Majlis Perbandaran Bentong
Majlis Perbandaran Bentong (MPB) ini telah ditubuhkan dengan kuat kuasa Warta Kerajaan bil.147/25/12/2021. kini Majlis Perbandaran Bentong (MPB), Daerah Bentong terletak di bahagian barat Negeri Pahang. Ianya merupakan pintu masuk ke Negeri-negeri Pantai Timur melalui jalan darat dan bersempadan dengan Negeri Selangor di sebelah barat dan Negeri Sembilan di bahagian selatan.
Misi dan Visi
sunting- Misi
- Memastikan tahap kesihatan setempat berkeadaan sempurna dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa.
- Menentukan perancangan pembangunan selaras dengan pelan Rancangan Struktur dan Pelan Perancangan Pembangunan Bandar Raya.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur asas yang meliput seluruh kawasan Majlis dalam jangka sehingga 2010.
- Mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi penduduk di kawasan yang berpotensi.
- Mewujudkan kawasan-kawasan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan warga Bentong.
- Memberi khidmat sokongan kepada kemajuan industri pembuatan, pelancongan, pendidikan dan lain-lain.
- Visi
- Menjadikan Bentong sebuah Bandar Raya yang maju, makmur dan sejahtera.
Objektif
sunting- Menjamin perancangan dan pembangunan fizikal, sosial dan mental warga setempat bagi menjamin kesejahteraan penduduk dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa.
- Memastikan tahap kesihatan setempat berkeadaan sempurna dan persekitaran yang bersih, indah dan selesa.
- Menentukan perancangan pembangunan selaras dengan Pelan Perancangan Struktur dan Pelan Perancangan Pembangunan Bandaraya Bentong.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur asas meliputi seluruh kawasan Majlis dalam jangka sehingga 2010.
- Mewujudkan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi penduduk di kawasan yang berpotensi.
- Mewujudkan kawasan-kawasan riadah dan rekreasi bagi memenuhi keperluan warga Bentong.
- Memberi perkhidmatan sokongan kepada kemajuan industri pembuatan, pelancongan, pendidikan dan lain-lain.
Fungsi
sunting- Merancang, membina dan menyelenggara kemudahan awam dan infrastruktur.
- Menyelaraskan kemajuan projek-projek pembangunan.
- Menyelia perkhidmatan kebersihan dan pelupusan sisa pepejal.
- Mengawasi kebersihan dan penguatkuasaan peraturan-peraturan kesihatan awam.
- Pengindahan kawasan.
- Menimbang dan meluluskan lesen-lesen perniagaan.
- Menilai harta-harta dalam kawasan pentadbiran.
- Bertindak sebagai perancang bagi menjamin pembangunan yang terancang, keindahan kawasan tadbir, kebersihan dan kesihatan yang terkawal.
Piagam pelanggan
sunting- Memberi perkhidmatan bandaraya yang cekap, cepat dan berkualiti kepada pelanggan/ warga melalui sistem pengawasan yang teratur dan berkesan dalam usaha memastikan Bandaraya Bentong sentiasa bersih, indah dan ceria.
- Responsif kepada kehendak warga dalam menyediakan kemudahan awam yang berkualiti.
- Memastikan kerja-kerja pembaikan kecil kepada infrastruktur asas dilaksanakan segera dalam jangkamasa 14 hari hingga 30 hari.
Perkhidmatan
sunting- Pejabat pos
- Perkhidmatan Swasta (Nationwide, ABX, KIB, Citylink dan GDEX)
- Pasar