Iklim lautan
Iklim lautan (juga dikenali sebagai iklim pantai barat marin, iklim maritim, iklim Cascadia dan iklim British untuk Cfb, dan tanah tinggi subtropika untuk Cwb) ialah sejenis iklim yang biasanya ditemui di sepanjang pantai barat di kawasan latitud tengah di beberapa benua di dunia, dan juga di kawasan tenggara Australia. Iklim berhampiran lautan mengalami musim panas yang sederhana dingin dan musim sejuk yang agak hangat berbanding musim sejuk dalam iklim lain, kerana pada amnya iklim ini bercirikan julat suhu tahunan yang lebih rapat berbanding tempat lain yang terletak sekitar garis lintang yang sama, serta tidak mengalami musim panas yang teramat kering seperti dalam iklim Mediterranean.[1]
Iklim yang serupa dari segi julat suhunya, juga ditemui di tanah tinggi tropika walaupun terletak berjauhan dari mana-mana garis pinggir laut. Lazimnya, iklim sebegini tergoling dalam pengelasan iklim Köppen Cfb atau Cwb. Julat suhu yang sebegitu kecil tidak berpunca daripada jaraknya dari pinggir laut, sebaliknya terhasil dari julat terma suhu yang juga kecil antara musim-musim yang mencirikan tanah pamah tropika; altitudnya cukup tinggi sehingga boleh jatuh di bawah paras 18 °C dan tidak wajar digolongkan dalam iklim tropika sebenar. Berbeza dengan iklim lautan sebenar pula, iklim tropika tanah tinggi lembap ini mengalami kemarau yang ketara pada musim sejuk, misalnya di Bandaraya Mexico. Potensi pertanian di kedua-dua iklim lautan dan iklim tanah tinggi tropika lembap agak seiras. iklim-iklim ini paling dominan di Eropah, di mana taburannya semakin ke pedalaman berbanding benua-benua lain.
Kerpasan
suntingKerpasan sentiasa mencukupi sepanjang tahun di kawasan beriklim lautan, kecuali di kawasan tanah tinggi tropika tertentu yang mengalami iklim savana atau steppe tropika (mengalami kemarau pada musim sejuk) jika tidak kerana altitud tinggi yang memastikan kedinginannya (Köppen Cwb). Mengikut sesetengah variasi sistem pengelasan Köppen, sesetengah bahagian Barat Laut Pasifik dan selatan tengah Chile dikira beriklim Mediterranean (Köppen "Csb") kerana selalu berkering pada musim panas.
Suhu
suntingCiri-ciri suhu keseluruhannya berbeza mengikut tempat-tempat beriklim lautan; iklim lautan di garis lintang terendah bersifat hampir subtropika dari sudut pandangan kepanasan, tetapi biasanya dikuasai aturan mesoterma, dengan musim sejuk yang sederhana dingin dan musim panas yang sederhana hangat. Musim panasnya juga lebih dingin berbanding di kawasan beriklim subtropika lembap. Suhu purata bulan terpanas mesti kurang daripada 22 °C (72 °F) dan suhu purata bulan tersejuk mesti mencecah -3 °C (27 °F) (namun para saintis Amerika lebih gemar 0 °C untuk bulan tersejuk). Di arah kutub dari zon beriklim lautan ialah zon beriklim lautan subkutub (Köppen Cfc), yang mengalami musim sejuk yang lama tetapi sederhana dingin (bulan tersejuk menlebihi -3 °C) dan musim panas yang singkat (selama empat bulan) dan dingin (suhu purata sekurang-kurangnya 10 °C); contoh iklim ini termasuk sesebahagian pesisir pantai Iceland di Hemisfera Utara dan kawasan paling selatan Chile dan Argentina di Hemisfera Selatan.
Bandaraya terkemuka yang beriklim lautan
sunting
|
|
- (Cfb/Cfa) sempadan Iklim lautan/Iklim subtropika lembap.
- (Cfb/Dfb) sempadan Iklim lautan/Iklim kebenuaan lembap.
Iklim tanah tinggi subtropika
suntingIklim tanah tinggi subtropika wujud dalam kawasan tanah tinggi atau pergunungan yang terletak di kawasan tropika atau subtropika. Kerana ketinggiannya, kawasan sedemikian banyak persamaannya dengan iklim lautan, cuma lebih kering. Di kawasan luar tropika, iklim Tanah Tinggi Subtropika selalunya seiras sekali dengan iklim Lautan, lengkap dengan musim panas sederhana, musim sejuk yang lebih dingin sehingga boleh bersalji. Dalam kawasan tropika, iklim Tanah Tinggi Subtropika sering mengalami cuaca seakan musim bunga sepanjang tahun. Suhunya agak malar sepanjang tahun, iaitu purata bulanan untuk kesemua 12 bulan di bawah 22°C (72°F) tetapi melebihi -3°C (26.6°F) (atau 0°C (32°F) mengikut piawaian Amerika). Begitu juga, sekurang-kurangnya satu bulan bersuhu purata di bawah 18°C (64.4°F). Kawasan-kawasan ini selalunya ditandai Cwb atau Cfb, dan wujud di bahagian timur, selatan dan tenggara Afrika, serta sesetengah kawasan pergunungan di Eropah Selatan dan Amerika Latin, kawasan tinggi di Pergunungan Appalachia selatan, dan sesetengah bahagian di Himalaya.
Bandaraya terkemuka yang beriklim Tanah Tinggi Subtropika
suntingIklim Lautan Subkutub
suntingKawasan beriklim Lautan Subkutub bercirikan iklim lautan, cuma terletak lebih dekat dengan kawasan Kutub. Oleh itu, kawasan ini lebih sejuk berbanding iklim lautan yang lain. Namun demikian, iklim Lautan Subkutub kurang terdedah kepada suhu melampau berbanding iklim subartik ataupun iklim kebenuaan lembap, bercirikan musim sejuk lebih sederhana berbanding kedua-dua iklim tersebut. Iklim Lautan Subkutub mengalami selebih-lebihnya tiga bulan suhu purata bulanan melebihi 10°C (50°F). Seperti iklim lautan, tiada suhu purata bulanan yang kurang daripada -3°C (26.6°F). Biasanya ditandai Cfc, jenis iklim lautan ini ditemui di sesebahagian pesisiran Iceland, Kepulauan Faroe, kawasan pantai barat laut Norway sehingga 70°U di beberapa pulau, pulau-pulau selatan Alaska dan sesebahagian Tangkai Alaska, kawasan paling selatan Chile dan Argentina, dan kawasan pergunungan Eropah, termasuk Tanah Tinggi Scotland dan tanah tinggi berhampiran pesisir barat daya Norway.
Bandaraya terkemuka yang beriklim Lautan Subkutub
suntingIklim pantai barat marin
suntingIklim Pantai Barat Marin ialah sejenis iklim lautan yang bercirikan kecenderungan berkering seakan-akan iklim Mediterranean pada musim panas. Had ambang kerpasan minimum Köppen pada 30mm memberikannya tanda Cfb untuk kebanyakan zon ini. Iklim ini ditemui di pantai barat kebanyakan benua, khususnya di Barat Laut Pasifik di Amerika Utara, sepanjang sesetengah pesisir pantai Chile di Amerika Syarikat dan sesetengah pesisir utara Sepanyol di Eropah.
Untuk sebahagian besar setahun, iklim Pantai Barat Marin seiras dengan semua iklim lautan yang lain, iaitu biasanya mengalami keadaan lembap, mendung dan dingin, dan sekali-sekala menerima aliran udara artik yang lebih sejuk dari pedalaman benua pada musim sejuk. Bezanya, musim panas di kawasan beriklim Pantai Barat Marin adalah kering dan cerah. Kerpasan purata bulanan ketika bulan terkering di kawasan ini adalah di bawah 60 mm, iaitu bulan bermusim kemarau. Adakalanya, pengeringan ini sungguh ketara sehingga wajar digolongkan sebagai iklim Mediterranean mengikut pengelasan iklim Köppen-Geiger. Bagaimanapun, sebilangan pakar mengelaskan kawasan sedemikian sebagai bentuk kelainan iklim lautan, kerana ciri-ciri kelautan yang nyata ditunjukkan oleh kawasan ini untuk sebahagian besar setahun.
Bandaraya terkemuka yang beriklim Pantai Barat Marin
- Seattle, Amerika Syarikat, (Csb mengikut Köppen-Geiger)
- Portland, Amerika Syarikat, (Csb mengikut Köppen-Geiger)
- Vancouver, Kanada
- Victoria, Kanada, (Csb mengikut Köppen-Geiger)
- Puerto Montt, Chile, (Csb mengikut Köppen-Geiger)
- Vigo, Sepanyol, (Csb mengikut Köppen-Geiger)
- Viana do Castelo, Portugal (Csb mengikut Köppen-Geiger)
Sempadan isoterma kepada iklim Dfb
suntingIsoterma 0 °C (32 °F) (garis beku) atau -3 °C (26.6 °F) (garis salji tak henti-henti) mungkin merupakan garis-garis yang membahagikan iklim lautan dan iklim kebenuaan lembap bermusim panas hangat (Dfb), merangkumi kawasan-kawasan berikut:
- Jerman Timur
- Luxembourg
- Liechtenstein
- Poland Barat
- Switzerland Timur dan sebahagian Austria
- Alps Barat antara 700–1000 meter
- Alps Tengah dan Timur antara 500–800 meter
- Sweden Selatan
- Kawasan fiord pedalaman dari pantai Norway barat daya dan sebahagian pantai tenggara Norway
- Kebanyakan Denmark
- Kawasan pantai selatan Tangkai Alaska
- Kebanyakan Republik Czech
- Sebahagian Slovakia barat
- Romania Barat Laut
- Kebanyakan Hungary
- Kebanyakan Slovenia
- Sebahagian Bosnia-Herzegovina
- Kawasan pergunungan merentas Eropah Selatan
- Himalaya
- Sebahagian pesisiran selatan New England
- Sebahagian Pergunungan Appalachia selatan di kawasan tinggi
Carta iklim bandaraya terpilih
suntingHemisfera utara
suntingCarta iklim untuk London | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
52
6
-2
|
34
7
-1
|
42
9
-1
|
45
13
3
|
47
17
8
|
53
20
11
|
38
23
14
|
47
23
13
|
56
19
11
|
62
15
3
|
52
11
2
|
54
9
-2
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [1] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Copenhagen | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
49
2
-2
|
39
2
-3
|
32
5
-1
|
38
10
3
|
43
16
8
|
47
19
11
|
71
22
14
|
66
21
14
|
62
18
11
|
59
12
7
|
48
7
3
|
49
4
1
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [2] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Bordeaux | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
76
9
2
|
63
11
3
|
66
14
4
|
66
16
6
|
71
19
10
|
66
23
13
|
53
25
15
|
58
25
13
|
71
22
12
|
86
18
9
|
89
13
5
|
86
10
3
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [3] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Rize | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
217
10
3
|
173
11
4
|
147
12
5
|
101
15
8
|
102
19
12
|
128
23
16
|
136
25
19
|
183
26
19
|
221
23
16
|
272
20
12
|
250
16
9
|
243
13
5
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [4] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Seattle | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
130
8
2
|
107
10
3
|
97
12
4
|
66
14
6
|
46
18
8
|
38
21
11
|
20
24
13
|
25
24
13
|
41
21
11
|
81
16
8
|
150
11
4
|
142
8
2
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [5] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Cork | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
119
9
2
|
79
9
3
|
94
11
4
|
57
13
5
|
71
16
7
|
57
19
10
|
70
20
12
|
71
20
12
|
94
18
10
|
99
14
7
|
116
11
4
|
122
9
3
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [6] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Hemisfera selatan
suntingCarta iklim untuk Valdivia (Chile) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
66
23
11
|
74
23
11
|
132
21
9
|
234
17
8
|
361
13
6
|
550
11
6
|
394
11
5
|
328
12
4
|
208
14
5
|
127
17
7
|
125
18
8
|
104
21
10
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [7] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Tsitsikamma National Park | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
77
23
17
|
70
22
17
|
81
21
16
|
80
20
14
|
86
19
12
|
75
18
10
|
78
17
10
|
111
17
10
|
66
17
11
|
83
19
13
|
78
20
14
|
60
22
16
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [8] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Hobart | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
48
22
12
|
40
22
12
|
45
20
11
|
51
17
9
|
47
14
7
|
54
12
5
|
53
12
5
|
53
13
5
|
53
15
6
|
62
17
7
|
53
18
9
|
57
20
11
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [9] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Mar del Plata | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
111
27
15
|
67
26
14
|
98
24
13
|
76
21
9
|
80
17
6
|
41
14
3
|
56
13
3
|
55
14
4
|
54
16
5
|
90
19
7
|
82
22
11
|
110
24
13
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [10] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Melbourne | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
48
26
14
|
47
26
15
|
50
24
13
|
57
20
11
|
56
17
9
|
49
14
7
|
48
13
6
|
50
15
7
|
58
17
8
|
66
20
10
|
60
22
11
|
59
24
14
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [11] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Wellington | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
72
20
13
|
62
21
14
|
92
19
13
|
100
17
11
|
117
14
9
|
147
12
7
|
136
11
6
|
123
12
7
|
100
14
8
|
115
15
9
|
99
17
10
|
86
19
12
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [12] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim bandaraya tanah tinggi subtropika
suntingCarta iklim untuk Antananarivo | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
300
26
16
|
279
26
16
|
178
26
16
|
53
24
14
|
18
23
12
|
8
21
10
|
8
20
9
|
10
21
9
|
18
23
11
|
61
27
12
|
135
27
14
|
287
27
16
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [13] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Boone (NC) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
114
4
-6
|
122
5
-5
|
155
10
-1
|
137
15
4
|
155
19
9
|
145
23
12
|
147
24
15
|
142
24
14
|
147
21
11
|
137
16
5
|
142
11
1
|
112
6
-4
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [14] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Curitiba | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
150
26
17
|
120
26
17
|
130
25
16
|
110
22
14
|
100
20
11
|
80
18
8
|
90
17
7
|
90
20
9
|
120
20
10
|
120
22
12
|
120
23
14
|
140
25
16
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [15] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Carta iklim untuk Bandaraya Mexico | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
J | F | M | A | M | J | J | O | S | O | N | D | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
10
19
4
|
10
22
6
|
13
25
9
|
28
26
11
|
58
26
12
|
158
24
12
|
183
23
12
|
173
23
12
|
145
23
12
|
61
22
10
|
5.1
22
8
|
7.6
21
6
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Suhu purata dalam °C Jumlah hujan dalam mm Sumber: [16] | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Penukaran imperial
|
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Lauren Springer Ogden (2008). Plant-Driven Design. Timber Press. m/s. 78. ISBN 9780881928778.
|access-date=
requires|url=
(bantuan)
Pautan luar
sunting- University of Wisconsin–Stevens Point: Marine (Humid) West Coast Climate Diarkibkan 2007-12-20 di Wayback Machine
- EPIC Data Collection Diarkibkan 2010-05-04 di Wayback Machine On-line ocean observational data collection
- NOAA In-situ Ocean Data Viewer Diarkibkan 2007-12-25 di Wayback Machine Plot and download ocean observations
- http://www.ace.mmu.ac.uk/eae/Climate/Older/Maritime_Climate.html