Tak Beli Tak Cinta
Tak Beli Tak Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Ahmad Idham, dibintangi oleh Rita Rudaini, Ariz Lufias dan Syainie Aida.[1][2] Ia mengisahkan kehidupan Bibi yang juga pemilik butik barangan kecantikan dan pakaian yang diusahakannya selepas kematian suaminya dalam tragedi pesawat MH17.[3] Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 19 Oktober 2016 hingga 22 November 2016 menggantikan Abang Sado Boleh Beres dan digantikan oleh Love You Mr. Arang.
Tak Beli Tak Cinta | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Subroto Katimin |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Bimbang" oleh Izzue Islam |
Lagu penutup | "Bimbang" oleh Izzue Islam |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jameah Abdul Aziz |
Penerbit | Ahmad Idham |
Penyunting |
|
Sinematografi |
|
Tempoh siaran | 20 minit |
Syarikat penerbitan | AIFA Motion Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 19 Oktober 2016 – 22 November 2016 |
Kronologi | |
Mengikuti | Abang Sado Boleh Beres |
Diikuti oleh | Love You Mr. Arang |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]
Sinopsis
suntingMengisahkan kehidupan Bibi (Rita Rudaini) yang juga pemilik butik barangan kecantikan dan pakaian. Puan Bibi sedang sibuk mempersiapkan butiknya untuk hari pembukaan yang bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi. Sejak pemergian arwah suaminya, Puan Bibi belum bersedia untuk menerima cinta dalam hidupnya. Dia hanya mahu fokus dalam bisnes selain menjaga anak lelakinya, Raykal. Kenakalan Raykal juga memeningkan Puan Bibi apatah lagi apabila Raykal sering meragam kerana mahukan ayah baharu.
Puan Bibi hanya dibantu oleh seorang staf, Liyana (Syainie Aida), anak saudara arwah suaminya yang gemar melaram dan kuat berangan. Liyana mahu menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa seperti idolanya, Yuna. Tuan CJ (Erry Putra) pula sangat rajin untuk membantu Puan Bibi tetapi sebenarnya dia mencari peluang untuk mendekati dan menggoda Puan Bibi. Malahan, Tuan CJ juga berjanji akan mendapatkan penaja VIP untuk butik Puan Bibi.
Keadaan butik itu berubah selepas seorang pemuda lelaki graduan jurusan kimia yang sangat kacak, Isma (Ariz Lufias) diterima sebagai pekerja. Liyana menyimpan perasaan terhadap Isma tetapi Isma pula minat pada Puan Bibi.
Sudah seminggu butik Puan Bibi dibuka tetapi gagal mendapat sambutan. Puan Bibi tertekan dan terus bercadang mahu menjual sahaja butiknya. Isma menghalang niat Puan Bibi dan memohon izin untuk merangka satu plan publisiti. Isma meminta tolong beberapa rakan perempuan di kolejnya untuk membantu dan Liyana mula melakukan sabotaj kerana cemburu. Akhirnya plan publisiti Isma berjaya dan butik Puan Bibi mula dipenuhi pelanggan.
Dek kerana kesibukan menguruskan butik baharunya yang menjadi tumpuan selebriti dan ikon komestik, Puan Bibi seringkali terlupa untuk mengambil Raykal di sekolah. Suatu hari, Puan Bibi cemas apabila gagal mengesan Raykal di sekolah kerana terlambat sampai. Kehilangan Raykal berakhir apabila Raykal dijumpai menyelinap masuk ke dalam kereta cikgu di sekolahnya yang masih bujang dan tampan, iaitu Cikgu Ramli.
Sejak pertemuan dengan Cikgu Ramli, Puan Bibi sering dilamun angau. Dia sentiasa membayangkan Cikgu Ramli. Puan Bibi sentiasa sampai awal di sekolah untuk mengintip Cikgu Ramli. Malangnya, Cikgu Ramli sudah bertunang dan bakal berkahwin. Bagaimana pula dengan hubungan Puan Bibi dan Isma? Adakah Puan Bibi akan menerima cinta daripada lelaki yang lebih muda daripadanya? Apakah rahsia yang cuba disimpan oleh Isma?
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Rita Rudaini sebagai Puan Bibi
- Ariz Lufias sebagai Isma
- Syainie Aida sebagai Liyana
Pelakon pembantu
sunting- Erry Putra sebagai Tuan CJ
- Qara Lyana sebagai Filza
- Aliff Yasraf sebagai Man Fly
- Rama Sundran sebgai Mr Kurupan
- Habiel Lutfillah sebagai Raykal
- Eizlan Yusof sebagai Cikgu Ramly
Penerbitan
suntingTak Beli Tak Cinta merupakan drama kedua arahan Ahmad Idham menerusi AIFA Motion Pictures selepas Married Tapi Benci.[3] Drama ini menggunakan 80 peratus kepakaran daripada pelajar Ahmad Idham Film Academy (AIFA).[3]
Rujukan
sunting- ^ "Drama Tak Beli Tak Cinta (TV3)". My Infotaip. 19 Oktober 2016. Dicapai pada 19 Oktober 2016.
- ^ Budiey (19 Oktober 2016). "Ariz Lufias mengakui meminati Rita Rudaini". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Oktober 2016.
- ^ a b c Sudirman Mohd Tahir (18 Ogos 2016). "Konflik cinta 3 segi". Harian Metro. Dicapai pada 18 Ogos 2016.
- ^ Tak Beli Tak Cinta (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.
: Slot Iris, Setiap Isnin - Khamis, 6:30 Petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Tak Beli Tak Cinta | Berikutnya |
Abang Sado Boleh Beres | Love You Mr. Arang |