Namron
Shahili Abdan atau lebih dikenali sebagai Namron (lahir 21 November 1969) merupakan seorang pengarah, penulis skrip dan pelakon Malaysia yang bergiat aktif untuk teater, filem dan televisyen.
Namron | |
---|---|
Kelahiran | Shahili bin Abdan 21 November 1969 |
Nama lain | Namron, Tok Ayah |
Pusat pendidikan | Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) |
Pekerjaan | Pengarah, penulis skrip, pelakon, aktivis teater |
Tahun aktif | 1989–kini |
Pasangan | June Lojong (k. 2004) |
Anak-anak | 3 |
Beliau bersama-sama dengan isterinya, June Lojong, Syamsul Yusof, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Chew Kin Wah, Zahiril Adzim, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[1]
Menerusi filem One Two Jaga (2018) arahan beliau,[2][3] Namron meraih kemenangan besar di Festival Filem Malaysia ke-30 dan Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 apabila beliau telah memenangi trofi Pengarah Terbaik. Menurut beliau, pengiktirafan karya berkisar gejala rasuah dalam kalangan anggota polis melalui filem arahannya itu membuatkan beliau lebih berani menghasilkan karya yang ada "suara".[4][5]
Kehidupan peribadi
suntingNamron dilahiran dan dibesarkan di Kangar, Perlis. Beliau berkahwin dengan June Lojong dan dikurniakan tiga anak.[6] Beliau ialah seorang yang menitik beratkan kedaulatan bahasa kebangsaan dan pernah bertutur bahasa kebangsaan ketika menghadiri forum teater di Jepun pada 2004 hingga 2008. Ketika menghadiri forum membicarakan filem arahannya One, Two, Jaga di New York Asian Film Festival (NYAFF), beliau bertutur sepenuhnya dalam bahasa Melayu.[7]
Kerjaya
suntingPenglibatan awal
suntingBeliau mula melibatkan diri di dalam pentas teater pada 1989 dengan menyertai kumpulan teater AKSI[8] di Kangar, Perlis. Semasa bersama kumpulan teater AKSI beliau terlibat dengan beberapa pementasan kecil sebagai pelakon. Hubungan beliau dengan group teater AKSI hanya selama dua tahun, perselisihan pandangan tentang pementasan teater telah mendorong beliau menubuhkan kumpulan teaternya sendiri pada tahun 1991 dengan menamakannya SEBATU. Ketika beliau bersama kumpulan teater SEBATU, dua buah teater telah dipentaskan di Kangar, Perlis iaitu Jiwa (1992) dan Sel Terakhir (1994). Semasa pementasan teater Jiwa, Nam Ron menjadi pengarah dan penulis skrip serta turut sama berlakon sementara di dalam pementasan Sel Terakhir, beliau hanya mengarah dan menulis skripnya.
Zaman pengajian
suntingPada tahun 1994, beliau sekali lagi terpaksa meninggalkan SEBATU kumpulan yang beliau asaskan sendiri kerana melanjutkan pengajian di dalam teater di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang sekarang ini lebih dikenali sebagai ASWARA. Beliau sudahpun berusia 25 tahun ketika menjejak kaki ke ASK.[9] Ketika di ASK beliau rapat dengan pensyarahnya yang juga merupakan Ketua Jabatan Teater di ASK iaitu Datuk Krishen Jit (克里申吉). Datuk Krishen Jit yang juga merupakan seorang pengarah teater bahasa inggeris dan salah seorang pengasas Five Arts Center secara tidak langsung menjadi mentor kepada Namron. Sepanjang tempoh pengajian di ASK, beliau menumpukan kepada kerja-kerja pengarahan, di antara teater-teater yang ditulis dan diarahkan olehnya adalah Main-Main Bersama Teater (1994), Kerana Anna (1995) dan Percakapan Seorang Aku (1995). Ketiga-tiga pementasan itu diadakan di kawasan kampus ASK dan penontonnya terdiri dari penuntut dan kakitangan ASK serta penonton dari luar yang terdiri dari pengemar teater. Kejayaan ketiga-tiga pementasan tersebut membuatkan beliau terus menghasilkan siri pementasannya. Pada tahun 1996 secara tidak rasmi Nam Ron telah menubuhkan kumpulan teaternya yang diberi nama Alternative Stage. Melalui Alternative Stage, beliau telah mementaskan sebuah skrip karya Dinsman (丁斯曼) berjudul Di Pulau Sa dan Di, di ASK. Pementasan teater tersebut kemudiannya dijadikan teater keliling apabila dipentaskan di Kuching, Sri Aman, Sarikei dan Mukah di Sarawak. Dan, penamatnya diadakan di British Council, Kuala Lumpur. Pada tahun 1997, beliau telah digantung dari pengajiannya kerana tidak menyiapkan kerja krusus dan kembali semula ke ASK pada tahun berikutnya. Pada tahun 1998, melalui Alternative Stage beliau mementaskan sebuah lagi karya Dinsman iaitu Bukan Bunuh Diri dan pada tahun 1999 beliau mementaskan Look Back in Anger karya[10] John Osborne sebagai projek akhir akademiknya di ASK.
Penggiat teater
suntingTamat pengajian Namron bersama rakannya Toemoe telah mendaftarkan Alternative Stage sebagai sebuah syarikat teater. Pada tahun 2000 beliau telah mengarahkan teater MISI tulisan bersama Faisal Tehrani di Mini Auditorium MTC. Kejayaan teater tersebut mendorong Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menaja persembahan tersebut untuk dibawa ke Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang. Selepas teater Misi, beliau telah mengarah dan menulis beberapa lagi teater bersama Alternative Stage antaranya adalah Proses, Gedebe (2001),[11] Lembu (2002), Jangan Bunuh Sam karya Zakaria Ariffin (2003), Matderihkolaperlih (2003), Aku Nak Jadi Bintang (2004), Laut lebih Indah dari Bulan, Projek kolaborasi Ka Si Pe Cah (2006), Alih Punggong (2007).
Matderihkolaperlih telah dipentaskan di Singapura di bawah projek beg galas, projek kolaborasi antara pengiat teater Singapura dan Malaysia. Manakala melalui projek Kolaborasi Ka Si Pe Cah, beliau yang mementaskan karya WIP telah berkolaborasi bersama pengiat teater bahasa Cina iaitu Loh Kok Man dan penggiat teater bahasa Inggeris, Jo Kukathas telah mementaskannya di Malaysia dan Tokyo, Jepun.
Sepanjang tempoh ini juga beliau telah mengikuti suatu program yang dinamakan Asian Theatre Practice 1, bermula dari tahun 2003 hingga 2005 dan Asian Theatre Practice 2 bermula 2007 hingga 2008. Kedua-dua program tersebut diadakan di Tokyo, Jepun selain di Filipina dan Indonesia.
Bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja teater dilaksanakan oleh generasi selepasnya, beliau bersama beberapa karyawan muda teater seperti Ayam Fared, Zahiril Adzim, Khairunazwan Rodzy, Khairil Ridzuan dll telah menubuhkan Rumah Anak Teater (RAT) dan Nam Ron bertindak sebagai pengarah artistik.[12]
Filemografi
suntingMenunjukkan filem dan drama yang belum dikeluarkan |
Filem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2003 | Paloh | Ahmad | Filem pertama |
Gedebe | — | Juga sebagai pengarah dan penulis | |
The Big Durian | Dirinya sendiri | ||
2005 | Tokyo Magic Hour | Pencerita | |
2006 | Gubra | Li @ Pak Bilal | |
2008 | Histeria | Detektif Polis | |
2009 | Gadoh | Azman | Sebagai pengarah dan lakon layar |
2010 | Berkelana: Year Without a Summer | Azam | |
Aku Tak Bodoh | Jaafar | ||
2011 | Jalan Pintas | — | Sebagai pengarah |
Misteri Jalan Lama | Botak | ||
2012 | Bunohan | Pok Wah | |
Chow Kit | Osman | ||
29 Februari | Encik Salam | ||
2013 | Langgar | Radzi | |
PSIKO : Pencuri Hati | — | Sebagai pengarah | |
Ular | Aziz | ||
Kolumpo | Lelaki Flat | Penampilan khas | |
2014 | Pintu Neraka | Inspektor Forensik | |
Terbaik dari Langit | Cikgu Deris | ||
2015 | Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium | Maharaja Lela | |
2016 | Redha | Razlan | |
Babi Berbau Melon Di Musim Sejuk | Filem pendek | ||
2017 | Mencari Rahmat | Razak | Filem bebas |
Balun | Tok Penghulu | ||
Dari Hati | Filem pendek | ||
2018 | Dukun | ASP Talib | |
Munafik 2 | Rahman | Penampilan khas | |
One, Two, Jaga | Dato' | Sebagai pengarah dan penulis | |
PASKAL | Leftenan Komander Maznan | Pelakon undangan | |
Orang Itu | Penjaga Gelandangan | ||
Lelaki Yang Dirindui | Bapak | Filem pendek | |
2019 | Misteri Dilaila | Imam Aziz | |
Till Death: Azalea's Wrath | Shahidan | ||
Warkah | Kamil | ||
Dendam Pontianak | Su'ut Din | Filem Singapura | |
Suatu Ketika | Pak Sa'ad | ||
Geran | Pak Nayan | ||
Wira | Leftenan Komander Maznan | Penampilan kameo | |
2020 | Roh | Pemburu | |
Pasal Kau! | Maznan | ||
Saka Nan Sepi | Othman | ||
2021 | 18 Puasa Di Kampong Pisang | Tyson | |
Prebet Sapu | Penumpang Buta | ||
Tarantula X | Adam Mahfuz | ||
2022 | Spilt Gravy on Rice | Nordin | Pelakon undangan |
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | Haji Sulong Semantan | ||
2023 | Pulau | Azhan | |
Eraser | Ahmad | ||
Walid | Pak Ku | ||
La Luna | Ayob | ||
MagiK | Dato' Mainan | ||
2024 | Pendekar Awang: Darah Indera Gajah | Haji Sulong Semantan | |
Harimau Malaya: The Untold Journey | Aldi | ||
2025 | Padang Kertas | Pos-produksi | |
TBA | Luka | Salleh | Pos-produksi |
Safari Mall | Pos-produksi | ||
Abang | Pak Nayan | Pos-produksi |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Sadiq & Co | Lelaki misteri di koridor Mahkamah | ntv7 | Drama pertama |
2008 | Lima | Yazid | Astro Ria | |
5 Jingga | Encik Jaafar | 8TV | ||
2009 | Warkah Terakhir: Rosli Dhoby | Awang Ramli Mat Deli | Astro Citra | |
2012–2013 | Dendam Sarakit | Pak Bado | TV3 | |
2013 | Karlos | Rashid | ||
2014 | Seludup | Tam | Astro Prima | |
2019–2020 | Kampung People | Tuan Suhaimi | TV3 | |
2020 | Kampung People 2 | |||
2022 | Histeria The Series | Inspektor Ismail | Astro Citra | |
2022–2023 | Kudeta | Hamid Nik Mohammad | Astro Ria | |
2023 | Nak Dengar Cerita Hantu? | Pak Harun | DEGUP | |
2024 | Framed | Aziz | Astro Premier |
Drama web
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019–2021 | Keluarga Baha Don | Awang Kebas | Viu | Drama pertama |
Black | Kapten Amirul | |||
2020 | KL Gangster: Underworld 2 | Mat Nor | WeTV | |
2023 | Special Force: Anarchy | Tuan Amir | Disney+ Hotstar | |
Alter-Naratif | Jaafar | Viu | ||
Entitled | Hamzah | Prime Video |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Bernafas dalam Lumpur | Din | ntv7 | Telefilem pertama |
Kurus | Budi | |||
2011 | Sanggul Beracun | Astro Citra | ||
Parit Jawa | Husaini | Astro Box Office | ||
Balasan Mak Tiri | Roslan | Astro Prima | ||
2012 | Lembut Bukan Lelaki | Bapa | Astro Ria | |
2013 | Tetamu Maria | Azlan | TV9 | |
2014 | Kerana Lemang | TV2 | ||
Yassin Buat Bidadari | Kadir | |||
2016 | Rantai | Sudin | ||
Transmisi Kampung | Pak Din (Tok Dalang) | |||
Sirat Al-Mustaqeem | Ustaz Muhammad | Astro Oasis | ||
2017 | Janji | Amran | TV2 | |
Che Pa | Che Pa @ Jaafar Kasim | Astro First Eksklusif | ||
Jongkong | Astro Citra | |||
2018 | Hamba Iblis | Halim | ||
The Hantus | Bomoh | Astro First Eksklusif | ||
2020 | Poster Wayang Terakhir | Ibrahim / Ayen | TV1 | |
2021 | Hierarki | Pak Yus | Astro Ria | |
2022 | Yang Soleh | TV2 | ||
2023 | Pukul Mersing | Tok Ayah | Tonton |
Teater
suntingTahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2011 | Malam | |
2012 | A Year Sithout Summer |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2004 | Festival Filem Malaysia ke-17 | Pelakon Lelaki Terbaik | Paloh | Tercalon |
2011 | Anugerah Skrin 2011 | Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) | Sanggul Beracun | Tercalon |
2012 | Anugerah Skrin 2012 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Parit Jawa | Menang |
2014 | Anugerah Skrin 2014 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Balqis | Menang |
2017 | Festival Filem Malaysia ke-29 | Pelakon Lelaki Terbaik | Redha | Menang |
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem | Dukun | Menang |
2019 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Pengarah Terbaik | One Two Jaga | Menang |
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 | Pengarah Terbaik | One Two Jaga | Menang |
Bibliografi
sunting- Namron (2009) Laut Lebih Indah Dari Bulan: Antologi Skrip Teater Namron, Kuala Lumpur, Oxygen Media.
Rujukan
sunting- ^ Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.
- ^ Shazryn Mohd Faizal (13 September 2018). "'One Two Jaga' sebuah karya mahal Nam Ron dan rakan-rakan". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-18. Dicapai pada 18 September 2018.
- ^ Zim Ahmadi (6 Mac 2018). "One, Two, Jaga: Nam Ron's gritty film about foreign labourers is coming out this year!". The Daily Seni. Dicapai pada 15 Ogos 2018.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (4 April 2019). Berani hasilkan karya ada 'suara' Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2019.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (28 April 2019).Nam Ron pengarah terbaik ASEAN Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2019.
- ^ Syarrizuan Abdul Rashid (24 September 2017). Sedar wajah tak 'jambu' Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2017.
- ^ Norhayati Nordin (10 Ogos 2018). Biar mereka tahu bahasa kita - Nam Ron Harian Metro. Dicapai pada 22 November 2018.
- ^ Nam Ron minyak hitam, jadi bintang Diarkibkan 2017-04-25 di Wayback Machine Utusan Malaysia (17 Ogos 2014). Dicapai pada 22 November 2014.
- ^ Daripada indie ke arus perdana Diarkibkan 2018-02-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (19 Februari 2014). Dicapai pada 22 November 2014.
- ^ Ijat generasi teater masa depan Diarkibkan 2018-02-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (12 Januari 2002). Dicapai pada 22 November 2011.
- ^ Gedebe...pemikiran generasi muda Diarkibkan 2018-02-26 di Wayback Machine Utusan Malaysia (30 April 2001). Dicapai pada 22 November 2010.
- ^ Najiy Jefri (25 September 2017). Tahun gemilang Namron Harian Metro. Dicapai pada 1 Oktober 2017.