[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Miri FM

ialah sebuah stesen radio tempatan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia

Miri FM (dulu Radio Malaysia Miri) ialah sebuah stesen radio tempatan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia.

Miri FM
BandarMiri
Kawasan penyiaranMiri
SloganMesra Bermaklumat
Frekuensi95.7 FM
BahasaMelayu
Iban
Kenyah
Kayan
Pemilik
Saluran kembarPerlis FM
Kedah FM
Langkawi FM
Mutiara FM
Perak FM
Kelantan FM
Terengganu FM
Pahang FM
Selangor FM
KL FM
Negeri FM
Melaka FM
Johor FM
Sarawak FM
Red FM
Wai FM
Labuan FM
Sabah FM
Sabah V FM
Sandakan FM
Siaran webrtmklik.rtm.gov.my/channel/radio/MiriFM
Tapak webmirifm.rtm.gov.my

Sejarah

sunting
  • RTM Miri yang dibina dengan harga berjumlah RM 2.8 Juta telah dirasmikan pembukaannya oleh Y.A.B. Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 2 September 1975.
  • Kedudukan RTM Miri yang terletak di atas bukit dan menghala ke Laut Cina Selatan menghasilkan suatu pemandangan yang cukup indah dan mempersonakan. Pemandangan yang cukup indah ini diserikan lagi dengan siapnya Marina Bay kelak yang menjadi lambang Bandaraya Miri, Bandaraya Peranginan.
  • RTM Miri mula dibina pada awal tahun 1972 dan telah siap pembinaannya dua tahun kemudian. Kerja-kerja pemasangan alat-alat siaran dan teknikal walaupun rumit, telah dapat dilaksanakan mengikut jadual, berkat pengalaman dan kesungguhan yang dimilikki oleh pegawai-pegawai RTM Sarawak.
  • RTM Miri adalah stesen kawasan ketiga selepas Stesen RTM Limbang (1971) dan Stesen RTM Sibu (1974). Stesen ini mempunyai dua bangunan berasingan – Bangunan Penyiaran dan Bangunan Stesen Pemancar. Bangunan Penyiaran menempatkan ruang-ruang pejabat untuk pegawai-pegawai dan kakitangan pentadbiran / akaun, rancangan / pemberita dan kejuruteraan. Ia juga dilengkapi dengan empat buah studio, sebuah Bilik Kawalan Pusat, sebuah Bilik Perpustakaan/Rakamkhanah dan sebuah Auditorium yang boleh memuatkan seratus orang penonton. Juga terdapat sebuah kabin dan menara aerial Alat Pemancar TV dan FM serta kemudahan lain.
  • Memandangkan pemancaran siaran melalui Gelombang Sederhana (MW) tidak digunakan lagi maka Bangunan Stesen Pemancar RTM Miri digunakan untuk menempatkan peralatan – peralatan lama.
  • RTM Miri mempunyai bilangan kakitangan lebih 70 orang.
  • RTM Miri menyiarkan siaran tempatannya 9 jam sehari iaitu dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dalam empat perkhidmatan bahasa iaitu Bahasa Melayu (9 pagi hingga 12 tengahari setiap hari), Bahasa Mandarin menerusi segmen Tea Break bersama Red FM, Bahasa Iban (12 tengahari - 3 petang hari Khamis, Sabtu dan Ahad), Bahasa Kayan (3 petang hingga 5 petang di Miri sahaja, 12 tengahari hingga 6 petang di WaiFm Bidayuh/Kayan) dan Bahasa Kenyah (3 petang hingga 6 petang menerusi media sosial YouTube dan Facebook, 5 petang hingga 6 petang di Miri sahaja dan menerusi gelombang pendek) menerusi saluran Miri FM.


Pautan luar

sunting