Shukri Yahaya
Mohd Shukri bin Yahaya (lahir 13 Jun 1988) merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Beliau telah membintangi sejumlah drama bersiri yang popular antaranya Asam Pedas Untuk Dia (2015), 7 Hari Mencintaiku (2016), Andainya Takdir (2017), Andainya Takdir 2 (2018), Kerana Dia Manusia Biasa (2019), 7 Hari Mencintaiku 2 (2020), Rindu Awak Separuh Nyawa (2021) dan Andai Itu Takdirnya (2023).[1] Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi beberapa anugerah menerusi lakonannya dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Andainya Takdir dan Split TV Series. Beliau mengembangkan bakatnya di dalam bidang pengarahan menerusi telefilem Raya Talak Satu (2022) untuk siaran Astro Ria.
Shukri Yahaya | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Shukri bin Yahaya 13 Jun 1988 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah |
Tahun aktif | 2011–kini |
Pasangan | Tya Adnan (k. 2015) |
Anak-anak | 2 |
Kehidupan awal
suntingBeliau dilahirkan pada 13 Jun 1988 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik. Beliau memiliki pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[2]
Sebelum bergiat aktif dalam bidang lakonan, beliau memulakan kerjaya awalnya dalam sektor korporat dengan memiliki dua pengalaman bekerja iaitu sebagai kerani bank dan membuat kerja audit. Beliau pernah berkhidmat sebagai kerani di Bahagian Sumber Manusia Bank Mualamat di Jalan Melaka, Kuala Lumpur. Semasa tempoh beliau di Bank Muamalat, beliau mengendalikan program dalaman institusi itu selain membantu pasukan kerja.[3]
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai juruaudit di PricewaterhouseCoopers (PwC) dalam tempoh jangka pendek. Selain itu, beliau pernah membuat kerja audit di syarikat kedai serbaneka 7-Eleven, Watsons dan Maxis. Beliau bersama rakan sekerja sering dibawa menaiki bas untuk menjalankan audit di premis cawangan.[3]
Kerjaya
suntingPada tahun 2011, Shukri memulakan kerjaya lakonannya dalam filem Jiwa Taiko arahan Osman Ali dan kemudiannya beliau muncul dalam drama siri popular Juvana.
Pada tahun 2013, beliau muncul dalam filem Ular arahan Jason Chong lakonan Yusry KRU dan Lisa Surihani, kemudiannya beliau dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke-26 menerusi kategori "Pelakon Harapan Lelaki Terbaik", tetapi dimenangi oleh Zul Ariffin. Beliau juga menerima pencalonan di Anugerah Skrin ke-17 bagi kategori "Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama)" menerusi telefilem Perempuan Itu Ibuku, beliau bagaimanapun tewas kepada Hasnul Rahmat.
Pada tahun 2015, Shukri berlakon dalam drama siri romantik Dia Isteri Luar Biasa bersama Fathia Latiff dan Cik Cinderella dan Encik Tengku bersama Zahirah MacWilson.
Pada tahun 2016, beliau berlakon dalam drama siri romantik komedi Suami Tanpa Cinta bersama Janna Nick dan drama siri popular 7 Hari Mencintaiku bersama Siti Saleha yang merekodkan rating tontonan drama tertinggi di Malaysia iaitu berjumlah 12 juta penonton selain memenangi "Drama Pilihan" serta mendominasi anugerah-anugerah lain di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–4 di mana Shukri juga berjaya memenangi "Aktor Pilihan" dan "Pasangan Pilihan" bersama Siti Saleha.
Pada tahun 2017, Shukri berlakon dalam drama siri popular Andainya Takdir bersama Nina Iskandar.[4] Drama siri ini menjadi sebuah drama yang menjadi sohor kini di media sosial dan mencatatkan rating berjumlah 10 juta penonton. Meneruskan kesinambungan pada tahun berikutnya menerusi Andainya Takdir 2 dan berjaya meraih rating terkumpul berjumlah 12 juta penonton. Menerusi drama siri popular ini, Shukri berjaya memenangi "Antagonis Pilihan" di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–5 dan "Pelakon Watak Antagonis Popular" di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–32.
Pada tahun 2018, buat pertama kalinya beliau muncul sebagai watak utama dalam filem menerusi Surf This Love: Gelora Juara dan turut membintangi beberapa drama bersiri antaranya Tiada Arah Jodoh Kita, Vila Ghazara dan Split TV Series. Menerusi Split TV Series, Shukri berjaya memenangi "Pelakon Lelaki Terbaik" di Anugerah Telenovela.
Pada tahun 2019, Shukri membintangi beberapa drama bersiri antaranya Asalkan Dia Bahagia, 30 Pesanan Suara, Kerana Dia Manusia Biasa dan Pesan Pada Hati.
Pada tahun 2020, beliau membintangi drama bersiri Di Hujung Ranting bersama Nad Zainal yang ditayangkan di TV2 dan memegang watak sebagai Amar. Beliau kembali menjayakan watak sebagai Khuzairi dalam drama siri popular 7 Hari Mencintaiku 2 di slot Akasia TV3 yang berjaya meraih rating berjumlah 12 juta penonton sepanjang 33 episod dan menjadi sohor kini di media sosial pada setiap episod membolehkan drama ini meraih populariti yang meluas seperti pada musim pertama.[5]
Pada tahun 2021, Shukri membintangi drama bersiri Kelmarin Cinta bersama Reen Rahim yang ditayangkan di TV Okey dan memegang dua watak iaitu sebagai Azhar dan Azman. Beliau kemudiannya menjayakan watak sebagai Nazril Nazim[6][7] dalam drama siri popular Rindu Awak Separuh Nyawa di slot MegaDrama Astro Ria bersama Uqasha Senrose yang berjaya mencetuskan fenomena dan mengungguli carta drama Melayu untuk tahun 2021.[8] Beliau juga membuat penampilan khas dalam drama siri I Promise Janji Anaqi[9] lakonan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong dengan memegang watak sebagai pembunuh upahan bernama Zero.
Pada tahun 2022, beliau kembali bergandingan dengan Janna Nick dalam drama siri romantik komedi Shakira[10] dan kemudiannya kembali menjayakan watak sebagai Khuzairi dalam drama siri popular 7 Hari Mencintaiku 3[11] bersama Siti Saleha. Kedua-dua drama bersiri ini ditayangkan di slot Akasia TV3. Pada tahun yang sama, Shukri mengembangkan bakatnya di dalam bidang pengarahan menerusi telefilem Raya Talak Satu untuk siaran Astro Ria, lakonan beliau bersama Emma Maembong.
Pada tahun 2023, Shukri membintangi drama siri jenayah "thriller" Stella on Stage bersama Hannah Delisha yang ditayangkan di platform digital Sooka. Beliau kemudiannya kembali bergandingan dengan Hannah Delisha dalam drama siri popular Andai Itu Takdirnya di slot MegaDrama Astro Ria yang berjaya mencetuskan fenomena. Beliau juga membintangi drama siri popular Surat Dari Tuhan bersama Janna Nick dan Ummi Nazeera di slot Samarinda TV3 yang berjaya meraih rating berjumlah 10 juta penonton sepanjang 30 episod dan mengungguli carta drama Melayu untuk tahun 2023.
Kehidupan peribadi
suntingShukri berkahwin dengan bekas pelakon, Siti Nurfatihah "Tya" Adnan pada 20 November 2015[12] dan menimang cahaya mata pertama mereka, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.[13]
Beliau dikurniakan cahaya mata kedua, Maleeq Miqayl yang dilahirkan pada 20 Julai 2020.[14][15]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Jiwa Taiko | Jami | Filem pertama |
2013 | Juvana | Fit | |
Sembunyi: Amukan Azazil | Salleh | ||
Lari | Zakuan | ||
Ular | Boy | ||
2018 | Surf This Love: Gelora Juara[16] | Billy | |
2022 | Seratus | Penjaga Bilik Mayat | Penampilan khas |
2025 | Blood Brothers | Fadlan | Pra-produksi |
TBA | Balas | Pos-produksi |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Juvana | Fit | TV3 | Drama pertama |
2012 | Gemersik Kalbu | Rudy | ||
Runtun Qalbu | Bon | |||
Diari Platun | Zakaria | Astro Prima | ||
2013 | Ruby | Danny | TV3 | |
Sahabat | Bakri | Astro Ria | ||
Asmara Luna | Habib | TV3 | ||
Menjinak Ombak | Firhad | |||
2014 | Jika Itu Takdirku | Azri | ||
Tanah Kubur (Musim 9) | Naim | Astro Oasis | Episod: "Pembalasan Dunia" | |
Dendam 5 Beradik | Mikhail | Astro Box Office | ||
PLAN B | Khai | TV3 | ||
Tabuh Merdeka | Ariff Hidayat | TV AlHijrah | ||
Kifarah | Zaki | TV3 | Episod: "Sahabat Subahat" | |
2015 | Asam Pedas Untuk Dia | Ahmad Ziyad | ||
Dia Isteri Luar Biasa | Raden Amzar | |||
Sirah | Amran | TV9 | Episod: "Cukur Jambul" | |
Kifarah Mistik | Haris | TV3 | Episod: "Malam Jumaat" | |
Cik Cinderella dan Encik Tengku | Tengku Daniel | |||
2016 | Suami Tanpa Cinta | Zaidan Iman | Astro Ria | |
Surah Buat Maisarah | Saiful Nazim | TV3 | ||
7 Hari Mencintaiku | Khuzairi | |||
Hantu Punya Bos | Arrayyan Zainuddin | |||
2017 | Andainya Takdir | Airil | ||
Gaduh-Gaduh Sayang | Rafiqi Rayyan | TV1 | ||
2018 | Tiada Arah Jodoh Kita | Megat Aathif | TV3 | |
Pelangi Cinta | Halim | Drama Mini 100Plus | ||
Andainya Takdir 2 | Airil | |||
Vila Ghazara | Hariz | |||
Split TV Series | Mikael/ Hafez/ Dhia/ Encik Suffian/ Adam/ Jeff & Kid | Astro Citra | ||
Opsss... Terpikat Cik Sombong | Hans | Unifi TV | ||
Ghaib | Reza | Tonton | Siri Original Tonton. Adaptasi daripada novel bertajuk "Projek Seram Terowong". | |
2019 | Asalkan Dia Bahagia | Haris Aryan | TV3 | |
30 Pesanan Suara | Izman | |||
Kerana Dia Manusia Biasa | Tengku Shamil | |||
Pesan Pada Hati | Yusuf | |||
2020 | Di Hujung Ranting | Amar | TV2 | |
7 Hari Mencintaiku 2 | Khuzairi | TV3 | ||
2021 | Rindu Awak Separuh Nyawa | Nazril Nazim | Astro Ria | |
Kelmarin Cinta | Azhar / Azman | TV Okey | ||
I Promise Janji Anaqi | Zero | Astro Ria | Penampilan khas | |
2022 | Shakira | Amir | TV3 | |
7 Hari Mencintaiku 3 | Khuzairi | |||
2023 | Stella on Stage | Nik | Sooka | Siri Original Sooka |
Andai Itu Takdirnya | Syed Adam Aizril | Astro Ria | ||
Surat Dari Tuhan | Ryan | TV3 | ||
2024 | Layang Layang Perkahwinan | Azim Hasibullah | Astro Ria | |
Kuih Muah | Adam | Tonton | Siri Original Tonton | |
Hai Cinta, Dengarkanlah | Adib Huzairi | TV3 | ||
Curang Tanpa Niat | Eshaal | Astro Ria |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Utusan Ilahi | Daniel | TV3 | |
Panggilan 10 Zulhijjah | Zaki | |||
Di Telapak Kaki Bonda | Salim | |||
Azam Ala Kazam | Din Asap | |||
Atokku Juniorku | Fadil | Astro Warna | ||
2012 | Jatuh Cinta | Izman | TV3 | |
Alamak 7 Hari Lagi | Andi | |||
Mariam Kampung Putat | Shah | |||
Perempuan Itu Ibuku | Azri | |||
2013 | Mawar Putih Tanda Perpisahan | Megat | Astro Box Office | |
Baju Raya Kain Perca | Amin | TV3 | ||
2014 | Yang Mana Satu | Shukri | ||
Nenek Ranggi | Yazid | |||
Antara Dia | Ryan | TV2 | ||
Selempang Kuning | Bahar | Astro Prima | ||
Kereta Kita | Amran | TV3 | ||
Sebuah Pangkin Kayu | Omar | Astro Prima | ||
Engkau Laksana Bulan | Ridz | TV1 | ||
2015 | Mahar Cinta Alia | Hezri | TV3 | |
Jalan Taubat | Zul | |||
Isteriku Bukan Tukang Masak | Shukri | Astro Prima | Penampilan khas | |
Cinta Qasidah | Ryan | Astro Ria | ||
Abang Beduk | Ahmad Nizamuddin | Astro Oasis | ||
Munajat Terhenti | Yusri | TV2 | ||
2016 | Surat Buat Bakal Isteriku | Fakhrul Radzi | Astro Ria | |
Perempuan Disarung Ungu | Zamani | |||
Auta | Nizam | TV3 | ||
Lamar | Hairul | |||
Calon Syurga | Aliff | |||
Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya | Tengku Daniel | |||
Suami Tanpa Cinta Raya | Zaidan Iman | Astro Ria | ||
Janji Hati | Along | TV2 | ||
2017 | Rasuk | Asyraf | Astro Citra | |
Kasih Seorang Ayah | Husin | TV3 | ||
The Berlian Job | Syam | Astro Citra | ||
Jongkong | Wan Ibrahim | |||
2018 | Qaseh Venezia | Adam | ntv7 | |
Selirat | Madi | TV3 | ||
Matilahnak | Jep/Hantu Jepun | Astro Citra | ||
Akil & Juan | Adam | TV3 | ||
2019 | Nana Dan Jam Atok | Samad | ||
Rengkat | Rais | |||
Remuk | Zamri | |||
Peraturan: Ikut Atau Mati | Owdy | Astro Citra | ||
2020 | Kasih Tau Foo Fah | Fitri | TV3 | Penampilan khas |
2022 | Raya Talak Satu | Danni | Astro Ria | Sebagai pelakon dan pengarah |
Videografi
suntingVideo muzik
suntingTahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2019 | "As Never Before" (All-new Toyota Vios MV) |
Shukri Yahaya & Shawn Lee |
2022 | "Gatal" | Janna Nick |
Diskografi
suntingLagu tema (OST)
suntingTahun | Tajuk lagu | Catatan |
---|---|---|
2015 | "Tak Pernah" (bersama Nur Fathia) |
OST Dia Isteri Luar Biasa |
Duta Jenama
sunting- Toyota Vios
- Toyota Gazoo Racing Malaysia
- Bulan Bintang
- VANZO
- Nivea
- Nescafé
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
2013 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama | Perempuan Itu Ibuku | Tercalon | [17] | |
2014 | Barisan Pelakon Pilihan | Ruby | Tercalon | ||
Pelakon Harapan Lelaki Terbaik | Ular | Tercalon | [18] | ||
2015 | Aktor Pilihan | Menjinak Ombak | Tercalon | [19] | |
Pasangan Pilihan (bersama Risteena Munim) | Tercalon | ||||
Barisan Pelakon Pilihan | Tercalon | ||||
Anugerah Tribute P. Ramlee ke–2
|
Pelakon Lelaki Terbaik | Engkau Laksana Bulan | Tercalon | ||
Artis Baharu Lelaki Popular | — | Tercalon | |||
Artis Lelaki Stailo | Tercalon | [20][21] | |||
Anugerah Melodi
|
Artis Lelaki Pilihan | Tercalon | [22] | ||
Pelakon Lelaki Terbaik Drama | Jalan Taubat | Tercalon | [23] | ||
EH! Malaysia
|
EH! Top 20 | — | Menang | [24] | |
2016 | Aktor Pilihan | Asam Pedas Untuk Dia | Tercalon | [25] | |
Artis Selfie Popular | — | Tercalon | [26] | ||
Anugerah Seri Angkasa
|
Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik | Abang Beduk | Tercalon | ||
Pelakon Komedi TV Terbaik | Tercalon | ||||
Anugerah Stail EH!
|
Selebriti Lelaki Paling Seksi | — | Tercalon | [27] | |
Anugerah Telenovela
|
Pelakon Lelaki Terbaik | Dia Isteri Luar Biasa | Tercalon | [28] | |
2017 | Aktor Pilihan | 7 Hari Mencintaiku | Menang | [29][30] | |
Pasangan Pilihan (bersama Siti Saleha) | Menang | ||||
Pelakon TV MeleTOP | Tercalon | [31] | |||
Pasangan MeleTOP (bersama Tya Adnan) | — | Tercalon | |||
Pelakon TV Lelaki Popular | Tercalon | [32] | |||
Gandingan Serasi Drama (bersama Siti Saleha) | 7 Hari Mencintaiku | Tercalon | |||
Anugerah Telenovela
|
Pelakon Lelaki Terbaik | Cik Cinderella dan Encik Tengku | Tercalon | ||
2018 | Aktor Pilihan | Andainya Takdir | Tercalon | [33] | |
Antagonis Pilihan | Menang | ||||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama | Kasih Seorang Ayah | Tercalon | |||
Anugerah Telenovela
|
Pelakon Lelaki Terbaik | Gaduh-Gaduh Sayang | Tercalon | ||
2019 | Pelakon Watak Antagonis Popular | Andainya Takdir 2 | Menang | [34][35] | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama | Remuk | Tercalon | |||
Anugerah Telenovela
|
Pelakon Lelaki Terbaik | Split TV Series | Menang | ||
2020 | Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon | [36] | |
Gandingan Serasi Drama (bersama Hannah Delisha) | 30 Pesanan Suara | Tercalon | [37] | ||
Gandingan Serasi Drama (bersama Emma Maembong) | Kerana Dia Manusia Biasa | Tercalon | |||
Gandingan Serasi Drama (bersama Nabila Razali) | Pesan Pada Hati | Tercalon | |||
Anugerah Telenovela | Pelakon Lelaki Popular | Kerana Dia Manusia Biasa | Tercalon | ||
Pasangan Serasi Popular (bersama Emma Maembong) | Tercalon | ||||
2021 | Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon | ||
Gandingan Serasi Drama (bersama Siti Saleha) | 7 Hari Mencintaiku 2 | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Terbaik | Tercalon | ||||
Pasangan Drama Terbaik (bersama Siti Saleha) | Menang | ||||
Anugerah Telenovela | Pelakon Lelaki Terbaik | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Popular | Tercalon | ||||
Pasangan Serasi Popular (bersama Siti Saleha) | Tercalon | ||||
2022 | Anugerah Telenovela | Pelakon Lelaki Popular | Rindu Awak Separuh Nyawa | Tercalon | |
Pasangan Serasi Popular (bersama Uqasha Senrose) | Tercalon | ||||
2023 | Pelakon Lelaki Terbaik | 7 Hari Mencintaiku 3 | Tercalon | ||
Pelakon Lelaki Popular | Tercalon | ||||
Pasangan Drama Terbaik (bersama Siti Saleha) | Tercalon | ||||
Content Asia Awards 2023 | Pelakon Lelaki Terbaik | Andai Itu Takdirnya | Tercalon | [38] |
Rujukan
sunting- ^ SHUKRI YAHAYA-AKTOR TV PALING PROLIFIK ERA INI Glam Lelaki (Julai 2019). Dicapai pada Julai 2019.
- ^ Nasib berubah Utusan Malaysia (13 Ogos 2014). Dicapai pada 13 Ogos 2014.
- ^ a b Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (12 Oktober 2019). Kerja biasa-biasa sebelum popular Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
- ^ Someone actually wanted to beat Malaysian actor because of his evil roles AsiaOne (19 Julai 2017). Dicapai pada 20 Julai 2017.
- ^ 12 juta tengok Shukri Yahaya -Hiburan- Harian Metro
- ^ Lakonan Shukri Yahaya dipuji, ramai terkesan watak Nazril dalam RASN -Hiburan- mStar
- ^ Shukri Yahaya si hero drama ‘cintan-cintun’ -Hiburan- Kosmo !
- ^ Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021 -Hiburan- Astro Awani
- ^ Gandingan sulung Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya -Hiburan- Harian Metro
- ^ Shukri Yahaya tak 'terbeban' dengan pelakon baharu -Hiburan- Harian Metro
- ^ 'Serasi dalam sengketa' -Hiburan- Berita Harian
- ^ Mohd Al-Qayum Aziz (20 November 2015). Shukri Yahaya selamat bergelar suami Tya Adnan dengan sekali lafaz mStar Online. Retrieved on Disember 1, 2015.
- ^ Isteri Shukri Yahaya selamat lahirkan anak pertama Berita Harian (24 Ogos 2016). Retrieved on November 23, 2016.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (6 Julai 2020). Shukri bakal timang anak lelaki Berita Harian. Dicapai pada 22 Julai 2020.
- ^ Najiy Jefri (20 Julai 2020). Isteri Shukri Yahaya selamat bersalin anak kedua Harian Metro. Dicapai pada 22 Julai 2020.
- ^ Surf This Love filem peluncur pertama Malaysia -Hiburan- SinarHarian
- ^ Mohd Al Qayum Azizi (November 2, 2013). "'Mawar Putih Tanda Perpisahan' & 'KIL' Ungguli 'Top 5' ASK 2013". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-08. Dicapai pada 2018-02-23.
- ^ Kemalia Othman (Ogos 16, 2014). "'Penanggal' & 'Sembunyi:Amukan Azazil' Pencalonan Tertinggi FFM26". mStar.
- ^ Budiey (Februari 11, 2015). "Drama Festival Kuala Lumpur DFKL 2015". Sensasi Selebriti.
- ^ Zaidi Mohamad (Februari 17, 2015). "Calon lima teratas ABPBH 2014 diumum". Berita Harian.
- ^ Farhana Fuad (Februari 18, 2015). "TOP 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014". EH!.
- ^ "Melodi Raya - TV3: 'ANUGERAH MELODI 2014'". TV3.
- ^ Ramlah Zainal (November 6, 2015). "Shukri tercalon dalam telemovie Jalan Taubat". Harian Metro.
- ^ Zaidi Mohamad (Disember 13, 2015). "Majalah EH! lancar segmen TV sendiri". Berita Harian.
- ^ Budiey (Februari 19, 2016). "Senarai Penuh Pencalonan Malam Anugerah DFKL 2016". Sensasi Selebriti.
- ^ Zaidi Mohamad (Mac 23, 2016). "ABPBH: Calon 5 teratas 13 kategori diumum". Berita Harian.
- ^ "ANUGERAH STAIL EH! 2016". EH!. Mac 31, 2016.
- ^ "Anugerah Telenovela 2015 Anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara". Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN). Disember 19, 2016.
- ^ Mohd Aizat Shamsuddin (April 9, 2017). "7 Hari Mencintaiku raih enam trofi DFKL". Berita Harian.
- ^ Michelle Gun (April 11, 2017). "Luah rasa terkejut". Harian Metro.
- ^ Kamaruddin Razal (Mac 28, 2017). "Senarai Penuh Calon Top 5 AME 2017 - Neelofa Mendominasi, Raih 5 Pencalonan". Astro Gempak.
- ^ Zaidi Mohamad (Mei 4, 2017). "Alif Satar, Neelofa kuasai senarai Top 5 ABPBH 3.0". Berita Harian.
- ^ "Undian Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 Kini Dibuka!". urtv. Februari 2, 2018.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (Ogos 16, 2019). "Bintang baharu, lama hangatkan saingan Top 5 ABPBH 32". Berita Harian.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (September 22, 2019). "Mira Filzah Bintang Paling Popular ABPBH 32". Berita Harian.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed dan Ahmad Johari Mohd Ali (November 13, 2020). "Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 33". Berita Harian.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (November 11, 2020). "Siapa heroin gandingan Shukri paling disukai?". Berita Harian.
- ^ "Content Asia Awards 2023 Nominees". Content Asia Awards (dalam bahasa Inggeris). 24 Ogos 2023.