Presiden Korea Selatan
Presiden Republik Korea Selatan (Hangul: 대한민국 대통령 ; Hanja: 大韓民國 大統領 ; RR: Daehanmin-guk daetongnyeong), juga disingkatkan kepada POTROK atau POSK; Hangul: 대통령 , mengikut Perlembagaan, ialah ketua eksekutif kerajaan, ketua negara Republik Korea, Pengerusi Majlis Negara, dan panglima tertinggi angkatan tenteranya.
Presiden Republik Korea Selatan | |
---|---|
대한민국 대통령 | |
Gelaran | Tuan Presiden Tuan Yang Terutama Presiden His Excellency President (Untuk Lelaki) Puan Presiden Puan Yang Terutama Presiden Her Excellency President (Untuk Wanita) |
Anggota bagi | Constitutional institution (South Korea) (en) dan Majlis Negara Korea Selatan |
Bidang kuasa | Korea Selatan |
Kediaman | Rumah Biru, Seoul, Korea Selatan |
Dilantik oleh | Terus kepada undi popular |
Tempoh jawatan | 5 tahun (tidak boleh diperbaharui) |
Penjawat sulung | Syngman Rhee 24 Julai 1948 |
Dibentuk | 24 Julai 1948 |
Senarai | Presiden Korea Selatan |
Tapak web | (Inggeris) english |
sunting · sunting di Wikidata |
Perlembagaan dan pindaan Akta Pilihan Raya Presiden 1987 memperuntukkan pemilihan presiden melalui undi rahsia dan langsung yang mengakhiri pemilihan tidak langsung presiden oleh kerajaan sebelumnya. Presiden dipilih secara langsung untuk lima tahun dan tidak boleh dipilih lagi selepas itu. Jika terdapat kekosongan jawatan Presiden, pengganti hendaklah dipilih dalam masa 60 hari, yang pada masa itu tugas presiden dilakukan oleh Perdana Menteri atau Menteri Kanan lain seperti mana yang ditentukan oleh undang-undang. Ketika menjawat jawatan, presiden menetap di Rumah Biru dan dikecualikan dari liabiliti jenayah kecuali atas sebab pemberontakan atau penderhakaan.
Presiden Korea Selatan sering berdepan hukuman penjara selepas berakhir tempoh mereka berkuasa, biasanya sebaik pesaing politik mereka berpindah ke Rumah Biru.
Presiden kini, Yoon Suk-yeol, merupakan seorang bekas Ketua Pendakwa Korea Selatan dan ahli Parti Kuasa Rakyat, memegang jawatan tersebut pada 10 Mei 2022,[1][2] selepas mengalahkan calon Parti Demokratik, Lee Jae-myung dengan margin kemenangan Yoon sebanyak 0.73% dalam Pilihan raya presiden Korea Selatan 2022.[3]
Sejarah
suntingSebelum penubuhan Republik pertama pada 1948, Kerajaan Republik Korea Sementara telah ditubuhkan di Shanghai pada September 1919 sebagai penerusan bagi beberapa kerajaan yang ditubuhkan selepas Gerakan 1 Mac yang berlaku pada tahun tersebut. Kerajaan tersebut menyelaraskan penentangan rakyat Korea terhadap pendudukan Jepun di Korea. Kesahan Kerajaan Sementara telah diiktiraf dan digantikan oleh kerajaan Korea Selatan dalam Perlembagaannya.
Sejak 1988, Presiden Korea Selatan akan dipilih pada setiap lima tahun. Sebelum ini, tempoh tersebut ialah empat tahun dari 1948 hingga 1972, enam tahun dari 1972 hingga 1981, dan tujuh tahun dari 1981 hingga 1988. Sejak 1981, presiden tidak boleh dipilih lagi selepas tempoh perkhidmatannya tamat.
Senarai Presiden
sunting-
Pertama, Ke-2, & Ke-3 — Rhee Syng-man
(berkhidmat: 1948–1960) -
Ke-4 — Yun Bo-seon
(berkhidmat: 1960–1962) -
Ke-5, Ke-6, Ke-7, Ke-8, & Ke-9 — Park Chung-hee
(berkhidmat: 1963–1979) -
Ke-10 — Choi Kyu-hah
(berkhidmat: 1979–1980) -
Ke-11, Ke-12 — Chun Doo-hwan
(berkhidmat: 1980–1988) -
Ke-13 — Roh Tae-woo
(berkhidmat 1988–1993) -
Ke-14 — Kim Young-sam
(berkhidmat: 1993–1998) -
Ke-15 — Kim Dae-jung
(berkhidmat: 1998–2003) -
Ke-16 — Roh Moo-hyun
(berkhidmat: 2003–2008) -
Ke-17 — Lee Myung-bak
(berkhidmat: 2008–2013) -
Ke-18 — Park Geun-hye
(berkhidmat: 2013 - 2017) -
Ke-19 — Moon Jae-in
(berkhidmat: 2017 - 2022) -
Ke-20 — Yoon Suk-yeol
(berkhidmat: 2022 - kini)
Rujukan
sunting- ^ "Yoon Suk Yeol to be sworn in as South Korea's new president". Kyodo News. Seoul. 10 Mei 2022.
- ^ "(LEAD) Yoon to take oath of office as S. Korea's new president". Yonhap News Agency. Seoul. 10 Mei 2022.
- ^ Choon, Chang May (11 Mei 2022). "Justice icon Yoon Suk-yeol elected new South Korea president, but rocky road ahead". The Straits Times. Seoul. Dicapai pada 11 Mei 2022.
Pautan luar
suntingJika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.