UTC+8
(Dilencongkan daripada UTC+08:00)
UTC+8 merupakan masa ofset di antara waktu piawai antarabangsa dengan perbezaan waktu sebanyak lapan jam. Dalam format penulisan ISO 8601, lokasi yang menggunakan masa ofset ini ditulis sebagai 2017-04-12T04:11:11+08:00. Zon waktu ini tidak mempunyai waktu jimat siang (bahasa Inggeris: Daylight Saving Time )[1].
Zon waktu ini juga pernah dicadangkan sebagai Waktu Seragam ASEAN (bahasa Inggeris: ASEAN Common Time ) (ACT) dan perkara ini masih lagi dalam peringkat perbincangan di antara menteri-menteri ASEAN[2].
Senarai lokasi
suntingBerikut merupakan senarai lokasi atau negara yang menggunakan zon waktu ini sebagai waktu rasmi.
Zon | Lokasi | Maklumat Lanjut |
---|---|---|
Asia Utara | Russia - Irkutsk | Waktu Piawai Irkutsk |
Asia Timur | Keseluruhan negara Republik Rakyat China | Waktu Piawai China |
Asia Timur | Keseluruhan negara Hong Kong | Waktu Piawai Hong Kong |
Asia Timur | Keseluruhan negara Macau | Waktu Piawai Macau |
Asia Timur | Keseluruhan negara Taiwan | Waktu Piawai Taiwan |
Asia Timur | Mongolia - Ulan Bator Mongolia - Erdenet |
Masa di Mongolia |
Asia Tenggara | Keseluruhan negara Malaysia | Waktu Piawai Malaysia |
Asia Tenggara | Keseluruhan negara Singapura | Waktu Piawai Singapura |
Asia Tenggara | Keseluruhan negara Brunei | Waktu Piawai Brunei |
Asia Tenggara | Keseluruhan negara Filipina | Waktu Piawai Filipina |
Asia Tenggara | Kawasan tengah Indonesia | Waktu Indonesia Tengah |
Oceania | Kawasan barat Australia | Masa di Australia |
Antartika | Beberapa lokasi | Masa di Antartika |
Rujukan
sunting- ^ "Clock Changes in UTC+8, Time Zone". Time and Date AS. Dicapai pada 13 April 2017.
- ^ "A common Asean time zone? 6 things about time differences in the region". The Straits Times. 30 Januari 2015. Dicapai pada 13 April 2017.