalu Memuja" | Menang | |
Artis Kolaborasi/ Duo/Berkumpulan Popular | "Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah) | Tercalon | ||
FC FANtastik Popular | Wanyhasnizers | |||
JOOX Top Music Awards (Year End 2020) | Top 5 Hit Tahun 2020 (Lokal) | "Canggung" | Menang | |
2021 | Anugerah Juara Lagu ke-35 | Tempat Ketiga | "Belenggu Rindu" (duet bersama Jamal Abdillah) | Menang |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia | "Canggung" | Tercalon | |
2022 | Anugerah MeleTOP Era 2021 | Video MeleTOP | MV Canggung | Menang |
Anugerah Industri Muzik ke-23 | Lagu Pop Etnik terbaik | "Ku Cuma" (duet bersama Jamal Abdillah) | Tercalon | |
"Sang Purnama" (duet bersama Wani Syaz) | ||||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
2024 | Anugerah Juara Lagu ke-38 | Terbuka | "Kucuma" (duet bersama Afieq Shazwan yang menggantikan Jamal Abdillah) | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ Norhayati Nordin (29 Disember 2017). "Wany tak sanggup guris hati ibu". Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2018.
- ^ Jemang Rahman (11 April 2017). "Popular Pun Bimbang? Itulah Wany Hasrita". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-12. Dicapai pada 31 Oktober 2017.
- ^ Alif Fadli Mohd Sori (12 November 2020). Metamorfosis Wany Hasrita Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 November 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (13 Oktober 2017). "Fokus menyanyi dulu". Harian Metro. Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ a b Zul Husni Abdul Hamid (7 Oktober 2018). "Wany Hasrita Bintang Paling Popular ABPBH 31". Berita Harian. Dicapai pada 31 Oktober 2018.
- ^ a b Dennis Chua (7 Oktober 2018). "#Showbiz: Singer Wany Hasrita wins Most Popular Artiste award at ABPBH 31". New Straits Times. Dicapai pada 31 Oktober 2018.
- ^ Gerard Lye (18 Mac 2022). "Toyota Gazoo Racing Festival Vios Challenge Season 5 – Round 1 kicks off this weekend at Sepang Circuit". Paultan.org. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
- ^ Hasbullah Awang Chik (14 November 2017). "Wany: Jangan ayat 'pick up' saja, datanglah jumpa ibu". The Malay Mail. Dicapai pada 31 Oktober 2018.
- ^ Michelle Gun (17 April 2018). "Janji lebih tegas". Harian Metro. Dicapai pada 9 November 2018.
- ^ Amirah Amaly Syafaat (3 September 2017). "Tangguh belajar kerana populariti". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 26 Mac 2018.
- ^ Mohammad Shahemy Azmi (29 Mei 2022). "Wany Hasrita belum 'pudar". Kosmo!. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
- ^ "Wany Hasrita kongsi pengalaman belajar bidang sains perubatan, simpan hasrat untuk sambung belajar". Sinar Bestari. Berita Harian. Dicapai pada 24 September 2022.
- ^ Laili Ismail; Aliza Shah (12 Mei 2017). "From medical science grad to YouTube sensation, Wany Hasrita now set for bigger things". New Straits Times. Dicapai pada 10 Ogos 2019.
- ^ Bibi Nurshuhada Raml (3 September 2017). "Singer Wany Hasrita postpones studies for career in showbiz". New Straits Times. Dicapai pada 11 Ogos 2019.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (14 April 2017). "Sebulan siapkan Menahan Rindu". Harian Metro. Dicapai pada 1 November 2017.
- ^ Norhayati Nordin (28 Mei 2017). "Tak kecewa walau tewas". Harian Metro. Dicapai pada 31 Oktober 2017.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (24 Januari 2020). "Wany Hasrita mahu keluar dari kepompong, lancar single rancak dan menari di MV - "Saya akan jaga batas sebagai wanita berhijab"". mStar Online. Dicapai pada 31 Januari 2020.
- ^ Alif Fadli Mohd Sori (30 Ogos 2020). Prinsip, limitasi Wany Hasrita Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 November 2020.
- ^ Norhayati Nordin (16 Mei 2021). "Wany makin minat mengacara". Harian Metro. Dicapai pada 22 Mei 2021.
- ^ Najiy Jefri (8 Oktober 2018). "Wany Hasrita pecah dominasi". Harian Metro. Dicapai pada 9 November 2018.
- ^ Khai Azfar (28 Mei 2019). "Trending No 1 Di YouTube! Lagu Raya 4 Penyanyi Ini Dipuji Peminat". Murai.my. Dicapai pada 23 September 2020.
- ^ Khai Azfar (7 Mei 2019). "Impian Tertunai! Wany Hasrita & Wani Syaz Tampil Dengan Single Duet". Murai.my. Dicapai pada 23 September 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (1 Julai 2019). "Konsert Trio hanya satu lokasi!". Harian Metro. Dicapai pada 22 Mei 2020.
- ^ Fiza Kamarudin (7 Februari 2021). "Wany Hasrita Empat Kali Pergi Studio Sebab Cinta Khayalan!". Astro Gempak. Dicapai pada 7 Ogos 2021.
- ^ Khadijah Ibrahim (5 Februari 2021). "Wany Hasrita rela dikritik kerana Cinta Khayalan". Bebas News. Dicapai pada 26 September 2021.
- ^ Wawann Mohd (16 April 2020). "Wany Hasrita cari kelainan dalam 'Canggung'". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 10 April 2021.
- ^ Zaidi Mohamad (24 Ogos 2019). "Impian duet dengan Jamal jadi nyata". Berita Harian. Dicapai pada 10 April 2020.
- ^ "'Belenggu Rindu' antara 12 lagu ke Anugerah Juara Lagu 35". Utusan Borneo. 17 Disember 2020. Dicapai pada 10 April 2021.
- ^ Najiy Jefri (22 Januari 2022). "Sang Purnama 'jentik' emosi". Harian Metro. Dicapai pada 24 September 2022.
- ^ Anna Mohamed (12 Februari 2022). "Sang Purnama main jiwa Wany Hasrita & Wani Syaz". Utusan TV. Dicapai pada 10 April 2022.
- ^ Qaarami Hashim (20 September 2020). Wany Hasrita beli rumah dua tingkat - "Tak besar, tak kecil tapi cukup untuk saya dan ibu mStar Online. Dicapai pada 12 November 2020.
- ^ Wany Hasrita capai impian beli rumah Berita Harian. 20 September 2020. Dicapai pada 12 November 2020.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (12 Julai 2022). "Wany Hasrita, ibu dijangkiti COVID-19". Berita Harian. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
- ^ 2 Kali Lafaz, Wany Hasrita Sah Bergelar Isteri Jejaka Sarawak
- ^ Farihad Shalla Mahmud (22 Julai 2022). "Wany Hasrita kini milik Mohd Al-Adib". Berita Harian. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
- ^ "12 tahun kenal, Wany Hasrita kini isteri Al Adib". Kosmo!. 22 Julai 2022. Dicapai pada 11 Ogos 2022.
- ^ "Wany Hasrita selamat bersalin bayi perempuan". mStar Online. 9 Julai 2023. Dicapai pada 11 Julai 2023.
- ^ "Aishah Al Iman nama anak Wany Hasrita". Harian Metro. 15 Julai 2023. Dicapai pada 10 Ogos 2023.
- ^ Syafiqah Jalal (12 Mei 2017). "Wany Hasrita Akui Bimbang Dengan Populariti Mendadak". Astro Gempak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-08. Dicapai pada 31 Oktober 2017.
Pautan luar
sunting- Wany Hasrita di Facebook
- Wany Hasrita di Instagram
- Wany Hasrita di TikTok
- Wany Hasrita di Twitter
- Saluran YouTube Wany Hasrita