[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Pandanus

genus tumbuhan
(Dilencongkan daripada Pandan)

Pandanus ialah genus tumbuhan monokotil dengan sekitar 578 spesies diterima.[1] Spesies tumbuhan dalam genus ini hidup bertaburan di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Afrika timur, Asia Tenggara serta Australia sampai ke kepulauan Pasifik, terutamanya Madagascar dan Malesia.[2] Ia turut disebutkan sebagai pandan[3] atau mengkuang. Ia dikelaskan dalam order Pandanales, keluarga Pandanaceae.[4][5]

Pandanus
Julat zaman: Oligosen-Kini 30–0 Ma
Buah Pandanus utilis
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Pandanales
Keluarga: Pandanaceae
Genus: Pandanus
Parkinson[1]
Spesies

Lihat Senarai spesies Pandanus

Sinonim[1]
20 sinonim
  • Athrodactylis J.R.Forst. & G.Forst.
  • Barrotia Gaudich.
  • Bryantia Webb ex Gaudich.
  • Doornia de Vriese
  • Dorystigma Gaudich.
  • Eydouxia Gaudich.
  • Foullioya Gaudich.
  • Hasskarlia Walp.
  • Heterostigma Gaudich.
  • Hombronia Gaudich.
  • Jeanneretia Gaudich.
  • Keura Forssk.
  • Marquartia Hassk.
  • Pandanus Rumph. ex L.f.
  • Roussinia Gaudich.
  • Rykia de Vriese
  • Souleyetia Gaudich.
  • Sussea Gaudich.
  • Tuckeya Gaudich.
  • Vinsonia Gaudich.

Nama genus ini sendirinya menyerap perkataan bahasa Melayu "pandan" merujuk umum kepada jenis pandan wangi (Pandanus amaryllifolius); spesies yang paling dikenali dari genus ini.[6]

Penerangan

sunting
 
Buah Pandanus repens

Spesies-spesies dalam genus ini mempunyai ciri sepunya yang sama iaitu batang langsing seiras palma, daun memanjang seakan-akan pedang atau rumput serta akar tunjang yang besar. Daunnya kerap tersusun melingkari batang seakan-akan lilitan membuatkannya disebut screw pine dalam bahasa Inggeris. Ada pula spesies tumbuhan Pandanus ini tumbuh merimbun sehingga menjadi teduhan, contohnya Pandanus furcatus.[5]

Bunganya ringkas, tanpa ranggi (petal), sering berkelompok padat dan hanya terdiri daripada satu jantina bagi pokok berbeza. Buah tersusun menjambak atau menandan bulat seiras buah durian atau nanas; terbentuk daripada perkembangan ovari beberapa bunga yang berdampingan. Ruang udara di tengah buah membolehkannya terapung untuk dipencarkan oleh air walaupun burung dan kelawar juga penting dalam proses ini.[7]

 
Bakul anyaman daun pandan dari Filipina

Terdapat banyak genus Pandanus terpakai selaku bahan makanan, contohnya daun pandan wangi dan buah pandan laut. Daun pandan dan mengkuang juga sering dianyam untuk dibuat tikar dan rumah oleh penduduk tempatan.

Spesies

sunting

Spesies terpilih:

Lihat jugajuga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama POWO
  2. ^ Warren L. Wagner, Derral R. Herbst, and S. H. Sohmer. Manual of the Flowering Plants of Hawaiʻi. 2 Vols. University of Hawaii Press. 1990. ISBN 0-8248-1152-6.
  3. ^ "pandan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ David C. Hyndman (1984). "Ethnobotany of Wopkaimin Pandanus significant Papua New Guinea plant resource". Economic Botany. 38 (3): 287–303. doi:10.1007/BF02859007. S2CID 32883085.
  5. ^ a b Harold St. John (1968). "Revision of the genus Pandanus Stickman, part 29. New Papuan species in the section Microstigma collected by C. E. Carr" (PDF). Pacific Science. 22 (4): 514–519. hdl:10125/12577. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "hawaii1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ Christenhusz, Maarten J. M.; Fay, Michael F.; Chase, Mark W. (2017). Plants of the World: An Illustrated Encyclopedia of Vascular Plants (dalam bahasa Inggeris). University of Chicago Press. m/s. 140. ISBN 978-0-226-52292-0.
  7. ^ Pandanus | Description, Plant, Uses, Fruit, & Facts | Britannica