Pendeta
Pandita ialah suatu istilah bahasa Sanskrit (पण्डित paṇḍita[1] diakar perkataan पण्ड् paṇḍ "menghimpun, mengumpul"[2]) di mana ia pada asalnya merujuk kepada sebarang "orang terpelajar, terdidik atau bijaksana" atau "terlatih; berpengalaman" berilmu khusus.[1][3] Namun, ia menjadi khusus kepada suatu ilmuwan Brahmin[4] atau agama Hinduisme umumnya[5] yang mahir dalam pembacaan kitab-kitab Veda, perkara dharma, falsafah Hinduisme ataupun juga perkara luar agama seperti muzik.[6]
Konteks moden
suntingGelaran "pandita" masih berbekas melalui penyerapan ia dalam bahasa Melayu sebagai "pendeta" (disebut [pĕn.dé.ta]; Jawi: ڤنديتا )[7][1] namun dengan seberapa konotasi berbeza:
- Masyarakat Minangkabau pernah menggunakan gelaran "pendeta" untuk merujuk kepada sebarang guru agama Islam setaraf "ustaz" seperti yang terakam dalam novel Marah Roesli, Siti Noerbaja: "tatkala dilihat oleh pendeta itu akan ... "[8]
- Masyarakat Protestan di Indonesia menggunakan gelaran ini untuk mana-mana pengajar umum dalam jemaah gereja yang berkewajiban menentukan suasana dalam jemaat sehingga jemaat dapat lebih giat belajar-mengajar. Selain itu, "pendeta" juga merupakan seorang pengajar khusus yang melibatkan diri secara langsung dalam sebeapa situasi tertentu seperti kelas katekesasi, pendidikan teologi dan perkhutbahan.[9]
- Sebagai kurniaan kepada tokoh-tokoh yang dianggap berkecemerlangan tinggi - misalnya Zainal Abidin bin Ahmad semasa Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga pada 1956 atas sumbangannya kepada perkembangan bahasa Melayu.[10][11]
Perkataan pandita turut terserap menjadi perkataan "pandai" melalui bahasa Jawa kuno bermaksud "tukang" (yakni dalam "pandai besi", "pandai emas") dan selanjutnya "cerdik, pintar, bijak".[7][12]
Rujukan
sunting- ^ a b c Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 580. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 139–140.
- ^ Monier Monier-Williams (1872). A Sanskrit-English Dictionary. Oxford University Press. m/s. 526–527.
- ^ Monier Monier-Williams (1872). A Sanskrit-English Dictionary. Oxford University Press. m/s. 527.
- ^ Lise McKean (1996). Divine Enterprise: Gurus and the Hindu Nationalist Movemen. University of Chicago Press. m/s. 13–14. ISBN 978-0-226-56009-0.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaEB1911
- ^ Axel Michaels; Barbara Harshav (2004). Hinduism: Past and Present. Princeton University Press. m/s. 190. ISBN 978-0-691-08952-2.
- ^ a b Acri, Andrea; Blench, Roger; Landmann, Alexandra (2017). Spirits and Ships: Cultural Transfers in Early Monsoon Asia (dalam bahasa Inggeris). ISEAS-Yusof Ishak Institute. m/s. 408–409. ISBN 978-981-4762-75-5.
- ^ Pendeta Boksu Domine
- ^ S. Wismoady Wahono, P.D. Latuihamalo, F. Ukur. 1984. Tabah Melangkah STT ke 50. Jakarta: STT Jakarta. Hlm.148-149.
- ^ Borhan Hadi (2017). "Menyingkap sisi rebel Zaaba". Mukasurat. Perbadanan Kota Buku. Dicapai pada 26 Mei 2020.
- ^ Wan Mohd Mahyiddin (14 Mei 2017). "Zaaba pencetus kebangkitan Melayu". Berita Harian. Dicapai pada 26 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "pandai". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.