Bantuan:Kategori
Kategori digunakan dalam Wikipedia untuk menghubungkan rencana-rencana di bawah satu topik dan lazimnya ditemui di bawah sekali laman. Apabila mengklik nama kategori, anda mendapat senarai laman (rencana) dan sub-kategori dalamnya.
Semua kategori ini membentuk sebuah tatatingkat, tetapi sub-kategori boleh tergolong dalam dua atau lebih kategori sekaligus. Misalnya, dipetiknya sebahagian tatatingkat kategori seperti berikut:
Hubungan antara kategori ini mungkin kelihatan agak rumit kerana sesebuah kategori boleh tergolong dalam dua atau lebih kategori lain sekaligus.
Kategori tahap tertinggi yang khusus untuk para pembaca ialah Kategori:Rencana and Kategori:Kandungan, kerana dalam kategori-kategori inilah tercapainya segala rencana di sini.