[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Ulam raja (Tulisan Jawi: اولم راج) atau kenikir (Tulisan Jawi: كنيكير) [2] merupakan tumbuhan spesies Cosmos yang berasal dari Amerika Latin merangkumi kawasan dari Rio Grande do Sul di selatan Brazil ke Tamaulipas di utara Mexico)[3] serta kepulauan Caribbean diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika benua Asia, Afrika, dan Australia.[4][5][6][7][8][9]

Ulam raja
kenikir
Pokok ulam raja liar
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. caudatus
Nama binomial
Cosmos caudatus
Sinonim[1]
Ulam raja
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 18 kcal (75 kJ)
Karbohidrat 0.6 g
Lemak 0.4 g
Protein 2.9 g
Air 93.1 g
- beta-karotena 3568 μg (33%)
Tiamina (vit. B1) 0.13 mg (11%)
Riboflavin (vit. B2) 0.24 mg (20%)
Vitamin C 64.6 mg (78%)
Kalsium 270 mg (27%)
Besi 4.6 mg (35%)
Magnesium 50 mg (14%)
Fosforus 37 mg (5%)
Kalium 426 mg (9%)
Zink 0.9 mg (9%)
ES Tee, MN Ismail, MA Nasir, I Khatijah (1997), Nutrient Composition of Malaysian Foods. Malaysian Food Composition Database Programme (dalam bahasa Inggeris), Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan PerubatanCS1 maint: multiple names: authors list (link)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.

Pokok ini dipercayai diperkenalkan para penakluk Sepanyol ke kepulauan Filipina yang kemudiannya tersebar meliar serata Asia Tenggara.[2] Tumbuhan ini menjadi dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat rantau ini terutamanya sebagai sejenis sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Penamaan

sunting

Ia mempunyai pelbagai nama setempat di benua Amerika Tengah yang asal:[10]

Botani

sunting
 
Rupa dekat bunga ulam raja

Pokok ini mampu tumbuh cecah setinggi 2 meter. Batangnya berwarna hijau keunguan[11] bercabang banyak di bahagian atas. Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan ukuran 8-27 × 2.5-12 sm[10] dengan anak daun yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua; suatu bau unik akan terkeluar apabila daun-daun ini diramas. Daun-daun ini akan menguncup apabila malam tiba.[11]

Bunganya bertangkai panjang dan berwarna kuning keunguan, bunga ini boleh tumbuh secara tunggal mahupun sedikit menjambak.[11]

Kegunaan

sunting

Dalam perubatan

sunting

Ulam raja telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang dalam kalangan orang Melayu dan Jawa.

Penanaman

sunting

Masyarakat Eropah tidak begitu menyukai pengambilan tumbuhan ini sebagai sumber makanan kerana bau kuat yang dilepaskan, namun ia masih dimanfaatkan sebagai suatu tanaman hiasan kerana kuntum bunga ia yang digemari.[12]

Ia juga ditanam sebagai suatu tanaman sungkup mengelakkan keringan tanah serta untuk menyegarkan udara sekitar[12]

Sifat kimia

sunting

Daun dan batang pokok didapati mengandungi pelbagai jenis kimia asid fenolik, flavonoid, tanin, karotenoid, sterol dan saponin antara lainnya.[12]

Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Khasiat

sunting

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.

Rujukan

sunting
  1. ^ Flann C, penyunting (2009). "Global Compositae Checklist". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-15.
  2. ^ a b Bodeker G (2009). Health and Beauty from the Rainforest: Malaysian Traditions of Ramuan. Kuala Lumpur: Didier Millet. ISBN 978-981-4217-91-0.
  3. ^ Melchert TE (1990). "Cosmos caudatus (Asteraceae: Coreopsideae) in Mexico: a cytotaxonomic reappraisal". Phytologia. USA. 69 (3): 200–215. doi:10.5962/bhl.part.17999. description, discussion, photographs, line drawings, distribution map
  4. ^ Funk VA, Berry P, Alexander S, Hollowell TH, Kelloff CL, penyunting (July 2007). "Checklist of the plants of the Guiana Shield (Venezuela: Amazonas, Bolivar, Delta Amacuro; Guyana, Surinam, French Guiana)". United States National Herbarium. Washington, DC: National Museum of Natural History. 55: 1–584. CiteSeerX 10.1.1.454.3269.
  5. ^ Jørgensen PM, León-YánezS, penyunting (1999). "Cat. Vasc. Pl. Ecuador". Monographs in Systematic Botany from the Missouri Botanical Garden. 75: i–viii, 1–1181.
  6. ^ Humbert H (1923). "Les Composées de Madagascar". Mémoires de la Société Linnéenne de Normandie. 25: 1–335.
  7. ^ Sousa Sánchez M, Cabrera Cano EF (1983). "Flora de Quintana Roo". Listados Florísticos de México. 2: 1–100.
  8. ^ López Vargas A (1995). Estudio de Vegetación de las Partes Sud y Sudoeste de las Provincias Mizque y Campero --- Cochabamba (Tesis). = Universidad Mayor de San Simón, Cochabamba. m/s. i–vi, 1–152.
  9. ^ Foster RC (1958). "A catalogue of the ferns and flowering plants of Bolivia". Gray Herbarium of Harvard University. 184: 1–223.
  10. ^ a b Pruski, John Francis; Robinson, Harold Ernest (2018). "Asteraceae". Flora Mesoamericana. 5. St. Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. m/s. i–xix, 1–608.
  11. ^ a b c Hassan WE (2006). Healing Herbs of Malaysia. Kuala Lumpur: Federal Land Development Agency. ISBN 978-983-99544-2-5.
  12. ^ a b c Said Moshawih; Manraj Singh Cheema; Zuraini Ahmad; Zainul Amiruddin Zakaria; Muhammad Nazrul Hakim (2017). "A comprehensive review on Cosmos caudatus (ulam raja): pharmacology, ethnopharmacology, and phytochemistry". International Research Journal of Education and Sciences (IRJES). 1 (1): 14–31. ISSN 2550-2158.

Pautan luar

sunting