KL Zombi
KL Zombi[1] merupakan sebuah filem seram komedi pascaapokalips Malaysia 2013 arahan Woo Ming Jin terbitan Grand Brilliance. Ia diadaptasi daripada novel Zombijaya karya Adib Zaini selaku penulis skrip dan cerita asal filem; filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Siti Saleha, Usop Wilcha dan Izara Aishah.[2] Filem ini ditayangkan di pawagam pada 29 Ogos 2013.[3][4]
KL Zombi | |
---|---|
Pengarah | Woo Ming Jin |
Penulis |
|
Lakon layar | Woo Ming Jin |
Berdasarkan | Novel Zombijaya oleh Adib Zaini |
Dihasilkan oleh | Tengku Iesta Tengku Alaudin |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 92 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM2 juta |
Filem ini menceritakan awal tentang seorang pengusaha produk farmasi diantaranya parfume dan losyen serbaguna yang berdiri oleh Bro Khalid namanya "Broway", tiba-tiba ada kedatangan zombi lebih menakutkan di ruang garasi.
Sinopsis
suntingSelamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi? Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur.
Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan. 5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergembira pada malam sambutan tahun baru di lembah Klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. Virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. Lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai sejauh Sarawak. Dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis – seorang kaki teori konspirasi – mencadangkan mereka berpindah ke Putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Zizan Razak sebagai Nipis
- Siti Saleha sebagai Nora
- Zain Hamid sebagai Aliff
- Izara Aishah sebagai Ana
- Iedil Putra sebagai Kamarul
- Faezah Elai sebagai Sofea
- Azhan Rani sebagai Azman
- Afiq Izuddin sebagai Hafiq
- Nur Syafiqah sebagai Lisa
Pelakon pembantu
sunting- Usop Wilcha sebagai Bro Khalid
- Ahmad Tamimi Siregar sebagai Dato’ Farouk
- Yus Jambu sebagai Boroi
- Fadzli Daniel Ali sebagai Zaini
- Miau Miau sebagai Mrs Khoo
- Jagen sebagai Devan
- Buzen Hashim sebagai Din
Penampilan khas
sunting- Fauziah Ahmad Daud sebagai Juri Persembahan 1
- Khir Rahman sebagai Juri Persembahan 2
- Jojo sebagai Juri Persembahan 3
- Risteena Munim sebagai dirinya sendiri
Penerbitan
suntingKL Zombi diarahkan oleh Woo Ming Jin dan diterbitkan oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin untuk Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures. Ia berdasarkan dari novel terbitan Buku FIXI, Zombijaya hasil nukilan Adib Zaini yang turut menulis skrip filem ini. Hampir 50% isi kandungan novel ini dimuatkan dalam KL Zombi. Suntingan untuk filem ini dilakukan oleh Kenny Kuang Eng Chua, manakala muzik disediakan oleh Sebastien Pan. Shah Rempit bertindak sebagai penyelaras aksi lagak ngeri. Filem ini turut menggunakan teknik solekan khas daripada Ella Sandera bagi menghidupkan watak zombi yang lebih realistik.[5] Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta bercakap mengenai filem ini:[6]
"Selaras dengan misi kami untuk menjadi penanda aras baru filem tempatan, KL Zombi merupakan filem pertama yang menampilkan zombi-zombi dengan solekan kesan khas yang merangkumi prostesis, lateks dan kanta lekap khas serta baju yang dilusuhkan dan diubah untuk mengikut watak zombi-zombi tersebut. Selain itu, lokasi-lokasi yang dipilih terpaksa dikucar-kacirkan dan dikotorkan untuk memberi gambaran suasana terbiar selepas serangan zombi,[6]
Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Siti Saleha, Iedil Putra, Zain Hamid, Usop Wilcha, Faezah Elai dan Izara Aishah dengan peranan lain yang turut dijayakan oleh Ahmad Tarmimi Siregar, Khir Rahman dan Ogy Ahmad Daud. Filem ini merupakan filem kedua lakonan Siti Saleha selepas filem Kerat 14 dan yang pertama bersama Grand Brilliance (GB). Saleha muncul dengan filem kedua bersama GB, Balada Pencinta yang ditayangkan pada 24 September 2013. Penggambaran filem ini telah dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dari Mac hingga April 2012[7] dan ia menelan belanjawan sebanyak RM1.3 juta.[8]
Tema
suntingMohd Al-Qayum Azizi dari mSTAR Online menulis bahawa KL Zombi ialah sebuah karya ringan tanpa plot yang berat dan ia sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Beliau turut membandingkan persamaan filem ini dengan filem Hollywood, Zombieland lakonan Emma Stone dan Abigail Breslin dan filem tempatan, Zombi Kampung Pisang arahan Mamat Khalid.[9] Thought On Films menyifatkan KL Zombi dilihat sebagai filem Zizan Razak daripada apa-apa lagi dan merasakan terdapat sebahagian apa yang perlu dibuat dalam filem ini.[Penjelasan diperlukan][10]
Keluaran dan sambutan
suntingKL Zombi ditayangkan pada 29 Ogos 2013 hingga kejayaan komersial dan kritis. Zizan Razak dan Siti Saleha menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 bagi Gandingan Serasi di Layar Lebar; Saleha menerima pencalonan Anugerah MeleTOP Era 2014 bagi Bintang Filem Meletop. Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung kasar sebanyak RM 2 juta, empat hari selepas tayangan perdana.[11][12]
Untuk mempromosikan filem ini, Grand Brilliance telah memuat naik treler 90 saat filem KL Zombi di laman YouTube rasmi mereka dan menerima maklum balas positif daripada netizen.[6][13] Filem ini juga dipertontonkan buat pertama kali di Festival Filem Antarabangsa Puchon (PiFan) di Puchon, Korea Selatan pada 17 Julai 2014.[14][15]
Pada 15 Ogos 2017, filem ini boleh didapati secara eksklusif di Netflix.[16]
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Pencalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2014 | Zizan Razak Siti Saleha |
Gandingan Serasi di Layar Lebar | Tercalon |
Tahun | Pencalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2014 | Siti Saleha | Bintang Filem MeleTOP | Tercalon |
Lihat juga
sunting- Zombitopia – Filem serupa yang dikeluarkan pada 2021 arahan Woo Ming Jin
Rujukan
sunting- ^ "Info mengenai KL Zombie". Sensasi Selebriti. 2 April 2012. Dicapai pada 28 Oktober 2013.
- ^ "KL Zombie". Cinema.com.my. 1 September 2013. Dicapai pada 28 Oktober 2013.
- ^ "Zombie Bakal Melanda Malaysia Esok!!!!". Selebriti Online. 28 Ogos 2013. Dicapai pada 28 Oktober 2013.
- ^ "What would KL look like in a zombie apocalypse?". Poskod.my. 29 Ogos 2013. Dicapai pada 29 Oktober 2013.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (23 Ogos 2013). "Kesan Khas Solekan Hidupkan Watak 'KL Zombi'". mSTAR Online. Dicapai pada 29 Oktober 2013.
- ^ a b c "(HIBURAN) KL Zombi Serang Pawagam 29 Ogos Ini". Galaksi Media. 23 Ogos 2013. Dicapai pada 29 Oktober 2013.
- ^ Budiey (16 April 2012). "Filem KL Zombie Selesai Sudah Sesi Penggambaran". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 29 Oktober 2013.
- ^ KL Zombi tidak seram Diarkibkan 2017-10-25 di Wayback Machine Kosmo! (15 September 2013). Diperoleh pada 25 Oktober 2017.
- ^ Mohd Al-Qayum Azizi (2 September 2013). "KL Zombi, filem hiburan ringan". mSTAR Online. Dicapai pada 28 Oktober 2013.
- ^ "A Zizan Razak Film – KL Zombi". Thought On Films. 6 September 2013. Dicapai pada 29 Oktober 2013.
- ^ Filem KL Zombi Kutip RM2 Juta Selepas Empat Hari Tayangan Rotikaya (2 September 2013). Diperoleh pada 25 Oktober 2017.
- ^ Noor Hafiza Che Abdullah (2 September 2013). Seminggu tayangan, KL Zombi kutip RM2 juta Sinar Harian. Diperoleh pada 29 Oktober 2013.
- ^ "The undead stalk Malaysia in Woo Ming Jin's KL Zombie". Screen Anarchy. 16 Jun 2013. Dicapai pada 29 Oktober 2013.
- ^ Feride Hikmet Atak (3 Ogos 2014). "KL Zombi gegarkan PiFan 2014". mSTAR Online. Dicapai pada 29 Oktober 2014.
- ^ "KL Zombie ke Korea". Sinar Harian. 6 Ogos 2014. Dicapai pada 29 Oktober 2014.
- ^ "Is 'KL Zombi' available to watch on Netflix in America". Netflix. 21 Ogos 2017. Dicapai pada 29 Oktober 2017.