[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional

(Dilencongkan daripada Parti Nazi)

Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Bahasa Jerman: Mengenai audio iniNationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei ) atau Parti Nazi merupakan sebuah parti politik di Jerman antara tahun 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau "Deutsche Arbeiterpartei" (DAP), yang wujud dari tahun 1919 hingga 1920. Istilah Nazi ialah bahasa Jerman, singkatan dari perkataan Nationalsozialist. Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman "Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi.

Parti Pekerja Jerman Sosialis Nasional
PemimpinAnton Drexler (1920–1921)
Adolf Hitler (1921–1945)
Martin Bormann (1945)
PengasasAnton Drexler
Ditubuhkan1920 (1920)
Dibubarkan1945 (1945)
Didahului olehParti Pekerja Jerman (DAP)
Digantikan olehTiada (diharamkan)
Ideologi diteruskan oleh neo-Nazisme
Ibu pejabatMunich, Jerman
AkhbarVölkischer Beobachter
Sayap pelajarKumpulan Pelajar Sosialis Nasional Jerman (NSDStB)
Sayap beliaBelia Hitler (HJ)
Sayap Separa TenteraSturmabteilung (SA)
Schutzstaffel (SS)
Kor Motor Sosialis Nasional(NSKK)
Pertubuhan sukanNationalsozialistischer Reichsbund für Leibesübungen (NSRL)
Pertubuhan wanitaKumpulan Wanita Sosialis Nasional (NSF)
Keanggotaan
  • Kurang daripada 60 (1920)
  • 8.5 juta (1945)
IdeologiSosialisme Nasional (Nazisme)
Fasisme
Nasionalisme Jerman
Antisemitisme
Nasionalisme kulit putih
Kedudukan politikKanan Jauh[1][2]
WarnaHitam, putih, merah (Bendera empayar Jerman); coklat
Slogan"Ein Volk, ein Reich, ein Führer" (Satu Rakyat, satu Empayar, satu Ketua)
Bendera parti
Politik Jerman
Parti politik
Pilihan raya
Adolf Hitler, dikelilingi oleh pengawal peribadinya (kiri ke kanan): Julius Schaub, Julius Schreck, Hans Georg Maurer, Edmund Schneider.

Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang berlatarbelakangkan warna merah.

Sejarah

sunting

Adolf Hitler telah menjadi Pengerusi Parti Nazi pada 29 Julai 1921 dan terus memulakan program untuk menjadikan parti ini sebagai sebuah organisasi pemberontak yang radikal. Pada tahun yang sama, beliau telah menubuhkan "Pasukan Gempur" (atau dalam Jerman Sturmabteilung). Pasukan ini pada mulanya merupakan pasukan penjaga peribadi bagi Hitler, tetapi kemudiannya diperalatkan untuk mengembangkan pengaruh parti Nazi melalui intimidasi, ketakutan dan serangan ganas terhadap parti politik yang lain.

 
Mesyuarat ahli NSDAP di Munich. Di tengah-tengah duduk Hitler.

Pada awal penubuhannya, gerakan parti ini terbatas di Munich iaitu ibu negeri Bavaria. Pada 1923, parti ini diharamkan setelah ahlinya gagal dalam percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Bavaria di dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai "Bierkeller-Putsch". Pemberontakan selama dua hari ini telah ditumpaskan oleh pihak berkuasa Munich dan beberapa ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para penasihatnya telah disabitkan dengan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat. Parti Nazi kemudiannya berkubur selama dua tahun iaitu antara 1923 hingga 1925. Hitler telah dipenjarakan di penjara Landsberg di mana dia menggunakan masanya untuk menulis bukunya yang bertajuk Mein Kampf (yang bermaksud perjuanganku), yang menceritakan bagaimana beliau akan kembali semula ke arena politik selepas beliau dibebaskan dari penjara.

Kebangkitan Parti Nazi

sunting

Hitler dilepaskan daripada penjara selepas 8 bulan dalam tahanan. Pada waktu ini beliau berikrar untuk mendapat kuasa melalui cara yang demokratik dan bukannya dengan keganasan. Beliau mula sedar bahawa tiada jalan pintas dalam mencapai kejayaan.

Lihat juga

sunting
  1. ^ Davidson, Eugene. The Making of Adolf Hitler: The Birth and Rise of Nazism. University of Missouri Press. m/s. 241.
  2. ^ Orlow, Dietrich. The Nazi Party 1919-1945: A Complete History. Enigma Books. m/s. 29.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting