[go: up one dir, main page]
More Web Proxy on the site http://driver.im/

Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam (Jawi: محمد شامر شوقاين صيفول ايزام; lahir 4 Jun 2001) atau lebih dikenali sebagai Meerqeen merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi lelaki Malaysia yang berasal dari Ampang, Selangor. Kerjayanya bermula apabila beliau dipilih sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2019/2020.[1][2][3] Meerqeen mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila beliau membawa watak Haqeem menerusi drama Angkara Cinta.[4][5]

Meerqeen
Kelahiran
Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam

(2001-06-04) 4 Jun 2001 (umur 23)
PendidikanDiploma Jurusan Insurans
Pusat pendidikanKolej Vokasional Gombak
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2020–kini
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)
KeluargaSafura Yaacob (ibu saudara)

Kerjaya

Meerqeen terpilih sebagai salah seorang daripada 15 peserta Hero Remaja 2019/2020 yang turut disertai oleh Nadhir Nasar dan berjaya memenangi tempat ketiga.[2][6][7] Penyertaannya dalam Hero Remaja pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarganya. Selepas tamat pertandingan itu, beliau menerima banyak tawaran pekerjaan termasuk bidang lakonan. Sebelum menyertai Hero Remaja, Meerqeen pernah menghadiri sesi ujibakat semasa menduduki Tingkatan 3, namun hanya menerima satu tawaran sahaja, iaitu membintangi sebuah iklan pada tahun 2017.[8][9]

Kerjaya lakonan Meerqeen bermula apabila beliau dipilih membintangi filem pertamanya, Kelaster arahan Razif Rashid yang ditayangkan di Astro First dengan memegang watak sebagai Usop. Meerqeen mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan menerusi drama sulung lakonannya, Angkara Cinta lakonan bersama Wanna Ali dan Hun Haqeem yang mana beliau memegang watak sebagai Haqeem.[10][11] Diadaptasi daripada drama Filipina, Tayong Dalawa terbitan ABS-CBN, Angkara Cinta mencapai kejayaan komersial sewaktu ditayangkan selama 115 episod sekaligus memperkenalkan nama Meerqeen kepada perhatian media dan peminat. Beliau kemudiannya berlakon di samping Janna Nick dan Dini Schatzmann menerusi drama adaptasi novel karya Suri Ryana, Marry Me Senorita dengan memegang watak sebagai Ammar. Ia turut dibintangi oleh juara Dewi Remaja 2019/2020, Shaza Bae.[2]

Beliau turut berkecimpung dalam bidang muzik dengan melancarkan single solo pertamanya, "Menunggu" yang dikeluarkan pada Oktober 2021.[12][13] Beliau paling dikenali menerusi gandingannya bersama Anna Jobling dalam Melur Untuk Firdaus yang disiarkan di TV3 sebanyak 2 musim.[14]

Inspirasi

Salah satu inspirasi beliau dalam bidang seni ialah ibu saudaranya, penyanyi terkenal Safura Ya'cob. Meerqeen mengakui banyak belajar daripada pengalaman dan meminta pandangan, selain berpegang kepada pesanan Safura untuk terus berusaha dan tidak meletakkan harapan tinggi dalam dunia hiburan.[15]

Dalam temu ramahnya bersama Berita Harian, Meerqeen mengatakan: "Saya mahu jadi seperti Hun Haqeem yang disebut-sebut namanya sekarang" sambil menjadikan pelakon senior Bront Palarae sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[10]

Kehidupan peribadi

Meerqeen dilahirkan di Ampang, Selangor. Nama pentasnya ialah gabungan daripada nama sebenarnya, Shameer Shauqeen. Beliau ialah anak saudara kepada penyanyi era 1990-an, Safura Yaacob.[16] Meerqeen ialah pelajar jurusan insurans di Kolej Vokasional Gombak.[10]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Kelaster Usop Filem pertama
2021 Frontliner Pesakit "Kluster Kayangan"
2024 Harimau Malaya: The Untold Journey Rashdan
Klepet Wadi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020–2021 Angkara Cinta Haqeem Astro Prima Drama pertama
2021 Marry Me Senorita Ammar Astro Ria
Bila Syaitan Berbisik Wan Episod: “Penunggang Agama”
Malaysian Ghost Stories Akram Episod: “Rumah Sewa RM100”
2022 Melur Untuk Firdaus Firdaus Iskandar TV3
Ash & Aish Ash (Ashrafi) Astro Ria
2023 Melur Untuk Firdaus 2 Firdaus Iskandar TV3
Chinta Wrong Direction Pemuda di Stesen Bas Astro Ria Episod 6; Penampilan khas
My Famous Ex-Boyfriend Rakan Jamie Episod 24; Penampilan khas
2024 Framed: Can You Change Your Fate? Edi Astro Premier
Cinta Untuk Sekali Lagi Alan (Idlan Zuhairi) Astro Ria
Uncle Bos Mama Josh (Adam Joshua)

Drama web

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2022 Modus Operandi Ben BANK BRI Drama Indonesia
Runway In Seoul Dirinya sendiri Viu Bersama Nadhir Nasar
2023 Nenek Bongkok Tiga Adi
2025 Strong Girl Adaptasi Drama Korea, Strong Girl Bong-soon

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2024 Overnight Wali Joey Astro Ria Telefilem pertama
2025 Cinta Untuk Sekali Lagi Raya Alan (Idlan Zuhairi)

Videografi

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi Catatan
2021 "Menunggu" Meerqeen
2023 "Tak Berharap Lagi" Raisa
2024 "My Home Is In Your Arms" Daiyan Trisha

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Hero Remaja 2019/2020 Peserta Astro Ria
2021 Ceria Xtra #DudukRumah Kapten Astro Ceria
2022 Lazada: Super Party Artis jemputan TV3
Brownis Trans TV Bersama Anna Jobling
Ketawa Itu Berkah
Lapor Pak! Trans7
MeleTOP Astro Ria
Terpaling Juara TV3
2023 Anugerah Ikon Sukan Harian Metro Penyampai anugerah TV9 Bersama Datuk Leong Mun Yee
Gempak Most Wanted Awards 2022 Penyampai anugerah Astro Ria Bersama Hun Haqeem
Anugerah Drama Sangat 2023 Penyampai anugerah TV3 Bersama Anna Jobling
Nona Artis jemputan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyampai anugerah Bersama Sherry Alhadad & Siti Hariesa
2024 Gempak Most Wanted Awards 2023 Penyampai anugerah Astro Ria Bersama Zul Ariffin & Elizabeth Tan
Bombastika Raya Artis jemputan
MeleTOP Artis jemputan Bersama Mimi Lana (Ep.26), Erysha Emyra (Ep.29), Ezzanie Jasny & Yusuf Bahrin (Ep.45)
Malaysia4Palestine Artis jemputan Saluran Khas Astro 111 Bersama Nadhir Nasar & Erysha Emyra
The Hardest Singing Show Artis jemputan Astro Ria Bersama Erysha Emyra
Gimme The Mic Malaysia Artis jemputan Bersama Ezzanie Jasny

Iklan

Tahun Tajuk Catatan
2023 Spritzer Sparkling, Meriah Aidilfitiri! Bersama Ayda Jebat
Spritzer Sparkling: Menyerlahkan Kulit dari Dalaman dengan Silika
2024 Raya Elrah Exclusive 2024 - Tak Pernah Suka Mak
Astro Raya 2024: Ada Apa Dengan Masa


Diskografi

Single

Tajuk Tahun Album Label
"Menunggu" 2021 Indigital Music

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2020 Hero Remaja 2019/20 Tercalon
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 Artis Baharu Lelaki Popular Tercalon
2022 Anugerah MeleTOP Era 2021 Artis Baharu Meletop Tercalon
Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Bergaya Tercalon
2023 Gempak Most Wanted Awards 2022 Video Trending Tergempak Swipe Challenge (TikTok) Menang
Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Lelaki Popular Melur Untuk Firdaus Tercalon
Pasangan Drama Terbaik Meerqeen & Anna Jobling Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 Aktor TV Popular Melur Untuk Firdaus Menang
Couple TV Popular Meerqeen & Anna Jobling Menang
Anugerah Telenovela Ke-9 Bintang Telenovela Menang
Pelakon Lelaki Popular Melur Untuk Firdaus Menang
Pasangan Serasi Popular Meerqeen & Anna Jobling Tercalon
2024 Gempak Most Wanted Awards 2023 Selebriti Digital Tergempak Tercalon
TikTok Awards Malaysia 2024 Celebrity of The Year Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 Aktor TV Popular Melur Untuk Firdaus 2 Tercalon
Artis Sensasi Popular Tercalon
Couple TV Popular Meerqeen & Anna Jobling Tercalon

Rujukan

  1. ^ Najiy Jefri (24 September 2020). "Meerqeen mahu asah bakat". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2020. Dicapai pada 2 April 2021.
  2. ^ a b c Sudirman Mohd Tahir (13 Januari 2021). "Meerqeen sudah sedia". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada 2 April 2021.
  3. ^ Khai Azfar (1 September 2020). "Semakin popular, Meerqeen nafi guna 'kabel'". Murai.my. Dicapai pada 2 April 2021.
  4. ^ Sairul Zamri Misrani (7 Februari 2021). "Meerqeen pertaruh bakat, buru julang trofi". Kosmo!. Dicapai pada 2 April 2021.
  5. ^ Nana (17 Julai 2020). "Cepat sangat dapat 'job', pemenang tempat ketiga Meerqeen guna kabel". Remaja. Dicapai pada 2 April 2021.
  6. ^ Nur Asyikin Mayudin (7 September 2020). "Pelakon baharu, Meerqeen terima kritikan demi nak timba ilmu - "Lagi suka kalau orang benci saya, maksudnya satu bonus"". mStar Online. Dicapai pada 2 April 2021.
  7. ^ Izyan Liyana (16 September 2020). "Meerqeen rela dibenci..." Sinar Harian. Dicapai pada 2 April 2021.
  8. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (8 Oktober 2020). "Tidak mahu harapkan wajah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 April 2021.
  9. ^ Mya Amri (23 September 2020). ""Wah dah berlakon" - Ramainya tak sabar nak tengok lakonan Meerqeen". Astro Gempak. Dicapai pada 2 April 2021.
  10. ^ a b c Fatin Farhana Ariffin (29 Ogos 2020). "Meerqeen ganti pelakon senior". Berita Harian. Dicapai pada 2 April 2021.
  11. ^ Zaidi Mohamad (30 Januari 2021). "Meerqeen simpan cerita peribadi". Berita Harian. Dicapai pada 2 April 2021.
  12. ^ Khai Azfar (5 Oktober 2021). "[ULASAN] Tak Sangka Meerqeen Boleh Menyanyi! Tampil Dengan Single 'Menunggu'". Murai.my. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  13. ^ FZ (1 Oktober 2021). "Single Pertama Meerqeen 'Menunggu' Tentang Kisah Putus Cinta Sendiri?". Remaja. Dicapai pada 17 Mei 2022.
  14. ^ Georgie Joseph (27 Mei 2022). "Berdebar respons peminat". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mac 2023.
  15. ^ Rafiq Mazlan (7 Julai 2020). ""Apa yang kita ada dan miliki sekarang ini, bersyukur sahaja" - Finalis Hero Remaja 2020, Meerqeen ingat pesan ibu saudara, penyanyi Safura Ya'cob". Media Hiburan. Dicapai pada 2 April 2021.
  16. ^ Farihad Shalla Mahmud (8 Mac 2021). "Merqeen bukan budak liar". Berita Harian. Dicapai pada 2 April 2021.

Pautan luar