Tanjah
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (Dis 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Perancis. (Dis 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Tanjah[2][3] (Arab: طَنجَة, rumi: Ṭanjah , bahasa-bahasa Barbar: ⵟⴰⵏⵊⴰ, rumi: Ṭanja ; Perancis: Tanger turunan Latin: Tingi atau Tinge;[4][5] bahasa Inggeris: Tangiers) merupakan sebuah bandar di pesisiran Mediterranean barat laut Maghribi. Bandar ini ialah ibu negara bagi wilayah Tanger-Tetouan-Al Hoceima, serta Wilayah Ṭanja-Aẓila.
Tanjah
| |
---|---|
Nama panggilan: Bandar biru dan putih, Boughaz, pengantin perempuan Utara | |
Koordinat: 35°46′36″N 05°48′14″W / 35.77667°N 5.80389°WKoordinat: 35°46′36″N 05°48′14″W / 35.77667°N 5.80389°W | |
Negara | Maghribi |
Kawasan | Tanger-Tetouan-Al Hoceima |
Diasaskan oleh orang orang Finiqiyah | c. 1000 BC |
Aras tertinggi | 230 m (750 ft) |
Aras Terendah | 0 m (0 ft) |
Penduduk (2014)[1] | |
• Jumlah | 947,952 |
• Pemeringkatan | ke-3 di Maghribi[1] |
[a] | |
Demonim | Tanjawi |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
Poskod |
|
Kod kawasan | 0539 |
Laman sesawang | tanger |
Banyak tamadun dan budaya telah mempengaruhi sejarah Tanjah, bermula sebelum abad ke-10 SM. Bermula sebagai bandar Barbar yang strategik dan kemudian pusat perdagangan Finiqiyah, Tanjah telah menjadi perhubungan bagi banyak budaya. Pada 1923, ia menjadi zon antarabangsa yang diuruskan oleh kuasa penjajah dan menjadi destinasi bagi ramai diplomat Eropah dan Amerika, pengintip, bohemianisme, penulis dan ahli perniagaan. Status itu berakhir dengan kemerdekaan Maghribi, secara berperingkat antara 1956 dan 1960.
Menjelang awal abad ke-21, Tanjah sedang mengalami pembangunan dan pemodenan yang pesat. Projek termasuk projek pelancongan di sepanjang teluk, daerah perniagaan moden yang dipanggil Pusat Bandar Tanjah, terminal lapangan terbang dan stadium bola sepak. Ekonomi Tanjah ditetapkan untuk mendapat manfaat yang besar daripada pelabuhan Tanger-Med.
Geografi
suntingTanjah terletak antara dua bukit di hujung barat laut teluk yang senama 23 km (14 bt) timur Tanjung Spartel belah selatan Selat Gibraltar, kawasan rata antara dedua bukit ini seperti perani;[6] bukit baratnya dijadikan kota benteng bersejarah kawasan itu.[7] Ia juga terletak atas penara Marsyan jarak 1,189 meter (3,900 ka) merentas barat pusat kota selari pesisiran.[7]
Iklim
suntingTanjah beriklim Mediterranean (kelas Köppen Csa) dengan curahan hujan lebih berat berbanding tempat-tempat lain serantau Afrika Utara dan Semenanjung Iberia kerana keadaannya yang terdedah.[8] Angin bertiup utama dari laut yang membantu keadaan peredaran udara sekitar kota tersebut dari dahulu.[9]
Musim panas agak tarik dan terang manakala musim sejuknya basah dan sederhana; ibun jarang ada pada musim ini. Suru tehendah di Tanjah adalah −4.2 °C (24.4 °F) dicatatkan pada Januari 2005.[8]
Data iklim untuk Lapangan Terbang Tanjah 1961–1990, extremes 1917–1963 | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Rekod tinggi suhu, °C (°F) | 22.0 (71.6) |
24.1 (75.4) |
24.0 (75.2) |
29.1 (84.4) |
31.9 (89.4) |
33.5 (92.3) |
36.7 (98.1) |
38.2 (100.8) |
35.8 (96.4) |
30.4 (86.7) |
27.0 (80.6) |
24.0 (75.2) |
38.2 (100.8) |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 16.2 (61.2) |
16.8 (62.2) |
17.9 (64.2) |
19.2 (66.6) |
21.9 (71.4) |
24.9 (76.8) |
28.3 (82.9) |
28.6 (83.5) |
27.3 (81.1) |
23.7 (74.7) |
19.6 (67.3) |
17.0 (62.6) |
21.8 (71.2) |
Purata suhu harian, °C (°F) | 12.5 (54.5) |
13.1 (55.6) |
14.0 (57.2) |
15.2 (59.4) |
17.7 (63.9) |
20.6 (69.1) |
23.5 (74.3) |
23.9 (75.0) |
22.8 (73.0) |
19.7 (67.5) |
15.9 (60.6) |
13.3 (55.9) |
17.7 (63.9) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | 8.8 (47.8) |
9.4 (48.9) |
10.1 (50.2) |
11.2 (52.2) |
13.4 (56.1) |
16.2 (61.2) |
18.7 (65.7) |
19.1 (66.4) |
18.3 (64.9) |
15.6 (60.1) |
12.2 (54.0) |
9.7 (49.5) |
13.6 (56.5) |
Rekod rendah suhu, °C (°F) | −4.2 (24.4) |
0.8 (33.4) |
4.2 (39.6) |
5.8 (42.4) |
7.4 (45.3) |
10.2 (50.4) |
10.5 (50.9) |
14.0 (57.2) |
10.0 (50.0) |
9.0 (48.2) |
4.8 (40.6) |
−0.1 (31.8) |
−4.2 (24.4) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 103.5 (4.07) |
98.7 (3.89) |
71.8 (2.83) |
62.2 (2.45) |
37.3 (1.47) |
13.9 (0.55) |
2.1 (0.08) |
2.5 (0.10) |
14.9 (0.59) |
65.1 (2.56) |
134.6 (5.30) |
129.3 (5.09) |
735.9 (28.97) |
Purata bilangan hari kerpasan | 11.2 | 11.4 | 10.1 | 9.3 | 6.1 | 3.7 | 0.8 | 0.8 | 3.1 | 8.0 | 11.1 | 12.0 | 87.6 |
Purata kelembapan relatif (%) | 80 | 81 | 78 | 78 | 76 | 74 | 70 | 72 | 73 | 76 | 79 | 81 | 76 |
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari | 169.2 | 166.9 | 231.7 | 251.7 | 298.9 | 306.8 | 344.0 | 330.7 | 275.6 | 238.2 | 180.6 | 166.9 | 2,960.7 |
Sumber 1: NOAA[10] | |||||||||||||
Sumber 2: Deutscher Wetterdienst (humidity, 1973–1993)[11] |
Sejarah
suntingPetempatan
suntingTanjah diasaskan para penduduk Finikiah seawal abad ke-10 SM[12][13] mengukuh pada abad ke-8 SM.[14] Ia menjadi pelabuhan besar dalam kerajaan Cathago pada abad ke-5 SM.[12][13] Masyarakat Yunani Purba percaya bahawa kota ini dinamakan sempena Tinjis, anak sang gergasi Atlas yang menjadi kekasih sedudukan Herakles.[15]
Bandar kembar
suntingTanjah dikembarkan kepada:[16]
Galeri
sunting-
Pemandangan panorama Tanjah
-
Tribunal lama, Masjid Kasbah, pintu masuk Istana Kasbah dan Bayt al-mal (perbendaharaan), c. 1900
-
Bekas pintu masuk istana, perbendaharaan dan penjara, 2015
-
Tanah Perkuburan Yahudi
-
Souk
-
Tembok bandar
Rujukan
sunting- ^ a b c "Note de présentation des premiers résultats du Recensement Général de la Population et de l'Habitat 2014" (dalam bahasa Perancis). High Commission for Planning. 20 Mac 2015. m/s. 8. Dicapai pada 9 Oktober 2017.
- ^ Ibnu Battutah (2003). Wan Roslili Abd. Majid, Ismail Haji Ibrahim (penyunting). Pengembaraan Ibn Battutah. Diterjemahkan oleh Syed Nurul Akla Syed Abdullah; Adi Setia Mohd. Dom. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. m/s. 16–8. ISBN 9839099574.
- ^ Rozali, Ermy Azziaty; Ab Rahman, Zamri (30 December 2017). "Kecemerlangan Futuhat Islamiyyah Era Khulafa' al-Rashidin". Journal of Al-Tamaddun. 12 (2): 22. doi:10.22452/JAT.vol12no2.3.
- ^ Gaffiot, Félix (1934). "Tinge". Dictionnaire latin français. Hachette.
- ^ Cath. Enc. (1913).
- ^ Encyclopædia Britannica (1911).
- ^ a b Lévi-Provençal (1936), m/s. 650.
- ^ a b Valor, G. Ballester. "Synop report summary".
- ^ Baedeker (1901), m/s. 426 .
- ^ "Tangier Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada October 14, 2016.
- ^ "Klimatafel von Tanger / Marokko" (PDF). Baseline climate means (1961–1990) from stations all over the world (dalam bahasa Jerman). Deutscher Wetterdienst. Dicapai pada October 14, 2016.
- ^ a b Hartley (2007), m/s. 345.
- ^ a b Davies (2009), m/s. 119.
- ^ Roller (2006), m/s. 34.
- ^ L. Mestrius Plutarchus, "15: Sertorius", Vītae Parallēlae, §9.
- ^ "Un jumelage Tanger - Phuket (Thaïlande) en projet". bladi.net (dalam bahasa Perancis). 2016-02-19. Dicapai pada 2020-10-19.
- ^ "Algeciras y Tánger, hermanadas en políticas turísticas y culturales". lavozdigital.es (dalam bahasa Sepanyol). La Voz de Cádiz. 2018-09-24. Dicapai pada 2020-10-19.
- ^ "Tanger et Da Nang liées par un accord de jumelage". lematin.ma (dalam bahasa Perancis). Le Matin. 2019-03-29. Dicapai pada 2020-10-19.
- ^ "Jumelage et Pactes d'amitié". puteaux.fr (dalam bahasa Perancis). Puteaux. Dicapai pada 2020-10-22.
- ^ "Decentralized international cooperation". saint-josse.irisnet.be. Saint-Josse-ten-Noode. 2019-05-21. Dicapai pada 2020-10-19.
- Sumber
- Davies, Ethel (2009), "Tangier", North Africa: The Roman Coast, Chalfont St Peter: Bradt Travel Guides, m/s. 119 ff, ISBN 9781841622873.
- Hartley, James (2007), "Tangier", Cities of the Middle East and North Africa, Santa Barbara: ABC-CLIO, m/s. 345–347, ISBN 9781576079195.
- Lévi-Provençal, Évariste (1936), "Tangier", Encyclopaedia of Islam, IV, Leiden: E.J. Brill, m/s. 650–652.
- Pétridés, Sophron (1913), "Tingis", Catholic Encyclopedia, XIV, New York: Encyclopedia Press.
- Roller, Duane W. (2006), Through the Pillars of Herakles: Greco-Roman Exploration of the Atlantic, Abington: Routledge, ISBN 9781134192328.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tanjah |
Wikisource memiliki teks The New Student's Reference Work rencana Tanjah. |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Tangier. |
- Official site of The Tangier American Legation Institute for Moroccan Studies
- History, description, and images of Tanjah on Archnet
- Tangier photo gallery
- Navigating Tangier's Labyrinth – slideshow by The New York Times
- "Tangier". Islamic Cultural Heritage Database. Istanbul: Organisation of Islamic Cooperation, Research Centre for Islamic History, Art and Culture. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2013.
- Tanjah di Archnet – History, sites, photos (historic and contemporary), and media
- Old maps of Tangier, Historic Cities site