Sipitang
Sipitang merupakan sebuah pekan yang terletak di Daerah Sipitang, Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Sipitang merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Sipitang. Sipitang juga merupakan laluan utama dari Negara Brunei Darussalam melalui jalan darat dan laut serta laluan ke Wilayah Persekutuan Labuan. Sipitang adalah pekan negeri Sabah yang paling dekat dengan sempadan Sabah-Sarawak. Pekan Sipitang terletak sejauh 44 kilometer ke selatan Beaufort, dan 144 kilometer ke selatan ibu kota Sabah, Kota Kinabalu.
Sipitang | |
---|---|
Transkripsi lain | |
Cogan kata: Setia Berkhidmat | |
Koordinat: 5°5′N 115°33′E / 5.083°N 115.550°EKoordinat: 5°5′N 115°33′E / 5.083°N 115.550°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Pedalaman |
Daerah | Sipitang |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Sipitang |
• Pegawai Daerah | Latip Bin Amat |
• MP | Yang Berhormat Datuk Matbali bin Musah (GRS) (Sipitang) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 4,298 |
Populasi di sekitar Sipitang sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah Sipitang. | |
Zon waktu | MST |
Poskod | 89850 |
Tamu Mingguan | Khamis |
Nombor plat | SB QL |
Laman sesawang | ww2 |
Sejarah
suntingSebelum tahun 1884, Sipitang adalah di bawah naungan Kesultanan Brunei. Pada 5 November 1884, Sultan Brunei menyerahkan kawasan jajahannya dari Sipitang ke Kuala Penyu kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU).[1] Penyerahan ini berikutan daripada sogokan yang diberikan oleh gabenor SBBU, William Treacher, kepada pihak Sultan.[2]
Pada 7 September 1901 pula, Sultan Brunei menyerahkan kawasan dari Sungai Sipitang sehingga ke Sungai Trusan kepada SBBU.[3] Sehubungan dengan itu, SBBU memperoleh kawasan Mengalong dan Merantaman di Sipitang pada 12 September 1901. Pemberian ini diperoleh daripada geran yang diberikan oleh Pangiran Tengah Damit ibni al-Marhum Pangiran Anak Bongsu.[4] Kawasan-kawasan tersebut diperoleh secara berasingan kerana kawasan sebegitu adalah hak milik persendirian pangiran-pangiran (putera-putera) melalui hak tulin mereka, maka tidak terletak di bawah kuasa Sultan.[5].
Sungai Sipitang menandakan sempadan British Borneo Utara dan Kesultanan Brunei sehingga tahun 1900. Pada tahun 1901, iaitu setelah SBBU memperoleh tanah dari Sungai Sipitang ke Sungai Trusan, pejabat pentadbiran ditubuhkan di Sipitang dan kawasan tersebut diletakkan di bawah nama Province Clarke. Daerah ini dinamakan sempena Sir Andrew Clarke. Matlamat penubuhan pejabat adalah untuk mengembangkan kawasan jajahan SBBU. Walau bagaimanapun, keadaan politik pada tahun-tahun berikutnya menyebabkan SBBU menjual kembali beberapa kawasan berdekatan dengan Sungai Trusan, dan sempadan Borneo utara menyusut ke Mengalong (Sindumin).
Demografi
suntingEtnik
suntingJumlah penduduk sekitar Sipitang
suntingBerikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Sipitang pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;
Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[6] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Melayu | Kadazan/Dusun | Bajau | Murut | Bumiputera Lain | Cina | India | Lain-lain | Bukan Warganegara Malaysia | Jumlah Keseluruhan |
2010 | 1,820 | 202 | 246 | 82 | 713 | 213 | 21 | 218 | 783 | 4,298 |
2020 (Akan Datang) |
Jantina
suntingBerikut merupakan jumlah penduduk sekitar Sipitang pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;
Jantina[6] | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lelaki | Perempuan | Jumlah | ||
2010 | 2,116 | 2,182 | 4,298 |
Pendidikan
suntingPrauniversiti
sunting- Pusat Tingkatan Enam
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin
Sekolah Menengah
suntingKawasan pilihan raya
suntingParlimen | Ahli Parlimen | Parti |
---|---|---|
Sipitang | Matbali Musah | GRS-BERSATU |
Parlimen | Ahli Parlimen | Parti |
---|---|---|
Sindumin | Yusof Yakob | GAGASAN |
Rujukan
sunting- ^ nota: Si Putong ke Kwala Paniow [sic] British North Borneo Treaties. British North Borneo, 1884. (1999) State Attorney-General's Chambers. Sabah Laws. [Online] Available at: http://www.lawnet.sabah.gov.my/viewdoc.asp?id=sabahlaws&title=...&document=treaties/Treaties%20and%20Engagements%20(10).htm, Access date: 6 September 2008
- ^ Haller Trost, R., Schofield, C., Martin, P. The Brunei-Malaysia Dispute over Territorial and Maritime Claims in International Law (1994)IBRU (International Boundary Research Unit) [Online] Available at: http://books.google.co.uk/books?id=ZMJYOA6g_dYC&printsec=frontcover&dq=The+Brunei-Malaysia+Dispute+Over+Territorial&sig=ACfU3U3YyWtEvAklcBgGiEXMpcFq20WHuA, pp. 12, Access date: 6 September 2008
- ^ nota: Sepitong [sic] British North Borneo Treaties. British North Borneo, 1901. (1999) State Attorney-General's Chambers. Sabah Laws. [Online] http://www.lawnet.sabah.gov.my/viewdoc.asp?id=sabahlaws&title=Sabah_Laws&document=treaties/Treaties%20and%20Engagements%20(15).htm, Access date: 6 September 2008
- ^ nota: Pangeran Pengah Damit [sic] http://www.royalark.net/Brunei/brunei7.htm
- ^ Haller Trost, R., Schofield, C., Martin, P. The Brunei-Malaysia Dispute over Territorial and Maritime Claims in International Law (1994)IBRU (International Boundary Research Unit) [Online] Available at: http://books.google.co.uk/books?id=ZMJYOA6g_dYC&printsec=frontcover&dq=The+Brunei-Malaysia+Dispute+Over+Territorial&sig=ACfU3U3YyWtEvAklcBgGiEXMpcFq20WHuA, pp. 10-11, Access date: 6 September 2008
- ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27.
- ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Sipitang di Wikimedia Commons