Pengesanan kontak
Dalam kesihatan awam, pengesanan kontak (contact tracing) adalah kaedah mengenalpasti individu yang mungkin bersentuhan (ber-"kontak") dengan orang yang dijangkiti sesuatu penyakit serta mengumpul maklumat lanjut mengenai sesiapa yang pernah bersentuhan dengan individu ini. Orang-orang yang dikenalpasti ini akan dicari, diuji dan dirawat atau diasingkan lalu mampu mengurangkan jangkitan populasi. Penyakit yang biasanya dilakukan melalui pendekatan ini termasuk tuberkulosis, jangkitan yang dapat dicegah vaksin seperti campak, jangkitan bawaan seks (termasuk HIV), jangkitan bawaan darah, ebola, beberapa jangkitan bakteria serius, serta juga jangkitan baru (misalnya SARS-CoV, H1N1, dan COVID-19). Matlamat pengesanan kenalan adalah:
- Mengganggu penularan yang berterusan dan mengurangkan penyebaran jangkitan
- Memaklumkan orang terhubung mengenai kemungkinan jangkitan dan menawarkan perkhidmatan pencegahan atau rawatan profilaksis
- Menawarkan diagnosis, kaunseling dan rawatan kepada individu yang sudah dijangkiti
- Membantu mencegah jangkitan semula pada pesakit yang dijangkiti awalnya dan terubati
- Mengetahui epidemiologi penyakit pada populasi tertentu
Langkah utama
suntingPengesanan ini biasanya melibatkan langkah-langkah berikut:
- Seorang individu dikenalpasti menghidap penyakit berjangkit (sering disebut kes indeks). Kes ini boleh dilaporkan kepada pihak kesihatan awam atau diuruskan oleh penyedia penjagaan kesihatan utama.
- Individu berkes ini ditemuramah untuk mendapatkan maklumat mengenai pergerakan mereka, siapa mereka berhubungan dekat atau siapa pasangan seksual mereka.
- Ahli keluarga, penyedia penjagaan kesihatan dan orang lain yang mungkin berpengetahuan mengenai kontak disebut juga diwawancara, bergantung pada penyakit dan konteks jangkitan.
- Setelah kontak dikenal pasti, pekerja kesihatan awam akan berhubungan untuk menawarkan kaunseling, pemeriksaan, profilaksis, dan/atau rawatan.
- Kontak boleh diasingkan (misalnya diperlukan untuk tinggal di rumah) atau dikecualikan (yakni dilarang menghadiri lokasi keramaian tertentu, seperti sekolah) jika dianggap perlu untuk kawalan penyakit.
- Sekiranya kontak tidak dapat dikenalpasti secara perseorangan (contohnya orang awam yang hadir di lokasi yang sama), komunikasi yang lebih luas seperti nasihat media mungkin akan dilakukan.