Vishnu
Bisnu[1] (Jawi: بيسنو ejaan lama بسنو), Wisnu (Sanskrit: विष्णु, rumi: Viṣṇu , Jawi: ويسنو[2]; bahasa Inggeris: Vishnu) atau juga dikenali sebagai Narayana, merupakan Tuhan Tertinggi bagi Vaishnava dan satu manifestasi bagi Brahman dalam tradisi Advaita atau Smarta dalam agama Hindu.
Bisnu Wisnu | |
---|---|
Dewa Perlindungan / Tertinggi | |
Devanagari: | विष्णु |
Penggabungan: | Trimurti |
Kediaman: | Vaikuntha |
Senjata: | Sudarshana Chakra dan Kaumodaki |
Pasangan: | Lakshmi |
Wahana/Gunung: | Garuda atau Sesha |
Planet: | Vaikuntha |
Dalam Trimurti, Vishnu bersifat Sattva dan bertanggung jawab dalam pemeliharaan Alam semesta, dengan peranan lain penciptaan dan pemusnahan masing-masing di bawah Brahma dan Shiva.
Rupa Vishnu adalah bersifat Yoga. Rupa Vishnu berasaskan kepada prinsip Vedanta. Konsep Ananta atau Sesha-sayana yang menunjukkan Vishnu berbaring di atas ular besar adalah menakjubkan. Banyak kuil-kuil mempunyai rupa ini, contohnya kuil di Srirangam dan Trivandrum. Vishnu tidur di lautan susu yang mewakili tahap Turiya yang tenang, manis dan tanpa gangguan. Adisesha, ular besar yang menjadi katilnya, bermaksud kesedaran manusia. Dalam tradisi Yoga, ular ialah simbol Kundalini, Lingkaran Kuasa.
Vishnu bermaksud 'Seseorang yang meliputi segala-galanya.' Ini bermaksud Vishnu meliputi alam semesta dan Dia juga berada dalam segala-galanya. Maka, orang Hindu berkata, 'Tuhan berada di semua tempat'. Satu lagi nama Vishnu yang popular ialah Narayana yang bermaksud:
- Seseorang yang menjadikan lautan sebagai kediamannya;
- Tempat kediaman manusia
- Seseorang yang menduduki semua hati manusia
- Matlamat akhir manusia
Antara mantera Vishnu yang popular ialah:
- Om Namo Bhagavate Vasudevaya
- Om Namo Narayanaya
Simbologi Vishnu
suntingSelepas kehancuran alam semesta dalam suatu kitaran lama dan sebelum kitaran ciptaan seterusnya bermula, Narayana, Tuhan yang Agung, tidur di atas katilnya, seekor ular besar bernama Sesa (juga dikenali sebagai Ananta), yang terapung di atas permukaan lautan Ksirasamudra ('Lautan Susu'). Salah satu kakinya berada di atas pangkuan isteri-Nya, Lakshmi yang sedang memicitnya dengan lembut. Apabila Narayana bermimpi tentang ciptaan berikutnya, sekuntum bunga teratai timbul dari pusatnya. Dewa Brahma duduk di atas teratai itu. Narayana bangun dari tidur dan mengarahkan Brahma untuk memulakan kerja ciptaan.
Ini ialah sebuah gambar yang penuh alegori. Lautan itu mencerminkan lautan penyebab yang menghasilkan kehidupan. Kshirasamudra, lautan susu mencerminkan Prakriti dalam bentuk sejatinya atau alam semulajadi yang asli, warna putih menggambarkan kesucian atau kesejatian.
Perkataan 'apas' (= air) juga bersamaan dengan amrta (=madu, bermaksud nikmat). Maka, Narayana juga dikatakan terapung di atas lautan nikmat.
Ular Sesa atau Ananta dikatakan mempunyai seribu kepala dan ia menanggung dunia-dunia di atas kepalanya. Ananta, secara literal bermaksud 'tidak berakhir' atau 'infinit', mencerminkan masa kosmik yang tidak berakhir.
Ikon-Ikon Utama
suntingSudarsana
suntingCakera Maha Vishnu dikenali sebagai Sudarsana ('sesuatu yang cantik rupanya'). Dalam jelmaan Sri Krishna, dia sering menggunakan senjata ini.
Menurut beberapa Purana mazhab Saivisme, Siva telah menghadiahkan cakera Sudarsana kepada Vishnu. Ini sebagai tanda menghargai iman Vishnu yang menyembah-Nya di Kasi.
Menurut ikonografi, Sudarsana dianggap sebagai Āyudhapurusha (penjelmaan dewa senjata itu) dan juga sebagai seorang Dewa. Sudarsana digambarkan sebagai sama seperti Vishnu tetapi dengan enam tangan. Di belakangnya terdapat suatu bentuk heksagon yang dikelilingi oleh bulatan api.
Karya-karya Popular
suntingVishnu Purana
suntingAntara lapan belas Mahapurana, Vishnu Purana merupakan buku yang paling awal (antara 100 SM hingga 400 Masihi). Vishnu Purana juga memenuhi lima ciri-ciri umum sebuah purana seperti sarga (ciptaan), pratisarga (ciptaan pertengahan) dan sebagainya.
Walaupun Vishnu Purana dikatakan mengandungi sejumlah 23,000 ayat-ayat, kini hanya tinggal 6,400 ayat-ayat bercetak sahaja. Ayat-ayat ini diatur dalam 126 bab dan disusun dalam bentuk enam amsa atau Kitab.
Berbeza daripada purana-purana lain yang secara amnya bermula dengan cerita Suta Romaharsana, purana ini diceritakan oleh Parasara (bapa Vyasa dan cucu Vasishtha) kepada pengikutnya Maitreya.
Vishnu Sahasranama (Seribu Nama-Nama Vishnu)
suntingKebanyakan nama-nama Vishnu telah dikumpul dalam Vishnu Sahasranama (Seribu nama-nama Vishnu), sebuah karya Sanskrit yang popular dalam epik Mahabharata (Anusasanaparva 149.1-142). Bhishma melafazkan nama-nama ini bagi menjawab soalan Yudhisthira di medan pertempuran Kurukshetra. Menurut pengikut-pengikut mazhab Vaishnavisme, Vishnu Sahasranama mengandungi intipati semua Veda, dan bacaan ikhlas nama-nama ini akan membawa pahala dan meningkatkan kerohanian dan Bhakti seseorang.
Vishnu Sukta
suntingKitab Veda mengandungi ayat-ayat suci yang dikenali sebagai Sukta untuk beberapa orang dewa. Vishnu Sukta merupakan satu sukta yang popular untuk Dewa Vishnu. Terdapat dua versi ini iaitu, satu dalam Rig Veda dan satu lagi dalam Taittiriya Samhita. Sukta dalam Rig Veda mengandungi 45 rks atau mantera suci. Mantera-mantera ini dinyanyikan semasa upacara Yagna (korban) atau semasa Japa (mengulangi mantera secara sistematik). Contohnya, jika mantera 'tad vipraso...' (Rigveda 1.22.21) diulangi 100 kali setiap hari, orang yang mengulanginya akan mengingati Mahavishnu pada saat kematiannya.
Rujukan
sunting- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "Bisnu". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 146 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Juga bahasa Jawa: ꦮꦶꦰ꧀ꦟꦸ , Bahasa Thai: พระวิษณุ Phrá Wítsànú
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Vishnu |
- Vishnu, a description (gurjari.net)
- Vishnu, the form of the quality of goodness (srimadbhagavatam.com)
- Who is Vishnu? Vaishnava FAQ Diarkibkan 2010-07-22 di Wayback Machine (dvaita.org)
- Thousand names of the Supreme (Vishnu Sahasranama Stotram)
- Hinduism & Vaishnavism (veda.harekrsna.cz)
- List of Vaishnava links Diarkibkan 2006-06-18 di Wayback Machine (vaishnava.com)
- Devotional hymns for Lord Vishnu (stutimandal.com)
Templat:Hindu Culture and Epics Templat:VishnuAvatars Templat:Famous Vishnu temples