Juwairiya Zulkifli
Puan Juwairiya binti Zulkifli (lahir 6 Julai 1985) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara[1] dan Penyelaras DUN Hulu Kelang. Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat.
Juwairiya Zulkifli | |
---|---|
Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara | |
Menyandang jawatan 9 Januari 2024 | |
Menteri | Nancy Shukri |
Pengerusi | Rohani Abdul Karim |
Penyelaras DUN Hulu Kelang | |
Menyandang jawatan Januari 2024 | |
Menteri Besar | Amirudin Shari |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Bukit Melawati | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Didahului oleh | Jakiran Jacomah |
Digantikan oleh | Noorazley Yahya |
Majoriti | 2,695 (PRU-14) |
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor | |
Dalam jawatan 10 Februari 2021 – 22 Jun 2023 | |
Didahului oleh | Borhan Aman Shah |
Digantikan oleh | Saifuddin Shafi Muhammad |
Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Ketua Wanita | Fadhlina Sidek |
Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Selangor | |
Dalam jawatan 2018–2022 | |
Didahului oleh | Manikavasagam Sundaram |
Digantikan oleh | Thiban Subbramaniam |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Hulu Kelang, Selangor, Malaysia | 6 Julai 1985
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Beliau pernah berkhidmat sebagai anggota Dewan Negeri Selangor bagi DUN Bukit Melawati. Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bermula 10 Februari 2021[2]sehingga pembubaran DUN pada Jun 2023[3], menggantikan Borhan Aman Shah yang telah dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ketika itu. Di peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat.[4]
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Kawasan | Nama | Undi | Per | Lawan | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N10 Bukit Melawati | Juwairiya Zulkifli (PKR) | 11,050 | 48.75% | Jakiran Jacomah (UMNO) | 8,355 | 36.86% | 22,666 | 2,695 | 87.086% | ||
Muhmmad Rashid Muhmmad Kassim (PAS) | 3,261 | 14.39% | ||||||||||
2023 | N18 Hulu Kelang | Juwairiya Zulkifli (PKR) | 23,980 | 48.37% | Mohamed Azmin Ali (BERSATU) | 25,597 | 51.63% | 49,577 | 1,617 | 69.14% |
Rujukan
sunting- ^ Shamsudin, Redzuan (2024-01-07). "Pemimpin Wanita KEADILAN dilantik jawatan pengurusan tinggi". Suara Keadilan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-09.
- ^ ASYRAF MUHAMMAD (9 Februari 2021). "Juwairiya dilantik sebagai setiausaha politik MB Selangor". Sinar Harian. Dicapai pada 14 April 2022.
- ^ Zain, Ruwaida Md (2023-06-19). "Sultan Selangor perkenan bubar Dun Selangor 23 Jun". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-09.
- ^ TAHIR, MOHD IZZATUL IZUAN (2023-06-10). "Wanita PKR sasar lapan kerusi PRN Selangor". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-01-09.
- ^ "Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 6 December 2020.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 6 December 2020. Percentage figures based on total turnout.