Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat
Setiausaha Tentera Laut atau Secretary of the Navy (SECNAV) ialah jawatan berkanun (10 U.S.C. § 5013) dan ketua (ketua pegawai eksekutif) bagi Jabatan Tentera Laut, sebuah jabatan tentera (organisasi komponen) didalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Setiausaha Tentera Laut | |
---|---|
Jabatan Tentera Laut | |
Gelaran | Mister Secretary |
Anggota bagi | Kabinet Amerika Syarikat |
Lapor kepada | Setiausaha Pertahanan Timbalan Setiausaha Pertahanan |
Bidang kuasa | Amerika Syarikat |
Institusi | Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat |
Dilantik oleh | Presiden atas nasihat dan persetujuan Senat |
Tempoh jawatan | Tiada tempoh ditetapkan |
Penjawat sulung | Benjamin Stoddert |
Dibentuk | 18 Jun 1798 |
Penggantian | Tempat ke-3 dalam susunan penggantian SecDef |
Timbalan/naib | Setiausaha Rendah (timbalan awam utama) Ketua Operasi Tentera Laut (penasihat ketenteraan dan timbalan) Komandan (penasihat ketenteraan dan timbalan) |
Gaji | Executive Schedule, level II |
Tapak web | Official Website |
sunting · sunting di Wikidata |
Setiausaha Tentera Laut mengikut undang-undang mesti seorang awam, sekurang-kurangnya 5 tahun dikeluarkan dari perkhidmatan aktif tentera, dan dilantik oleh Presiden dan memerlukan pengesahan oleh undi majoriti Senat.
Setiausaha Tentera Laut adalah, dari penubuhannya pada tahun 1798, ahli Kabinet Presiden sehingga tahun 1949, apabila Setiausaha Tentera Laut (dan Setiausaha Tentera Darat dan Tentera Udara) telah dipinda kepada Akta Keselamatan Negara tahun 1947 dan diletakkan dibawah Setiausaha Pertahanan.