Politeknik Ibrahim Sultan
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) adalah salah satu daripada politeknik di Malaysia (institusi kesembilan ditubuhkan).
Moto | Peneraju Ilmu Sejagat |
---|---|
Pengarah terkini | Ts. Noor Aidi binti Nadzri |
Timbalan Pengarah (Akademik) | Puan Hajah Suzanah Binti Hashim |
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) | Suzanah bt Hashim |
Lokasi | Pasir Gudang, Johor |
Laman web | http://www.pis.edu.my |
Politeknik yang mengkhususkan dalam pengajian teknikal, dengan jabatan yang berasingan untuk bahagian kejuruteraan seperti kejuruteraan mekanikal dan elektrik. Ia juga mempunyai jabatan bagi reka bentuk dan komunikasi visual, pelancongan dan hospitaliti, matematik, sains dan komputer, dan kajian umum.
Politeknik Ibrahim Sultan terletak di Pasir Gudang, salah satu bandar selatan di Johor.
Sejarah
suntingPerancangan untuk politeknik bermula dalam Rancangan Malaysia ke-7 dengan kerjasama kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Politeknik Ibrahim Sultan telah dibuka kepada pelajar pada bulan Julai 1998 di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Perancangan awal penubuhan Politeknik Ibrahim Sultan bermula pada tahun 1991, dengan usaha untuk mengenal pasti tapak yang sesuai dalam kawasan Johor Bahru. Pada bulan Julai 1998, Politeknik Ibrahim Sultan mula beroperasi di tapak seluas 100 ekar di Plentong , Johor Bahru, dengan kos projek sebanyak RM 155.520.000.
Visi
suntingUntuk menjadi peneraju utama Technical & Vocational Education and Training (TVET) di Asia Pasifik pada tahun 2020.
Misi
suntingMembangunkan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun kerjasama aktif di peringkat antarabangsa.
Menjadi Pusat Kecemerlangan Technical & Vocational Education and Training (TVET) di Asia Pasifik.
Mendapat pengiktirafan antarabangsa di peringkat institusi, kakitangan dan pelajar.
Meningkatkan peluang pekerjaan graduan dengan kadar 100 peratus dalam pasaran global.
Moto
suntingPeneraju Ilmu Sejagat