Islam di Malaysia
Malaysia ialah sebuah negara Islam berbilang-kaum yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, Dan bukanlah negara sekular kerana negara sekular mengamalkan pemisahan agama didalam pentadbiran. Walaubagaimanapun Rukun Negara dan ciri-ciri nya merupakan idea sosial liberal yang menerima budaya barat, perpaduan, konsep wassatiyah iaitu moderasi dalam islam bagi mengekang ideologi ekstremisme islam dan agama bukan islam, menuju kesamarataan dari sudut pandang pendidikan, hak memilih wakil rakyat, pelantikan bukan melayu dalam pentadbiran kerajaan dan pelaksana dasar kerajaan (sektor awam) pada masa yang sama mengekalkan identiti sistem beraja, elemen warisan budaya dan adat bumiputera. Tidak dibenarkan untuk menyebarkan agama selain Islam kepada Muslim di Malaysia serta bukan Muslim bebas mengamalkan ajaran selain Islam dan banyak agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk kesuburan Islam dimalaysia seperti , JAKIM,majlis agama di setiap negeri, tabung haji Dan lain-lain.[1][2][3]. Menurut kepada bancian tahun 2020, kira-kira 63.5 peratus daripada 32.4 juta populasi rakyat Malaysia adalah beragama Islam; 18.7 peratus agama Buddha; 9.1 peratus Kristian; 6.1 peratus Hinduisme; dan 0.9 peratus daripada agama-agama lain. Yang selebihnya 1.8 peratus adalah daripada tidak diketahui / tiada agama.
Seperti yang diperlukan oleh undang-undang Malaysia dan ditakrifkan dalam Perlembagaan Malaysia, seorang Melayu boleh menyerahkan status etniknya jika dia adalah bukan Muslim. Bagaimanapun sebaliknya adalah tidak sahnya benar; seseorang tidak sahnya menjadi Bumiputera dengan memeluk Islam. Muslim Malaysia adalah primernya Melayu walaupun terdapat kebanyakan bilangan India dan Muslim Pakistan dan bilangan yang semakin bertambah dari etnik mualaf Cina.[4][5]
Pada masa yang sama, bilangan Melayu yang semakin bertambah telah mengambil agama ini lebih serius, dengan bertambahnya populariti kewangan Islam dan bertambahnya bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung atau skaf kepala sebagai bukti.
Bentuk pegangan
suntingSunni
suntingMazhab Ahli Sunnah WalJama'ah daripada manhaj akidah Abu Hasan al-Asy'ari, menggunakan fiqh Asy-Syafi'ie dan bertasawuf dengan manhaj Imam al-Ghazali. Walaupun begitu, di sesetengah kawasan terpencil, masih ada unsur kepawangan dalam ajaran Islam mereka. Pengamalan dari mazhab-mazhab lain dalam Sunni seperti Hanafi, Hanbali, dan Maliki serta Mutasallifah diamalkan oleh sesetengah masyarakat.
Syiah
suntingAjaran Syiah tidak diiktiraf di Malaysia. Ia digazetkan sebagai menyeleweng dan penubuhan organisasi berkaitannya adalah menyalahi undang-undang[6].
Sejarah
suntingMenjadi tanggapan umum bahawa Islam wujud buat pertama kali di Malaysia pada abad ke-10 dan juga berdasarkan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu. Batu bersurat tersebut bertarikh 1303 M.
boleh dianggarkan, Sultan Muzaffar Shah I (abad ke-12) dari Kedah memeluk Islam lebih awal dan menjadi raja Melayu pertama yang diketahui memeluk agama Islam di tanah melayu .
Teori Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu
suntingTeori Kedatangan Islam dari Tanah Arab
suntingTeori ini dikemukakan oleh John Crawford, Prof. Syed Mohammed Naquib Al- Attas dan Prof.Dr. Hamka. Kita sedia maklum bahawa hubungan perdagangan antara Alam Melayu dengan Tanah Arab telahpun sedia terjalin sebelum kelahiran Islam lagi. Hubungan ini berterusan dan semakin pesat selepas kelahiran Islam kerana ditambah dengan kesedaran dawah Islamiah. Terdapat bukti penempatan orang-orang Islam di Asia Tenggara pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah sebelum tahun 1883M. Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian dan Khalifah Umar bin Abd Al-Aziz serta Khalfah Makmun(Abbasiyah) telah menghantar mubaligh dan pedagang semasa pemerintahan Kerajaan Srivijaya. Pedagang-pedagang Arab, India, Cina dan Asia Tenggara menggunakan Yaman(Hadhramaut) sebagai pelabuhan pertukaran barangan. Lebih awal lagi dipercayai bahawa, orang-orang Arab Sabaen telah datang ke Asia Tenggara dan ke negeri China sebelum tahun Masihi lagi. Beberapa tempat di Kedah, Jawa dan Srivijaya menjadi tempat persinggahan mereka.
Teori Kedatangan Islam dari India
suntingTeori kedatangan Islam ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronje iaitu seorang sejarawan Belanda. Menurut Mahayudin Haji Yahaya (2006), sejak abad ke-13 lagi, Islam telah berkembang ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu wilayah Gujerat dan Pantai Koromandel. Tanah Melayu pun adalah salah satu tempat yang telah disebarkan. Terdapat banyak aspek yang membolehkan kedatangan Islam dari India ke Tanah Melayu. Menurut Syed Idrus Syed Mohamad (1995), Islam dibawa dari India Selatan dengan alasan bahawa semua bentuk-bentuk popular Islam seperti ciri-ciri mistik, sastera roman dan sebagainya berasal dari India Selatan.Tanah Melayu mempunyai Melaka yang terletak di kedudukan yang strategi. Perkara ini telah menarik banyak pedagang untuk melakukan aktiviti perdagangan di Tanah Melayu. Secara tidak langsungnya, agama Islam dapat dikembangkan semasa aktiviti perdagangan dilakukan. Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat di negara ini. Jadi, melalui aktiviti perdagangan ini, pedagang Islam menyebarkan Islam kepada pedagang atau masyarakat di Tanah Melayu terutamanya Melaka. Hal ini demikian kerana Melaka merupakan tempat yang biasanya pedagang untuk menjalankan perdagangan
Teori Kedatangan Islam dari China
suntingTeori kedatangan islam di alam melayu dari China diketengahkan oleh Syed Muhammad Naquib Al-Attas menurut beliau Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 masihi yang pada ketika itu pemerintahan dinasti Pang pada waktu tersebut wilayah Canton telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam. Pada tahun 877 masihi telah berlakunya pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingga 200 000 pedagang- pedagang yang kebanyakannya datang dari Tanah Arab dan menyebabkan orang Arab-Islam menyelamatkan diri mereka di (kalah)Kedah serta Palembang. Menurut catatan, kedatangan pedagang-pedagang Islam dari negara China bermula pada awal tahun 977 masihi. Kedatangan Islam dari China juga terdapat dalam catatan Dinasti Sung. Dalam catatan tersebut telah menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui sepanjang pantai laut China Selatan. Selain itu, kedatangan Islam pun dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal 977 masihi. Perkara ini adalah permulaan kedatangan Islam dari China ke Tanah Melayu Dan Terdapat beberapa bukti yang Islam datang dari China seperti seni bina China dan seni bina masjid-masjid di nusantara seperti di Kelantan,Melaka dan pulau Jawa mempunyai unsur yang sama. Penggunaan warna merah dan kuning kayu kepala pintu dan tingkap masjid,jubin lantai,dinding,tangga dan kolam air di masjid serta pengaruh atap genting China.
Kebudayaan
suntingIslam mendominasi dalam kebudayaan Melayu. Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia mempunyai asal-usul daripada Bahasa Arab, bahasa utama agama Islam. Akan tetapi, terdapat juga perkataan Bahasa Malaysia yang berasal daripada Bahasa Portugis, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Islam sudah menjadi sebahagian daripada identiti Melayu sehingga adat istiadat Islam telahpun diasimilasikan dengan budaya Melayu. Di dalam konteks harian, perkataan Muslim dan Melayu sering ditukar ganti.
Hari kebesaran dan perayaan Islam
suntingTerdapat tujuh hari kebesaran atau perayaan berkaitan Islam yang sering disambut di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha merupakan perayaan yang penting bagi orang Islam di Malaysia. Selain itu, peristiwa-peristiwa seperti Israk Mikraj, kelahiran Nabi Muhammad (Maulidurrasul), penurunan al-Quran, awal tahun Hijrah dan awal Ramadan turut disambut. Sebahagian negeri mengadakan cuti pada hari-hari berkenaan.
Undang-undang dan politik
suntingPerlembagaan
suntingKedudukan Islam di Malaysia telah dijamin dalam Perlembagaan[7], antaranya seperti berikut:
Perkara | Petikan |
---|---|
Perkara 3 - Agama bagi Persekutuan | |
(1) | Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. |
(2) | Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya. |
(3) | Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu. |
(4) | Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini mengurangkan manamana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini. |
(5) | Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua agama Islam di WilayahWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam. |
Perkara 11 - Kebebasan beragama | |
(1) | Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. |
(2) | Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri. |
(3) | Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri; (b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan (c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang. |
(4) | Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan WilayahWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undangundang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. |
(5) | Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau kemoralan. |
Perkara 12 - Hak berkenaan dengan pendidikan | |
(1) | Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir—
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau (b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di manamana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan). |
(2) | Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanakkanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu. |
(3) | Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri. |
(4) | Bagi maksud Fasal (3), agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya. |
Pentadbiran
suntingSeperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, urusan hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah penguasaan Raja-raja Melayu di negeri-negeri yang mempunyai raja. Urusan hal ehwal agama Islam di negeri-negeri tidak beraja dan Wilayah Persekutuan pula di bawah penguasaan Yang di-Pertuan Agong.
Masjid sudah menjadi kelaziman di merata tempat di seluruh negara dan suara Azan dapat didengari dari kubah-kubah masjid 5 kali setiap hari. Pihak kerajaan dan institusi perbankan akan ditutup selama dua jam pada hari Jumaat bagi menghormati pekerja-pekerja yang perlu menunaikan solat secara jemaah di masjid-masjid. Di sesetengah negeri seperti Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah, mereka memilih hari Jumaat dan Sabtu dan bukan Sabtu dan Ahad sebagai hari cuti umum.
Agensi dan pertubuhan Islam di Malaysia
suntingKerajaan Malaysia membenarkan penubuhan agensi kerajaan dan pertubuhan Islam bukan kerajaan, termasuk parti politik. Agensi Islam peringkat Persekutuan berfungsi sebagai penyelaras bagi urusan-urusan berkaitan agama Islam dan menyerahkan keputusan pelaksanaan kepada negeri-negeri.
Dasar kerajaan
suntingKerajaan Malaysia telah memperkenalkan pelbagai pendekatan Islam dalam pentadbiran
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran
suntingDasar ini diperkenalkan pada tahun 1985 oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad sebagai kesinambungan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan sebelumnya. Dasar ini diperkenalkan bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain; menubuhkan sebuah 'negara bahagia'; menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan; dan menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.
Islam Hadhari
suntingPendekatan Islam Hadhari telah diperkenalkan pada 2004 oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi sebagai kesinambungan pendekatan yang dibawa oleh Tun Mahathir dalam menerapkan agenda Islam dalam Kerajaan. Pendekatan ini bertujuan untuk melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
Konsep & Dasar Wasatiyyah
suntingKonsep Wasatiyyah telah diperkenalkan pada 2010 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai pendokong kepada Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau. Ia bertujuan bagi membentuk ummah yang berpaksikan kekuatan iman tanpa mengabaikan prinsip toleransi dan keadilan sosial rakyat berbilang bangsa serta agama di Malaysia bagi memastikan sokongan padu rakyat terhadap agenda transformasi sosioekonomi yang sedang dilaksanakan terus mendapat dokongan masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti[8].
Negara Rahmah & Islam Rahmatan Lil Alamin
suntingKonsep Negara Rahmah dan Pendekatan Islam Rahmatan Lil 'Alamin diperkenalkan pada 2019 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal ehwal agama, Dr Mujahid Yusof. Negara Rahmah diperkenalkan dengan memperjuangkan enam nilai iaitu ramah, aman damai, hormat menghormati, mesra, alami, dan harmoni kepada masyarakat. Konsep Rahmah akan diterapkan dalam pelbagai bidang ilmu antaranya berkaitan tadbir urus, sosioekonomi, pengurusan masjid, kemasyarakatan, pengurusan orang kurang upaya (OKU) dan alam sekitar.
Taburan penganut Islam
suntingMengikut Etnik
suntingLaporan Bancian Penduduk dan Perumahan 2010 memberikan maklumat statistik berikut:[9]
Bumiputera | Cina | India | Etnik lain | Bukan warganegara |
---|---|---|---|---|
18,269,184 (89.60%) | 65,280 (0.32%) | 130,560 (0.64%) | 195,840 (0.96%) | 1,728,768 (8.48%) |
% Jumlah Bumiputera | % Jumlah Cina | % Jumlah India | % Jumlah etnik lain | % Jumlah bukan warganegara |
88.96% | 1.28% | 3.84% | 54.40% | 69.76% |
Mengikut negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia
suntingBerdasarkan laporan bancian tahun 2018
Negeri di Malaysia |
Penduduk beragama Islam (Pada tahun 2016) |
% Penduduk Islam |
---|---|---|
Johor | 2,123,328 | 60.8 % |
Kedah | 1,705,280 | 80.0 % |
Kelantan | 1,753,984 | 96.0 % |
Melaka | 545,728 | 67.2 % |
Negeri Sembilan | 678,848 | 60.8 % |
Pahang | 1,333,888 | 76.8 % |
Perak | 1,403,264 | 57.6 % |
Pulau Pinang | 750,336 | 44.8 % |
Perlis | 227,392 | 89.6 % |
Selangor | 3,887,104 | 60.8 % |
Terengganu | 1,208,320 | 99.2 % |
Sarawak | 1,052,672 | 38.4 % |
Sabah | 1,956,002 | 58 % |
W.P. Kuala Lumpur | 909,632 | 51.2 % |
W.P. Labuan | 116,928 | 76.8 % |
W.P. Putrajaya | 100,672 | 99.2 % |
Malaysia | 20,389,632* | 64.0 %* |
- Jumlah keseluruhan penduduk Islam bagi seluruh negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia
Berdasarkan jumlah penduduk di Malaysia pada tahun 2016, terdapat seramai 20,389,632 penganut agama Islam di Malaysia (64.0% jumlah penduduk [10] Majoriti penganut ajaran Islam terdiri di kalangan orang Melayu.
Lihat juga
suntingNota kaki
sunting- ^ [1]
- ^ Wu & Hickling, p. 35.
- ^ Ooi, J. 2007. Merdeka... 50 years of Islamic State?. Available from: http://www.jeffooi.com/2007/07/merdeka_50_years_of_islamic_st.php Diarkibkan 2012-03-07 di Wayback Machine. Accessed 21 July 2007.
- ^ [2]
- ^ Wu & Hickling, p. 35.
- ^ BERNAMA (14 Disember 2013). "Semua ajaran Syiah di Malaysia adalah menyeleweng - JAKIM". Astro Awani. Dicapai pada 30 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ . "Perlembagaan Persekutuan". Diarkibkan 2020-03-31 di Wayback Machine
- ^ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2010). Konsep Wasatiyyah Pendokong Gagasan 1Malaysia 1Ummah. Diakses dari http://www.islam.gov.my/konsep-wasatiyyah-pendokonggagasan-1malaysia-1ummah, pada 22 Mac 2017.
- ^ Statistics Press Release
- ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2016/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
Bacaan lanjut
sunting- Nash, Manning (1991). "Islamic Resurgence in Malaysia and Indonesia". Dalam Marty, Martin E.; Appleby, R. Scott (penyunting). Fundamentalisms Observed. The Fundamentalism Project, 1. Chicago, Il; London: University of Chicago Press. m/s. 691–739. ISBN 0-226-50878-1.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Islam di Malaysia |
Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Multifaith council commends Malaysian politician's comments on conversion to Islam |