[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Suruhanjaya Eropah

Suruhanjaya Eropah (bahasa Inggeris: European Commission, kependekan EC) merupakan badan eksekutif pentadbiran Kesatuan Eropah. Badan ini dianggotai oleh 27 "Pesuruhjaya" yang diketuai oleh seorang Presiden, dan berfungsi seperti kabinet menteri. Suruhanjaya Eropah bertanggungjawab mencadangkan bil perundangan, melaksanakan dasar EU serta mengimplementasikan perjanjian-perjanjian yang termeterai.

Suruhanjaya Eropah

Bahasa kerja EC ialah bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Jerman. EC beribu pejabat di Brussel.

Suruhanjaya Eropah kini atau "Suruhanjaya Barroso" diketuai oleh José Manuel Barroso dari Portugal.

Pemilihan

sunting

Selepas seorang Presiden tamat berkhidmat, seorang Presiden baru akan dicalonkan oleh European Council (bukan Majlis Eropah). Calon itu kemudian dipilih secara rasmi oleh Parlimen Eropah. Selepas dipilih, Presiden akan melantik beberapa orang Naib Presiden dan Pesuruhjaya lain. Beliau melantik seorang Pesuruhajaya dari setiap negara ahli EU. Pelantikannya mesti mendapat persetujuan Parlimen Eropah.

Senarai Presiden

sunting
No. Presiden Suruhanjaya Mula berkhidmat Tamat Negara Parti politik Foto
1 Walter Hallstein Suruhanjaya Hallstein 1958 1967 Jerman CDU (CD) Fail:Walter Hallstein 1963.jpg
2 Jean Rey Suruhanjaya Rey 1967 1970 Belgium PRL (LDR) Fail:Jean Rey Geneva.jpg
3 Franco Maria Malfatti suruhanjaya Malfatti 1970 1972 Itali DC (CD) Fail:Franco Maria Malfatti Press C.jpg
4 Sicco L. Mansholt Suruhanjaya Mansholt 1972 1973 Belanda PvdA (SOC)  
5 François-Xavier Ortoli Suruhnjaya Ortoli 1973 1977 Perancis RPR (CD) Fail:François-Xavier Ortoli and Wilhelm Haferkamp.jpg
6 Roy Jenkins Suruhanjaya Jenkins 1977 1981 United Kingdom Lab (SOC) Fail:Roy Jenkins, Brussels.jpg
7 Gaston Edmont Thorn Suruhanjaya Thorn 1981 1985 Luxembourg DP (LDR) Fail:Gaston Thorn 1975.jpg
8 Jacques Delors Suruhanjaya Delors 1985 1995 Perancis PS (PES)
9 Jacques Santer Suruhanjaya Santer 1995 1999 Luxembourg CSV (EPP) Fail:Santer EC.jpg
Manuel Marín (sementara) Suruhanjaya Marín 3/1999 9/1999 Sepanyol PSOE (PES) Fail:Manuel Marín 1989.jpg
10 Romano Prodi Suruhanjaya Prodi 1999 2004 Itali Dem (PES)  
11 José Manuel Barroso Suruhanjaya Barroso 2004 kini Portugal PSD (EPP)  

Petunjuk:   [     ] Berhaluan kiri - [     Liberal - [     ] Berhaluan kanan

Suruhanjaya Barroso

sunting
Portfolio Pesuruhjaya Negara Parti
Presiden Jose Manuel Barroso Portugal EPP
Naib Presiden Pertama
Hubungan Institusi dan Strategi Perhubungan
Margot Wallstrom Sweden PES
Naib Presiden
Keusahawanan dan Industri
Gunter Verheugen Jerman PES
Naib Presiden
Keadilan, Kebebasan dan Keselamatan
Franco Frattini Itali EPP
Naib Presiden
Pengangkutan
Jacques Barrot Perancis EPP
Naib Presiden
Hal Ehwal Pentadbiran, Audit dan Pencegahan Rasuah
Siim Kallas Estonia ELDR
Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan Joaquin Almunia Sepanyol PES
Pasaran Dalam Negeri dan Perkhidmatan Charlie McCreevy Ireland AEN
Pertanian dan Pembanguan Desa Mariann Fischer Boel Denmark ELDR
Pertandingan Neelie Kroes Belanda ELDR
Perdagangan Peter Mandelson United Kingdom PES
Perikanan dan Hal Ehwal Kelautan Joe Borg Malta EPP
Alam Sekiter Stavros Dimas Greece EPP
Kesihatan Markos Kyprianou Cyprus ALDE
Pembangunan dan Bantuan Kemanusiaan Louis Michel Belgium ELDR
Pembesaran Olli Rehn Finland ELDR
Pengupahan, Hal Ehwal Sosial dan Peluang Setara Vladimir Spidla Republik Czech PES
Cukai dan Kesatuan Kastam Laszlo Kovacs Hungary PES
Program Kewangan dan Belanjawan Dalia Grybauskaite Lithuania bebas
Hubungan Luar dan Dasar Kejiranan Eropah Benita Ferrero-Waldner Austria EPP
Pendidikan, Pelatihan dan Budaya Jan Figel Slovakia EPP
Dasar Serantau Danuta Hubner Poland bebas
Tenaga Andris Piebalgs Latvia ELDR
Sains dan Penyelidikan Janez Potocnik Slovenia bebas
Masyarakat Maklumat dan Media Massa Viviane Reding Luxembourg EPP
Perlindungan Pengguna Meglena Kuneva Bulgaria ELDR
Keberbilangbahasaan Leonard Orban Romania bebas